Wednesday 21 May 2014

Sharing: Rahsia zahir batin


Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…

1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.

12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.

Alamak!


Salam semua.
Malam/ awal pagi tadi tetiba tersentak dari tidur, bangun duduk tegak. ada mimpi sesuatu (tapi tak ingat dah) macam berdebar dan dalam hati tersentak berdebar2 tiba2 terfikir "aku nak kena sakit jantung ke ni?" Seriously. Terus teringat pernah baca artikel dia kata kalau rasa macam nak kena serangan sakit jantung cepat2 batukkan diri. So ahkak pun batukkan diri. Kuat2. Terasa tangan husband usap2 pinggang (mesti terjaga gak dia niiii). Masa tu rasa lain macam sangat. Terfikir Ya Allah mcmana kalau betul2 jadi? How? When? What?

Suspen jugak la kan sebab tak pernah2 kena mcm tu..
Masa tu serta merta dalam lubuk jiwa ni nak amalkan hidup sihattt.. nak exercise, nak jaga makan, bla bla bla.
Its like a promise to malaikat maut. (erk!) Ini belum cerita dekat husband. kalau cerita habihle berkarung2 la lecture dia kat saya.. mentang2 dia kurus panjanggg je. sy jugakla yang gemuk pendek nye *_*

Hari ni mulakan hidup sihat dengan mintak air milo separuh kat tea lady hahaha
Sarapan mula nak ambik mihun jadi ambik sandwic telur aqeqeqeqeq

Perut plak rasa tak sedap arini. Macam kembung, macam jugak rasa masa sakit perut nak ovulate tu (tp today is only CD6!). Macam2.. Ni tengah mencari masa nak dapatkan refernc letter dari klinik biasa. Nak gi checking2 ngan gynae..




*anak si fergie n josh - comey rase nak gigiiiit2    

Monday 19 May 2014

Apa pun tak boleh

Salam semua.
Berhabukkkk.. lama tak update.

Sizuka n Yani Bunny - tahniah ada makhluk sdg membesar dlm bdn hihi
Yani seindah mimpiku takziah atas dugaan. moga terus tabah sebagaimana sebelum ini.

Setiap kali habis period hrpn tggi sgt akan preknen bulan tu.. tapi period ku yg sgt tetap ini menghalang utk berangan panjang. Redha dlm sedih.

Tak dapat tipu diri. Dengar kwn preknen. dia tak sihat tp teruknya hati. tak mau melawat sbb sgt sedih.
Bukan sedih xde anak tp sedih harapan asyik hancur... dan sbb kdg2 bila xde aktvt makhluk bertanduk tu selalu suruh banding2kan diri ni dgn org lain. selalu measa terseksa kenapa aku belom preknen niii!!!!!!
kawan satu lg bersalin. pun xde rase nk melawat sbb tak mau tengok, tak mau ***, tak mau ***

Apa nak jadi. Sampai bila mcm ni.
Allah sahaja yg tahu.

Usaha pun mcm ta tahu plak nk buat yg mana satu.
Rase mcm buat tu tak kena, mkn ni tak kena. rase mcm menghabiskan duit je.

at the end- kesiannnnnn dgn diri ni

memang kita la yg menzalimi diri sendiri kan?


Perasaan makin bercelaru- rasenye dgn hormon yg makin tak menentu ni.
jerawat makin keluar plak. confirm smthg is happening down there and up here >.<

**brenti jap. nak sambung lagi entry meluah perasaan ni

sambung semula- aritu ada baca blog irtiyah. exactly the same apa yg dia tulih tu itula yang saya rasa..

Ya Allah dugaan terbesar dgn org kat tempat kje yang mulut tak gheti stop. tak gheti nak jaga. tak gheti nak tapis sket. Paham2 je la kita ni sebahagian hidup mmg kat opis.. bercerita tak kire aib org tak kira perasaan org... lagi ada plak terdengar percakapan bongkak sombong 'taun depan nak buat lg sorg' oo gosh yelah kau sng je nk dpt anak tak mcm kami (blom smpat taun dpn dan preknen pun- well lagi lah- ayat mesti dah tukar- accident pulakkk)

oo waaa weee smgt kena terus kental. istighfar kena selalu..
hati nak kena unloaded every hours maybe every minutes.