Thursday 9 August 2012

Doa yg saya suka amalkan


Salam kwn2..
Mmm sedar tak sedar dah 21 hari berpuasa ye.. moga kita sama2 dpt kejar kelebihan beribadat di malam2 terakhir Ramadhan ni. Panjatkan lah doa sebanyak2nya dan dgn sepenuh hati. Jgn segan2 utk menangis kerana Allah rindukan tangisan keinsafan dan pengharapan dari hambaNya yg Dia beri ujian ni.. Ujian untuk meningkatkan keimanan dan mengajar tentang pelbagai perkara dalam kehidupan...

Kalau dapat kwn2 buatlah smyg hajat 12 rakaat 6 salam tiap2 malam terakhir ni- kecuali yg period lah :) . Rakaat pertama baca Fatihah, Qursi, dan alKafirun 11 kali. Rakaat ke 2 baca Fatihah, Qursi, dan alIkhlas 11 kali... selepas habis tahiyat akhir, sebelum bg salam sujud semula, dan baca istighfar, selawat, dan lahaulawala quwatailla billah..10x setiap satu. Hujungnya mintaklah banyak2 kebaikan dgn Allah dgn sepenuh hati. Last bangun dan bg salam. Habis rakaat ke 12, doa lah panjang2 dan fokus.. selamat mencuba sy pun nk kuatkan bdn mgu dpn lps suci.

Oh ye sebelum smyg hajat mulakan la dulu dgn tahajjud, smbhyg taubat, kalau dpt smbhyg tasbih.. lps tu baru smbhyg hajat.. Dalam sejam lebih siaplah semuanya.. (*maaf kwn2 sedikit perkongsian dr saya yg masih jahil ni..)

Kebaikan smbhyg malam ni akan meringan bdn kita, tenangkan hati, awet muda pun ye!

Ha kan nk cite psl doa. Saya ada dua doa je yg selalu sy amalkan, satu Surah Ali Imran tu dan satu lagi Surah Anbiya (doa Nabi Zakaria tu). Dan tambahan doa2 lain jugak...
Ada juga ikut pesan ustazah Siti Norbahiyah ambil segelas air.. baca Ya zaljalaliwal ikram 11 kali tiupkan dan minum dgn niat usaha utk mendapat anak.

Lupa plak sebelum buka puasa dan masa buka puasa adalah masa2 yg mustajab doa..
Cubalah ye.. Lepas azan (sebelum imam iqamat)..dll.. sentiasalah hidup dgn doa, jgn malu2, even bila kita terpandang sesuatu dan teringat akan hal kebaikan yg kita nak. ucapkan je terus doa spontan "Ya Allah bagilah aku...." atau bila buat apa2 kebaikan bertawassul lah dgn kebaikan tersebut dgn berniat utk apa yg kita mahu..

berdoa kepada Allah akan membuatkan kita hampir kepadanya, dan yg penting jika kita tidak nampak (kita mmg selalu kabur pandangan, jahil dan lemah) doa tu Allah makbulkan, igtlah insyAllah kat SANA nanti akan ada sesuatu yg berharga untuk kita, yang mana waktu tu kita akan kata "Ya Allah aku redha xdpt apa2 kat dunia dahulu dgn balasan yg aku dapat skrg.. yg kekal abadi!". Betulkan niat dan serahkan bulat2 pengharapan kita kepadaNya. 

Moga doa kita utk mendapat zuriat akan maqbul di atas dunia ni ye kwn2... Aaaamiiinnn...


*Doa ni sy dpt dari darulsyifa' online.. alhamdulillah dh dpt hafal lps tampal kat workstation kat opis :)






No comments:

Post a Comment