Monday 27 October 2014

IUI hadir jua dalam hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh ^_*
harapan saya semua kawan- kawan maya ku ini sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah dan RasulNya.

Nak cerita pasal proses yang akan ku jalani minggu depan.
Diringkaskan cerita yang panjang, kami start ke lppkn bulan lepas.
SA result clear.
HSG kat Tawakkal, clear.
Low FSH, mungkin tak ovulate, telur berproblem.
So minggu ni Dr bagi clomid utk 5 hari (start semalam hingga Jumaat), suntik foliculin utk 3 hari (start mlm ni, selang sehari).
Next Monday appointment untuk TVS.
Jika Allah mengizinkan ada sekurang2nya 3 telur matang, maka akan proceed IUI hari Rabu tu. Dr kata syarat sekarang untuk proceed IUI jika ada 3 telur.
Jika xcukup telur maka Dr akan bagi date untuk BD.

Tu je. Takde folic acid plak yek? (Tak tertanya kat Dr) Apa sebab ye? Dahla saya ni lewat 30an? Tolong siapa2 yang tahu jelaskan..

Dan saya bercerita ni sebab nak minta sesiapa yang membaca untuk kongsi kat sini apa2 yang saya patut buat untuk menambahkan kesuksesan telur2 saya berkembang biak. Dan apa2 sahaja yang boleh meningkatkan lagi chances saya. Saya harap segala sharing positif dari rakan blog sekalian menjadi asbab untuk doa saya makbul. Aamiin..

"Ya Allah aku tidak layak untuk meminta kepadaMu tetapi hanya kepadaMu tempat ku mengadu.. hanya kepadaMu tempat ku meminta.. kurniakanlah zuriat yang soleh solehah kepada kami sebagai penyebab bertambahnya kasih sayang antara kami, sebagai penyebab bertambahnya ketaqwaan kami kepadaMu, sebagai penyebab bertambah lembutnya hati- hati kami yang keras ini Ya Latif dan sebagai penyebab bertambahnya usaha untuk dunia dan akhirat kami.. Rabbi Habli Milladunka zurriyyatan thoyyibatan, innakasamiuddua'.. Rabbi la tadzarni fardhan waanta khairul warisin.. ya Khaliq ya Bari ya Musawwir.. Ya Zaljalali walikram.. Innama amruhu iza arodasyai an anyaquulalahu kunfayakun" Aamiin..


                                                     mummy is sooo waiting for you dear..

Doakan saya...