Sunday 20 July 2014

Gazah terus dibedil, Al Quran jadi pengubat hati

Salam semua,
Mesti kita semua masih sedih dgn Gaza dan MH17.
Pertempuran di Gaza smlm sahaja membunuh 100 nyawa. Ya Allah.. Angkatlah doa kami Ya Allah.
Kwn2 plz baca qunut Nazilah dlm tiap solat fardu dan solat witir. Kerana DOA adalah senjata ampuh org mukmin! Angka korban dah jadi 438. 1/3 adalah wanita dan kanak2. Hancurkanlah Israel laknatullah itu Ya Allah..





Alhamdulillah sepanjang Ramadhan ni sy dapat sembahyang tahajjud tiap kali bersahur. (Maaf bercerita bukan dgn niat menunjuk tapi ada sesuatu nak sy kongsikan dgn kwn2 yg sy kenal di alam cyber je ni). Susah jugak tetapi kuatkan diri. Tak tahulah kenapa sejak makin berumur ni badan jadi tambah malas (dah terbalik kut org lain makin tua makin insaf!). Muda2 dulu jauh lebih rajin. Tapi takpe sy anggap ini permulaan kembali. Tambah dengan apa yg berlaku di Gaza. Semangat untuk bangun mlm dan berdoa untuk mereka membuatkan saya paksa diri bangun dan ambik air sembahyang.

Malam semalam (23 Ramadhan) kuatkan diri untuk dapat at least sipi mlm Al Qadar (maksud sy dlm 10 mlm terakhir kena speed sikit).
Tapi terlambat bangun. Kunci alarm pukul 3pg. Bangun pukul 3:47.
Takpe2. Bangun sembahyang tahajud, sembahyang taubat dan sembahyang hajat 6 rakaat.
Hajat yg dipohon kepada Yang Maha Esa:
1. Untuk rakyat Gaza
2. Untuk zuriat
3. Untuk dipermudahkan urusan kami suami isteri
4. Jauhkan kami dari kekufuran dan siksa kubur

Lepas habis semua (berpeluh2 dan nafas semput sujud lama). Paksa diri pulak sambung baca Quran. (lembabnya saya baru surah Al Ana'm sbb salah atur waktu). Waktu pegang Quran hati teringat2 doa yg dipohon, especially untuk diri sendiri, pasal zuriat. Hati terasa mengharap sangat. Quran dibuka dan start sambung dari ayat 83. Masya Allah ini ayat yang saya dapat. Sangat2 gembira walaupun belum pregnant pun! Ayat yang menyebut mengenai zuriat keturunan nabi2, zuriat orang2 terpilih dari kalangan mereka. Dalam hati senyum sampai ke telinga. Rasa mcm baru dapat hadiah sangattt.

Inilah ayat2 nya:


83. dan itulah hujah (bukti) kami, Yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa Yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui.
84. dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun. dan Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang Yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.
85. dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang Yang soleh.
86. dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).
87. dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.
(Al Ana’m: 83-87)

Waktu habis baca ayat 84 tu, sy pergi kira nama2 yang disebut dalam tu. Tak pasal2 dalam hati inila bilangan anak aku yg Allah nk bagi ni (9 hokehhh??) tapi lepas habis kira gelak dlm hati - ramai sangat kottt masa bila nk deliver ni umo 50 taun ke. *sengall sekejap
Itulah ceritanya.. Tapi sampai sekarang saya masih bergembira dengan kurniaan Allah pagi tadi tu walaupun well known Quran akan pujuk hati kita sesuai dengan apa yang berlaku atas kita. Saya anggap ayat pagi tu sebagai pujukan Allah ke atas saya. Masya Allah. Thank You Allah!




Thursday 17 July 2014

sedihnya.. MH17 pulak

Salam Jumaat.
Mari sedekah Fatihah pada saudara2 kita MH17.
Sedihnya. Dugaan buat rakyat Malaysia. 2014. Muhasabah diri.





MH370 pun belum selesai... sedihnya.. apa majlis keraian wajar dihentikan skrg juga. Dengan umat islam wajib bertafakur untuk Gaza, Syria, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka etc.


Wednesday 9 July 2014

Sedekah banyak2 bulan ni & Pray for GAZA


Salam kawan2, selamat menjalani ibadah puasa dan meningkatkan amalan ye.

Jom kita perbanyakkan sedekah di bulan yg mulia ni?.. berbaloi2...
Don wori sedekah ni kesannya berganda2.
tak berganda dalam rezeki duit/ harta, berganda bahagian kebaikan lain spt: kesihatan, anak2, hubungan keluarga dan kwn2, pekerjaan dll.

Especially di bulan ramadhan ni, banyak pahala kalau bagi org berbuka, apatah lg utk org miskin yg nak berbuka. Kalau dapat bantulah yg lebih memerlukan dahulu.
Pilih yg memerlukan keperluan asas dahulu berbanding dgn mereka yg memerlukan keperluan tambahan.
Keperluan asas= tempat tinggal, makanan, kesihatan
Keperluan tambahan= library, computer, buku

Jom sedekah pada saudara kita yg lebih memerlukan!