Wednesday 15 August 2012

Macam2 berita duka dan gembira di bulan puasa


Salam kawan2...
Mesti semakin sihat ye kawan2? maklum sedang menguatkan tenaga membuat persiapan hari raya pulak.. barang2 apa yg nk dibeli untuk makanan sajian keluarga,.. tak campur dengan urusan sana sini mengambil dan jugak despatch biskut2 raye, ataupun membuat belian terakhir menjelang hari raya :) kesemuanya memerlukan tenaga wanita2 hebat seperti kita semua ^_^ duit raya pun kdg2 kita juga yg kena ingattt.. xpe2 itu semua praktis yg akan menguatkan daya ingatan dan juga menguatkan tulang2 kita.. jangan sampai terlebih dan melebih sudahlah ye.

Dalam pada seronok kita nak menyambut raya ni,.. igt2kan lah mereka yg mengalami kehilangan org tersayang sdalam bulan puasa ni ye.. sedekahkan alfatihah untuk mereka yg telah pergi.. dan hulurkan salam kepada sesiapa yg anda kenal rapat yg mengalami kehilangan org terdekat mereka.. pg tadi hati tiba2 teringatkan seorang rakan lelaki sewaktu belajar dulu, yang juga merangkap jiran sebelah rumah waktu tu. Dia telah dijemput lebih awal, mengalami serangan jantung sewaktu bekerja pada minggu awal puasa. Dia memang baik orangnya, fb nya pun dipenuhi ucapan2 takziah utk keluarganya dan puji2an untuk arwah. InsyaAllah dia telah ditunjukkan pintu syurga.. 

Teringat saya bagaimana keadaan isteri dan anak2nya tanpa dia.. tentulah sedih sgt kan kwn2?.. tak terbayang perasaan itu andai kita ditakdirkan seperti itu. Sy berdoa juga semoga isteri arwah tabah hati dan kuat semangat menghadapi dugaan ni..

Macam2 berita yang sy dengar dalam bulan puasa kali ni.. berita sedih dan gembira. bercampur2..

Yang saya tumpang seronok pulak dengar kwn2 (selebriti2 pun..) yg dapat anak dalam bulan puasa,.. dan berita yg paling hampir dgn diri ini, yg disahkan mengandung dlm bulan Ramadhan yg mulia ni.. terbayang keseronokan di wajah2 mereka suami isteri (especially yg anak first la).. Ada kwn baru kwen ujung taun lps semalam dia dpy baby (kira mcm bunting pelaminlah).. owh.. berdesup rasa kat dada ni.. gembira untuk dia tapi ada rasa nk menangis jugak di situ.. 

Adik saya pun bukan main excited. Tahun ni giliran beraya kat rmh wife dia,.. tapi excited dah bercerita nak bawa balik Muhammad jumpa pak sedara dan mak2 sedaranya... aduhhh.. daku hanya mampu mendengar sahaja  t_t

Husband pulak bawak balik baju baby (utk bg hadiah kat adik saya).. lagilah digaru2 perasaan ni.. siap ada satu baju saya suruh dia simpan (dia beli bukan main byk!). Saya ckp "xmaulah bg yg ni. ini utk anak i nanti!" bestkan ayat saya..? lagi pulak husband saya (menunjukkan tanda2 dia juga dah tak sabar nak ada anak sendiri) tiap kali dia tunjuk satu2 (pegang) baju yg dia beli tu.. mulut tu dia berbunyi.. "syg.. ini seluar utk tomey2.." :) baru pegang seluar baby dia dah jadi mcm tu, so saya sambil tengok baju2 baby tu sambil berdoa "Ya Allahh.. berilah kami.. berilah.. selagi kami masih berdaya ni..."

Jauuuhhh kat sudut hati tu memang ada perasaan cemburu dgn berita2 gembira utk org2 lain tu (tarak tipu punya),.. Ya Allah mudahnya mereka mendapat apa yg diinginkan.. mudahnya perjalanan hidup mereka..  cpt2 istighfar.. "Ya Allah kau berilah juga peluang kepada aku untuk turut merasai perasaan itu.. ". Aaamiinn.. moga dugaan ini menjadikan kita orang yg lebih taqwa, bersyukur dan lebih muhasabah diri!












  



No comments:

Post a Comment