Thursday 4 July 2013

Hidup yg bersaksi, menyerah dan mengadu kepada ALLAH


Salam semua..
Punyalah lama tak menulih di sini (ada yg tertanya2 tak? :) )
Khidupan masih seperti dahulu.. dalam keadaan yg jauuhhhh lebih redha mengenai nak BABY
Sekarang berserah sepenuhnya kepada Allah Taa'la, kami akan terus berusaha tetapi setinggi2 harapan dan tawakkal hanya kepadaNya.

Nikmat hidup yang terlalu banyak tak patut dilupakan walaupun nikmat ANAK belum/tidak diperkenankanNya. Plan Allah adalah sebaik2 plan.
Banyak perkara yg berlaku kat Kak Baby yang menyedarkan diri ni bahawa sesungguhNya Allah Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Mendengar lagi Maha Pengampun.

Apabila teringat di dalam hati ni nak sgt anak, Kak Baby akan segera sedar bahawa diri ini kena percaya kepada perancangan Allah Taa'la. Kak Baby hanya memohon ampun dan bertaubat kpd Allah atas dosa2 yang lalu (ada satu ketika mmg menangis dgn sungguh2nye mengenangkan dosa yg lalu) memohon Allah menerima taubat akak dan akak redha sekiranya ujian di atas dunia adalah kerana utk menyelamatkan Kak Baby waktu di SANA nanti.

Doa/ rintihan yang selalu buat Kak Baby rasa sangat sedih tetapi lega ialah bila dalam hati ni merayu dgn Allah "Ya Allah, aku tak mahu mengadu kepada selain dari Mu Ya Allah.. tiada yg lebih memahami apa yg berlaku melainkan diriMu.. ampunkan segala dosa2 yang aku buat sewaktu aku dlm keadaan jahil Ya Allah.. aku redha atas segala ujianMu. Ampunkan aku atas dosa2 yg lalu dan akan dtg"

Ada perkara2 yg berlaku dlm hidup Kak Baby yg menyebabkan diri rasa depress sgt, yang rasa tak tertanggung seorang diri- kadang2 rasa 'inilah masanya aku bercerita dgn ...' tp diri ini akan cepat menolak, adakah dgn bercerita dgn dia nanti akan hilang semua masalah tu? bukankah selama ni byk benda yg aku cerita dia tak dapat benar2 memahami? tiada siapa yg tahu segala isi hati, segala luahan dan jalan cerita hidup ni melainkan Allah' so end up dgn mengadu kepada Allah sahaja Biasanya dlm sujud terakhir dan dlm doa selepas smbhyg.

Pada akhirnya perkara2 sedih/tak mengembirakan/beyond expectation yang berlaku dlm hidup Kak Baby skrg mcm dah jadi rutin (actually dari dulu jugak) akan end up berdialog dgn diri sndiri (dengan mengetahui bahawa segala yg terbit dalam hati ini diketahui/difahami oleh Allah) kdg2 dialog tu dah menjurus ke arah memberi motivasi kepada diri sndiri, dan ada ketikanya dialog2 tersebut menerbitkan jalan keluar - musyawarah tu kan adalah sebaik2 penyelesai masalah (ni kira discuss dgn diri sendiri la (inner side) kira musyawarah jgk kan?) bercerita kpd insan lain bimbang mendorong diri ni melahirkan umpatan pula. Dosa mengumpat tak perlu lah nak cerita lagi mcmana besarnya..

Meletakkan Allah (juga Rasulullah saw) atas segala2nya dalam kehidupan akan memberi suatu ketenangan yg luar biasa, yang seterusnya akan menyebabkan kita redha atas apa jua yg berlaku. Kesemua yg dinamakan milik kita tu SEMUAnya adalah pinjaman dari Allah dan akan kembali padaNya jua.
mcm lagu Rabbani Ustz Asri nyanyi:
"mana milik kita.. tidak ada milik kita.. semua yg ada Allah yg punya, tidak ada kita punya, kita hanya mengusahakan saja.."