Saturday 4 August 2012

Sebak doa qunut imam malam ke16


Salam kawan2..
Hmm.. macammane puasa2 korang? masih bertenaga harap2nya kan  <(~,~)>
Semalam saya and hubby pergi berbuka di masjid besi Putrajaya (eh betulkan nama nya masjid besi?).
Sembhyg terawih kat sana.. husband sy mmg suka bertukar2 masjid bln puasa ni,.. katanya nak dapatkan berkat dari imam2 berlainan..

Waktu witir imam membacakan doa qunut yg panjang.. qunut biasa bercampur dengan doa2 taubat dan harapan kepada Allah sbwt.. Ya Allah mcm biasa actress air mata ni terus lah terharu, mengalirkan air mata, apatah lagi di hujung2 boleh dengar imam pun sebak.. saya terdengar juga jemaah lain di sebelah dan di belakang turut menangis.. Dalam hati saya sungguh2 meminta ampun dan mengharap Allah mengampuni dosa2 saya yg banyak ni, dan dari mula lagi + ketika imam mengucapkan doa meminta Allah memberi keselamatan kepada Muslimin muslimat saya teringat sangat2 dengan umat Islam Rohingya.. Ya Allah kita di sini sangat selesa bergerak, melakukan apa yang kita mahu, sedangkan mereka diselubungi resah dan ketakutan sepanjang masa.. fikiran sentiasa mencari2 jalan utk selamatkan diri dan keluarga.

Kawan2.. sentiasalah kita bersyukur atas nikmat keamanan yg kita dapat hari ini.. nikmat kenyang, nikmat bergembira bersama keluarga dll, dan mendoakan keselamatan mereka yang berada di kancah pergolakan (Rohingya, Syria, Palestin, Selatan Thai dll). Kadang2 saya sendiri terlupa, asyik mendoakan diri dan keluarga sendiri sahaja.. sedangkan mereka juga adalah di bawah tanggungjawab kita, saudara seIslam kita..

Ya Allah ya Tuhanku, ampuni kami atas ketidakupayaan kami membantu mereka.. hanya doa yg dapat dipanjatkan!






 

No comments:

Post a Comment