Tuesday 18 December 2012

main UPT \|-,-|/


Salam semua..
Ha.. baru tadi dapat UPT beli online.. (megak2 je tanpa tornado/ thypoon)
Tah. Saje2 nak main ngan UPT..
Nak order both (OPK& UPT) tp dorg kata OPK blom ada stok.
So order je lah UPT.
Lagi interesting kan? kan?
Beli agak banyak (mesti husband marah kalau tau.. syyhhhh!!)




Tengah fikir bila nak buat test tu (without considering my body condition, bla bla bla..)



Agak2 apa result eh? :)
Dah namanya main- main.. just want to let my body, mind and soul getting the true feeling of being pregnant! hehehe
(I just cant help but feeling pregnant!)



Mana la tau.. main test2 pastu jadik! (Aaamiinn)
~Kelakar plak terbaca dlm forum sorg minah tu POA/S addicted - Pee on A Stick hihihihi~

Sape nak join angkat tangan!!




Thursday 13 December 2012

takut plak.. (add: ekk xde apa kutt)


Salam Jumaat Sayyidul ayyam kawan semua..
Moga kita dirahmatiNya pada hari ini dan hari2 sebelumnya..
dan pada hari2 yg akan datang... Banyakkan berdoa hari ni ye?

Alamak, tetiba semlm ada drh sket (mcm hari2 akhir period).
Tghr td pun ada lagi..?
Apakah?
Baru abis period jumaat lepas?
*Im quite sure blom ovulate lagi*

Tak penah2 jadi gini,.. aritu sakit perut kata nk gi klinik xjadi sbb dah ok..
(tp sejak hari tu perut rase tak sedap..)

Bukan apa menangguh nk gi klinik sbb klinik yg biasa gi semua.. Dr laki!
Kena pegi juga ni nampak gayenye?

**tadi duk bace2.. maybe baki drh period kut... -but still left me wondering- **

Tuesday 11 December 2012

~ Mulut Neraka ~


Salam semua.. mmuahhh.!

Tajuk mcm nak lepas marah je kan hehe tp tak pun..
Mengambik kata2 prof Muhaya kat ikim tadi (dengar sambil buat keje)

"TOLONG  perhatikan mulut kita ni mulut neraka ke mulut syurga, org kalau mulut syurga bila/ lepas jumpa dia org akan rase gembira, tenang, bertambah konfiden.. kalau mulut neraka ni masa/lepas jumpa dia org akan rasa marah, rasa benci, rase rendah diri, rasa hina, rasa malu etc.."

Dia ckp berkaitan dgn pertanyaan2 org bila berjumpa.. bila nak kawen, bila nk ada anak.. bila nk tambah anak.. bila nak ada menantu... mcm2..

Moga kita semua sentiasa menganalisis @ diagnose kata- kata yg keluar dari mulut (dan termasuk jugalah tulisan!) supaya tidak bertujuan jahat hendak menyakitkan/ memalukan sesiapa ye..

Alhamdulillah atas semua dugaan yang menjadikan kita org yang lebih bijak menimbangkan HATI dan PERASAAN orang lain. Thank You ALLAH!






Sunday 9 December 2012

Saya kena bersenam!!


Salam kwn2..
Saya rase sy kena bersenam segiat2nya dalam mase seminggu ni utk bg sy ovulate awal (hari ke 14/15) This 4 months ni lately rasenye sik ovulate on cd17-20! - telur yg terhasil tak bagus katanya.. : | apa lah nasibb..*menurut yg kubaca dari blog nanie ;).

Usaha terus usaha kan? Seronok jugak bila mengobserve diri sendiri..  mcm2 dapat dikenal pasti..
Moga ada rezeki kita semua nk masuk tahun baru masihi ni ye!

Lately perasaan terasa makin excited (wpun luaran nampak makin cool) utk ada baby.. ada jugak terasa mcm masa tu dah makin hampir :) weeeee

so im gonna Go! Go! GO!

*Nanie akak igt kalau ovulate tu dah kira bagus wpun terlambat sikit ke apa ke.. rupa2nye idok...
thx for the info!

Wednesday 5 December 2012

Mimpi kan Rasulullah SAW?


Salam semua...
(aduu nk cerita bwh perut tgh sakiitt berdenyut2..)

lately mmg slalu tido awl sbb rase segar sket bila bgun pg..
smlm xsmpai kul 10 dh terlelap..

mimpi kelam2.. pastu tetiba saya membongkok nak ambik sesuatu (mcm coklat dlm bungkusan plastik)
Tetiba dtg fikiran kalu aku ambik ni nanti jd smthing kat Rasulullah saw..
(tgn mcm nk mencapai tp xtercapai)
hati ni pulak jawab xape.. Nabi kan Rasullullah.. insyAllah xde apa..
(hujung mata mcm dh dpt tgok tubuh dia dr belakang (tengah duduk) pastu mcm berpaling nk tgok Baginda betul2 sbb baru tersedar 'Ya Allah Rasulullah ni!bkn main2!'..  malangnya terus bedesup terjaga!

mcm terpinga2 sket. ya Allah aku mimpi Rasulullah saw?
aku nak ambik brg Baginda ke?

terus istighfar dan selawat byk2.. (keadaan mcm rileks je xlah gelabah or berdebar2)
(bangun gi toilet, balik tu baru fikir semula mimpi tu.. still mcm bingung and xpuas hati mimpi sekejap..
then tido balik.. sblm tu fikir juga, aku mimpi Rasulullah saw? nak bangun smyg lah? malangnya period..

ni tgh period (isnin selasa rabu pakai pad herba) so pagi td bangun kul 7..
bhgn bwh (mybe peranakan/ pundi kencing rase sakiiit sgtt)
bila duduk ok sket.. berdiri sakit sgt..
datang opis pagi ni berdenyut2..

period ada siikiiitt sgt (hari ke 4 .. light brown je, just pakai panty liner).

apakah..?

(tghri cdg nk gi klinik and kalu sakit sgt lg nk mintak refer klinik pakar -KPJ Tawakkal kut)


p/s: blom cite ke husband sbb tgh sakit perut mood nk bckp kurg..



HIRAQ Karmila pulaaaaakk.. I like!



Salam kwn2..
hehe niha... nak iklan kan produk Hiraq Karmila plakkk..
Selalu dengar Raja Mazian duk ckp psl produk dia kat IKIM tp blum terbuka hati, tapi baru2 ni rase mcm nak cuba lah.. pagi ni search dptla plak menda nih.. Mmg nk try lah (di samping terus mengamalkan bahan2 lain sebelum ni..)  bukan apa, Raja Mazian tu bila berckp bunyi mcm dia ikhlas sgt nk tlg org jaga kesihatan, bukan semata2 untuk keuntungan..  mungkin itu la sebab produknya Allah bagi kemujaraban tersebut... (wallahuaklam bissawabb!)


Haha besarrr punye akak bagiiii... Apa kata anda semua plak ekk?

Tambahan(edited atas request si mak Nanie Nahar hihi)

Bahan-bahan:
Pati Kurma, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Akar Serapat, Ekstrak Kacip Fatimah, Habbatus Sauda, Kulit Kayu Manis, Safron, Minyak Zaitun & Potassium Sorbate
 
Ini yg baru, dulu harga dia dekat rm60, skrg dh murah sket.. :)

Tuesday 4 December 2012

Pagi2 dah dpt ucapan..


Salam kawan2 semua...
Hari ni birthday sayeeerrr ngeeeeee :)


Pg2 ada terima msg dari kakak2ku..
husband ku.. dan boss HR ku hehe

Xde apa.. hanya saya bersyukur dipanjangkan umur lagi utk menambah ibadah di atas dunia ini..
Moga Allah rahmati dan berkati umur/ masa sebelum2 ini..

Ya Allah,
Sempena umurku yang semakin meningkat ini,
Kurniakanlah..
Moga bertambah keimanan dan ketaqwaan,
Moga bertambah murah rezeki untuk membantu keluarga dan mereka yang memerlukan,
Moga bertambah pengetahuan untuk dikongsi bersama,
Moga dikurniakan anak yg soleh dan solehah..
Moga bertambah jasa2 di atas muka bumi ini

(Wish utk diri sendiri!! hihi)
Aaamiinnnn....

p/s: Ahad baru ni period, (setelah lewat 4 hari! tetiba rase nk test pakai avail- last cuba/ pakai 5 tahun lps..)
Moga menjadi ikhtiar yang senonoh :) Berangiinn  je rase di 'situ'!

Jom Derma!



Salam.. kwn2 Jom derma! (dah terlambat sikit nak mengajak tapi masih boleh disumbangkan lagi..)
Mungkin ramai dah derma, tp boleh jugak nak derma lagi hehehe
dan derma boleh juga untuk saudara2 kita di palestin, tetapi juga utk mereka di Syria, Myanmar, etc..
Cuma yang saya petik ni adalah saluran mudah utk sumbangkan derma melalui Aman Palestin.

Untuk anda yang ingin membantu tetapi tidak ada kelapangan masa, bolehlah menderma menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).


gaza

Thursday 29 November 2012

Dosa Menghimpunkan Dua Waktu Sembahyang

Salam kwn2..
Ada sedikit perkongsian yg perlu diambil perhatian:
(Memetik dari Ieda77 (Bicara Muslim)

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti;
dan

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata, "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.


CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak.
Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun.
Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Wallahualam bissawab.
Moga kita dilindungi dari seksa kubur dan seksa api neraka:
"Allahumma ini au' zubikalminal kufri wal faqr, wa au'zuminka min a'zabil qabr. lailahailla anta" 
Al Fatihah

Tuesday 13 November 2012

pengaduan kepada Tuhan

apakah kita (yg TTC ni) terlalu obsess di dalam dunia TTC ini sehingga terjadi satu pemikiran yang fokus ke situ sahaja? atau adakah ianya memang satu fitrah untuk mereka2 yang di alam TTC ini? kenapa terasa diri ni hidup dengan cara/ pemikiran yang terlalu berlawanan dengan mereka yang diberi anugerah anak? atau itu cuma pemikiran diri ini sahaja?

kenapa daku terasa org yang ada anak seperti langsung tidak mahu mengambil tahu akan masalah dan perasaan org2 seperti kami? kenapa telinga ni hanya selalu dihadapkan dengan cerita2 tentang anak2 mereka sahaja? tidak bolehkah/ bila mereka akan cuba hendak mendengar cerita kami pula?

kenapa kami selalu merasa AIB di atas dugaan ini?
kenapa kami dipandang tidak sempurna Ya Allah..?

kenapa kdg2 kami merasakan bahawa hanya dengan mempunyai anak segala kekusutan akan terlerai?
salahkah harapan kami ini?

Ampunkan aku Ya Allah atas apa2 perasaan/ sangkaan yg salah oleh fikiranku ini..

Thursday 1 November 2012

doa dalam redha


Salam utk semua kwn2 @ org2 yg sudi membaca blogku ini..

Smlm terdengar Prof Muhaya kata - ada satu saat pada hari pembalasan nanti ada si polan terkejut kerana mendapat kurniaan dari Allah yg terlalu banyak. Maka Allah berkata 'Itulah hadiah/ganti kepada DOA2 mu yang TIDAK Aku makbulkan'. Dan ada satu masa pulak si polan melihat mahligainya di dalam syurga bumbungnya tak cukup satu part. Jwpnnya seakan sama :- 'Itulah ganti kepada satu DOA mu yang TELAH Aku makbulkan'.

InsyAllah ada balasannya timbal ganti Allah mahu beri kepada kita atas tiap ujian di dunia ini.. kita hanya perlu terus berDOA sahaja.. dan meminta supaya ditetapkan hati olehNya untuk menerima setiap cubaan ini dengan penuh redha. Aamiinn ..  (akhirnya air mata ni keluar jugak)

~biasa cik P dtg cd28, tapi kali ni cd32, hati penuh pengharapan ada berita gembira tapi apakan daya..

Thursday 25 October 2012

Apakah..?



Salam geng..
Sejak habis period lepas (P started Sunday 31st Sept- Fri 5th Oct), saya duk minum pati delima (tapi bukan Gulsan, yg ni dari Lebanon).. best je rase dia.. masammm eiikkk >,<..

Tp sy buat kreatif campokan dengan gula merah (masa join kursus herbalis HPA dulu Tn Hj. ada pesan supaya tukarkan gula putih dengan gula perang kerana gula perang lebih berkhasiat dari gula putih). Cubala kwn2.. sedap sehingga sayang nk tinggalkan wpun setitis dlm gelas.. hehehe

So lepas amalkan tu .. [ haiih gaya mcm nk period dah ni.. kuciwa lg ini bulan.. xpe2 fokus2 kalau blom rezeki akan teruskan dgn pati delima, VCO dan khisbun ++], tanda nk period dah ada.. urine dah gelap.. (kalu period mybe sabtu/ ahad). so kalau betulla nak period (aduhh ayat berbelit2 ni kak woiii) maknanye pati delima td dah mengurangkan simptom2 nk period ni. biasa lebih smgu sblom period breast tender giler.. mmg hsband slalu kena mrh free2 je kalu buat percubaan salah tu hihihi)

denyut kat ari2 pun tak rase lah sgt..
and more mucus..

tak caye ce gune ce gune (kpd yg blom gune la..)
mgu lps mkmetua dtg melawat, dia ada buatkan badam + gula + jintan manis/putih.
Katanya utk kami berdua la.. sedap gak weh! tp dah stop mgu lps sbb takutla kang preknen kang jd lain plak..panass tu kan.


** tlg2.. nak topup VCO.. dah lama skip ni..



Monday 15 October 2012

Pintu rahim ke bawah? RU?


Salam kwn2,
tetiba smlm tringat nak tya.. early this year saya ada buat pap smear (mmg smear!).. malu ngat..
dokter tu mcm xbyk sgt consult/ bgtau yg add2 value utk srevice dia.. bila bgtau dia yg sy nk tgh TTC baru le dia bgtau pintu rahim awk hala ke bwh, cuba different style BD. itu je dia kata... (yg siotnye lg pastu klinik dia xcall pun sy utk bg result, lg siot sy pun x gi dh klinik dia utk tya psl result tu hehehe sbb free gamaknye- hish letih buka kaki je.. malu lg)

soklannya ialah: adakah pintu rahim ke bwh bermaksud RU?
tlg jwbbb sape2 yg tau.. (akak ilmu cetek lg psl ni..) :)



Thursday 11 October 2012

11 Tip Untuk Hamil Dengan Cepat (Fiza)



Salam jumaat kwn2.. jom rilek2 baca tips kat bwh (yg kbykan dari anda mungkin dah tahu.. :))
Dapat dari:
http://nourfieza.blogspot.com/2012/10/11-tip-untuk-hamil-dengan-cepat.html

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang-kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
 
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

 















1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. 
 Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. 
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. 
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. 
 Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. 
 Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. 
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. 

8. Bersenam secara rutin. 
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang
 Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. 
 Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari. 

Tuesday 2 October 2012

Dia datang dengan senyum simpulnya


Salam semua..
Aduhh siapa lagi yang datang kalau bukan cik P... tepat2 sokmo.. xpe xpe..
malas layan dia.... (ahad mlm ada spotting n tghr isnin baru byk.. sakit perut sgt kali ni berputar2 n rase aktif sgt kedua2 belah bhgn kat situ.. denyut2...) tp hari ni dah ok.. wpun perut seperti terasa2 lg kesakitan hari smalam.. tu yg baru update ni.. mcm biasa hubby sama frust ngan saya.. kesiaannnn dia.. :[

Xpe2 lupakan je cik P tu..
So lps period kali ni insyAllah nak ambik Susu Khisbun.. (di samping meneruskan dgn brg2 lain yg sewaktu dengannya itu)
Ada geng kat opis nk join ok la.. boleh bertestimoni berdua nanti :) .. walaupun tokey kata xmau bg testimoni takut harapan pd Allah kurg dr hrpn pd Susu Khisbun..
Untuk org yg sentiasa meyakini insyAllah xde apa.. cume kita2 ni mmg dah jd keseronokan untuk menganalisa tindakan badan kita terhadap apa- apa yg kita ambik kan? kan? kan?

di samping tu bleh juga dijadikan sebagai satu pengalaman hidup untuk dikongsi dengan org2 lain kan?kan?
rugi kalau xkongsi ilmu kan?


Thursday 27 September 2012

Susah tak nak komen


Salam semua.. tetiba tringat nk tanya.. susah ek nk komen kat blog saya ni.. aritu sy sendiri test.. eh eh kena masukkan code hape2 plak.. (huruf yg penyet n herot tu).. hish... nape jd camtu ek? xbest lgsung.. mls plak tu nk google cane nk ilangkan benda alah tu.. sket punye seksa ke nk komen. patutnya kena bg email id dahla.. yg lebih2 tu kalu taun punye sendiri nk add dia add la yg privacy setting dia tu sndiri kan kan...

xstuju... xstujuuu

(oh ye ni tgh berdebar2 tgu.. date period ahad (30 Sept) or isnin ni... apalah resultnye ye?)



Thursday 20 September 2012

Motivasi skett


Salam kawan2.. (alamak previous entry  blom siap lg.. xpe2 nanti sy sambung yek?)
just nak upload gambar2 ni je... telek jangan tak telek ekk

Ni gambar lebih kurg sama la dgn yg dulu tu..

ni anak baru ben affleck & jen gardner (comey kan geram kan)

ni red velvet pancake.. (resepi dh ambik, bila nk buat ni.. sedap sgt nmpak)

AND LAST BUT NOT LEASTTTT


Mesti kwn2 ada nmpak kat fb ini baranggg (tp please feel motivated ye?)

Mesej penting kat sini ialah: TRUST ALLAH!
(Kdg2 hati kita goyang juga dgn ujian dlm hidup,.. tapi selalulah membaca tulisan2 yg memotivasikan diri, berkawanlah dgn org2 yg solehah.. JANGAN! terjunkan diri ke dlm kawasan masalah/ kwn2 yg negatif/ update fb yg lemah2../ elakkan mengumpat!)

k, c ya! ciao~

Friday 14 September 2012

Mulut laser tak ingat!


Salam semua..
Ni nak cite + kongsi sket pengalaman2 dan observation dengan si mulut2 laser..

Kawan yg mengaku bestpren pun bleh laser dengan tak semena2 tanpa memikir objek yg dilasernya itu..
Berjaga2 lah kawan2.. kalu hati (especially kesabaran) tak kuat jgn cuba la nk mmebuka mulut ngan dorg2 tu, bolayankan ajer... cpt2 tukar link mcm hyperlink - pop up kan cerita yg lain sama sekali..
or kalu geng2 semua pun tiba2 tekan button yg bleh menukarkan diri menjadi LASER juga hehehe silalah bukak topik yg memburukkan diri/ melemahkan diri mereka pula (xpe ckp depan2 dia, bukan mengumpat). SUPAYA mereka tersedar dan len kali berpikir sampai nk pecah kepala bila nak melaser org! (hehehe betul ke tak cara ni yek).

Tahlah dorg2 ni kdg sbb yg dilasernya adalah org pendiam lg xpandai melaser mcm saya ni, so diaorang keeeepppp and keeeepppp duin the same thing over and over. Tak gheti2 akan perubahan muka org ke,.. apa ke...

cth 1: saya baru kawen end of 2010 (masa umur dah nak masuk 35). so upload le gmbr kawen (utk bgtau membe2 akhirnya bejaya juga daku dpt status isteri yg kuusahakan sejak lebih 10taun hehe, mengharap kwn2 berkongsi kegembiraan tersebut..) alih2 dlm byk2 komen ada gak terselit 'baru naik pelamin ke?' - eh sori kalu org lain bertanya saya mmg ok kut, tp dtg drpd kwn masa form 6 (lain2 kelas punnn). sblum2 tu pun ada dia chat fb ngan sy, ayat nye xhingat.. tak kawen2 lg kau ni?.. bla bla bla.. (hishh kau ni aku xigt pun rapat sgt ngan kau jgn mandai sgt ye?) .. komen tu (utk sy yg ganaz tp sentimental di dlm ni) tak sesuwaii dimuatkan bersama2 komen2 org lain yg guna ayat menggembirakan tu. huh!

cth 2: 
Anyway guys,.. this is for US,.. be positive k.. (entry di atas tu hanya sbg luahan perasaan dan berkongsi pengalaman + memberi tunjuk ajar hehehehe shj..)

Tuesday 11 September 2012

Dah nampak manfaat nya


Salam kawan2 baru semua..  :)
Harap2 semua sihat dan sentiasa positif.. tak mcm saya kejap goyang kejap jatuh kejap naik atas pegang bendera hehe.. sari dua ni sebuk sy masuk blog2 geng2 TTCan (mane yg sempat). Mcm2 ilmu dapat, mcm2 perasaan dpt dikongsi,.. sambil2 tu masuk blog pakar2 perubatan negara.. Terbuka luas bijik mata dan hati niha.. bersemangat semula niha.. (kan dah kata.. hehe)

Patutlah ramai org berblog, selama ni saya sangka mcm berblog ni banyak yg syok sendiri.. rupa2nye utk puak2 mcm kita ni, berblog sgt membantu mengisi masa yg berlalu tanpa perlu ber'kuciwa' seorang diri (maybe ada byk jgk blog yg syok sendiri ni kuutt... i think lah!)  (>,<)

Untuk perkara2 di atas, saya ucapkan terima kasih kepada yang meluangkan masa membuat n3 (entry- hehe sy jumpa dlm blog2 ank2 muda yg guna bahasa melompat2 tu..) yang membawa manfaat lagi menambah ilmu di dada dan perut kami2 rakan blogger semua... Bukan entry je, tp link2 yg korg masukkan tu pun byk juga menyumbangg...

bagus2.. moga pengalaman/ ilmu yg kita kongsi bersama ni sedikit sbyk menjadi apa yg membantu kita di alam kubur nanti (so buatlah entry terbaikkkkk punya..!) - tak lupa nak minta sesapa yg baru masuk blog akak ni plz baca entry dari mula.. byk sy nk kongsi.. im still such an innocent blogger! :)) Lagipun rugi la tak baca entry akak semua best2 hehehe ciaoo..
(mode: bersemangat nk mengabihkan pose 6 niha.. ada lg 4 hari.. (alamak sbtu ada open house!) - pose ganti ada 6 hari (2 dah settle))



Wednesday 5 September 2012

Belum ada rezeki lagi...


Salam kwn2..
Tak bermaya rasa pagi smlm period semula... :(        (tepat2 je kan Selasa 4hb..)
Apa nak dikata belum berjaya cara semulajadi dan cara pakai duit sikit.. mungkin nak kena keluarkan belanja besar juga..

Hati yg tak tahan terus berdiscuss dgn husband psl hal ni. tiba2 tengah discuss perasaan tak dpt ditahan2,
air mata keluar kerana memikirkan, "Ya Allah xpernah aku sangka aku akan melalui saat2 mcm ni..., aku tak boleh komplen Ya Allah, tapi aku manusia yg sgt2 lemah yg mengharapkan dipermudahkan segalanya.."

Ya Allah kuatkanla hati ni dgn dugaan dariMu ini.. dah mula confused ni...
Fikiran tak menentu, ditambah dgn hal2 lain menjadikan diri lemah..
Ya Allah semua ni godaan syaitan jugak, kena kuatkan iman..



*5/9 mlm tu saya ngadu ngan husband psl perasaan xmenentu sy ni, psl rasa lemah, dia bg ceramah kaw2..
termenangis n terinsaf kejap.. kuatkan lagi pergantungan dgn Allah.. itu la itipati ceramah dia mlm tu.. dapatla menguatkan semula perasaan niha... tq  ', '

Tuesday 28 August 2012

Mampu ke aku ni?


Salam kawan- kawan..
Macam mana agaknya bulan ni, berjaya ke kita?
Jika masih belum ada rezeki, saya dijangka period pada selasa hadapan (3 Sept)... tanda2 breast bengkak tu dah start minggu lepas lagi.. (skrg awal sokmo rasa bengkak). Urine start monday dah warna kuning gelap (biasa mmg tanda period tp awal bebenor kali ni..) 

Haih kali ni hati rasa macam terlebih x keruan plak.. Kenapa tah?
Rasa mcm dh malas nk tgok ini time ovulate ke tak.. hentam sahaja ikut date... Pg smlm lps solat Subuh hati terdetik, senanggg betul hidup aku ni xde anak, masak tak masak hentamm je, tidur pakai hentam je,.. org ada anak kena berpagi2, bangun tengah mlm susukan baby,, then mulalah hati tu terdetik soalan cepumas utk diri sendiri "Mampukah aku nak pikul tanggungjawab tu nanti dengan usia yang semakin meningkat ni?". Maybe soalan tu muncul kerana rasa mcm dah puas mencuba (?) (bukan la mksudnya sy putus asa tp usaha dah stat nak slow ni.. ^.^ )

Tapi bila rasa mcm down sket 2,3 arini cpt2la istifar, and yakin Allah akan bagi.. tapi.. (ada lg tapinya!)
Memang takut pun sbb usia, takutkan kesihatan diri... skrg tah kenapa badan duk lenguhh je.. letih tak keruan,.. perasaan malas nk buat apa2...

Raya baru ni jumpa sepupu yg kwen taun 2006, tp xsilap mcm dah 3 kali dia gugur. Kali ni dia buat IUI. Mula ada kembar 5 xsilap, tapi gugur satu persatu, then kekal tinggal satu. Due bulan 10 dan mmg akan dipaksa bersalin lah sbb complication yg dia dpt sblum ni. doktor tak mahu ambik risk. Lama dia menunggu, alhamdulillah insyAllah akan selamat dilahirkan anak bertuah tu nanti. Tapi itupun xpe kut sbb dia muda 5 taun xsilap dr saya.. so baru 32.. (so young for me)

Kadang terfikir Allah akan bagi kat saya tapi Dia bagi lambat sbb saya doa nak kawen dah lama tapi umur nk masuk 35 baru dapat kawen.. masuk U pun mcm tu,.. dah harungi segala mcm STPM la Diploma la baru Allah bg masuk :) letih jugak ek banyak fikir ni..

Tapi azam ni tengah nak kuruskan badan.. skrg makin lama makin berat, maybe dah cecah 55kg kut (utk ketinggian saya, xsesuwaii u..) kalau ikut scale memang dah obes rasanya.. makan mcm biasa je tp makan malam la tak tinggal (teman husband skali terliur la..)

                                                     




Monday 27 August 2012

Bestnye hari raya!!


Salam kawan2..  ('',)
Perasaan masih gembira lagi.. seronoknya dapat balik kampung berhari raya..
Makan makan makan (agak terlebih sikitlah)... dengan adik beradik semua ada.. berborak sakan tiap2 hari.. tidur lambat tiap2 hari (tp bangun awal ye).. tak sedar je badan ni dah naik semula dek sebab makan dan terlebih gembira tu ^,^ tenangnya suasana kampung menyebabkan rasa mcm tak nak balik ke KL lagi dah.. (terlebih betul tu yek?)

Mesti kwn2 pun rasa mcm tu kan? Berkunjung ke rumah sedara mara pun best jugak.. beramah dan berjumpa dengan mak2 sedara, pak2 sedara, sepupu sepapat.. ank2 sedara semuanya best.. (ekk adala se dua yg tak best, ada yg layan tak layan je kami datang,.. mcm tak tahu konsep melayan tetamu di hari raya pulak.. pelik sangat2)

Dalam duk bersalam2 dan berborak2 dengan orang yg kita kunjungi mesti terpacul soalan2 cepumas yg tepu tu kan? hehehe saya buat2 bodo je.. org tya xde apa2 lagi ke.. saya jawab banyak apa2nye.. org tya awk bila lagi.. sikit lagi ada lah tu... semua soalan berjaya dijawab dgn senyum di bibir (siap gelak2 lagi) eh eh kagum jugak dgn diri sndiri ni, dan yg bestnya tak de rase xbest dlm hati bila menjawab pertanyaan2 mereka.. saya anggap semua tu kerana mereka tak sabar nk tengok hasil kerja kita hehe .. (rasa mcm dpt kekuatan tu dari penulisan dalam blog ni juga.. thank you Allah).

Tahun ni kakak ipar (asal miri) buat kek lapis sarawak utk rumah kat kg sampai 4,5 bijik.. best2 pulak tu.. sampai raya ke 6 pun ada lagi kek tu.. sedap sangat2... rajinnya kak ngah I salute you!

Dah sampai KL tengok2.. laaa xde kuih raye rupanya sbb yg ditempah xdpt.. adui xbleh jadi ni nak kena gi beli kat giant (smlm dh try nk bli kat mydin.. dah habis langsai!).. arini alhamdulillah larat nak stat pose ganti (walaupun tak sahur! biasala dh stat nk malas bangun lah tu). jomla stat pose skrg.. (kalu nk pose 6 terus pun ok je..) takut lambat2 kang tak sempat.. time kje la kut sng nak pose, hari cuti kang byk rumah nk kena gi makan2..

bercakap psl open house emmm ermmm tengah duk pikir perlu tak nak buat ni,.. budget terlari sket2 ni..
mcm nak buat juga tp tengokla camane perancangnnya.. bagus bagi org makan2 ni.. tp kalau tak buat pun xpe.. org msia dah terlebih makan hehe yang penting ikhlas nk jumpa kwn2 lama ke.. apa ke.. jgn niat nak menayang sudah ye tak? tak kira la menanyang perabut ke.. aksesori ke.. anak ke.. suami ke...




Thursday 16 August 2012

Termenangis baca ayat Surah Maryam




Maksudnya:
Ia menjawab: "Demikian keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya."

Itulah ayat yang buat saya termenangis masa baca hari tu.. itulah yg saya kata dahulu hanya Allah Maha Pemberi.. yg lain2 hanya sebab sahaja bagi kita yang belum diizinkanNya mempunyai zuriat sendiri.. Sabar ye kwn2, ayat ni memang khas ditujukan untuk kita2 semua.. yakinlah ada hikmah dan nikmat di sebalik semua ini. Teruskan berdoa dengan yakin ye :) 

Selamat Hari Raya Aidilfitri ye kwn2!
Moga dapat kita raikannya dengan kegembiraan dan tak lupa dengan penuh keinsafan.
Semoga tak lama lagi kita akan mendapat berita baik :) berkat doa yg maqbul di bulan mulia ini.. samada doa kita atau doa org2 lain di sekeliling yg menyayangi kita >,<

Jangan lupa panjangkan silaturrahim dengan sanak saudara yg jarang2 kita dapat jumpa tu.. memanjangkan silaturrahim antara sebab doa kita dimakbulkan. Ikhlaskan hati berbaik2 dengan ahli keluarga ye.. kalau ada perbalahan tu masa ni lah kita nak hulurkan tangan meminta maaf, maniskan muka jangan eksyen ye.. First sekaliii yg utamanya jgn lupa mintak maap dengan husband kita ye.. hehe keredhaan dari dia menjadi sebab kita masuk syurga InsyaAllah! 


Wednesday 15 August 2012

Macam2 berita duka dan gembira di bulan puasa


Salam kawan2...
Mesti semakin sihat ye kawan2? maklum sedang menguatkan tenaga membuat persiapan hari raya pulak.. barang2 apa yg nk dibeli untuk makanan sajian keluarga,.. tak campur dengan urusan sana sini mengambil dan jugak despatch biskut2 raye, ataupun membuat belian terakhir menjelang hari raya :) kesemuanya memerlukan tenaga wanita2 hebat seperti kita semua ^_^ duit raya pun kdg2 kita juga yg kena ingattt.. xpe2 itu semua praktis yg akan menguatkan daya ingatan dan juga menguatkan tulang2 kita.. jangan sampai terlebih dan melebih sudahlah ye.

Dalam pada seronok kita nak menyambut raya ni,.. igt2kan lah mereka yg mengalami kehilangan org tersayang sdalam bulan puasa ni ye.. sedekahkan alfatihah untuk mereka yg telah pergi.. dan hulurkan salam kepada sesiapa yg anda kenal rapat yg mengalami kehilangan org terdekat mereka.. pg tadi hati tiba2 teringatkan seorang rakan lelaki sewaktu belajar dulu, yang juga merangkap jiran sebelah rumah waktu tu. Dia telah dijemput lebih awal, mengalami serangan jantung sewaktu bekerja pada minggu awal puasa. Dia memang baik orangnya, fb nya pun dipenuhi ucapan2 takziah utk keluarganya dan puji2an untuk arwah. InsyaAllah dia telah ditunjukkan pintu syurga.. 

Teringat saya bagaimana keadaan isteri dan anak2nya tanpa dia.. tentulah sedih sgt kan kwn2?.. tak terbayang perasaan itu andai kita ditakdirkan seperti itu. Sy berdoa juga semoga isteri arwah tabah hati dan kuat semangat menghadapi dugaan ni..

Macam2 berita yang sy dengar dalam bulan puasa kali ni.. berita sedih dan gembira. bercampur2..

Yang saya tumpang seronok pulak dengar kwn2 (selebriti2 pun..) yg dapat anak dalam bulan puasa,.. dan berita yg paling hampir dgn diri ini, yg disahkan mengandung dlm bulan Ramadhan yg mulia ni.. terbayang keseronokan di wajah2 mereka suami isteri (especially yg anak first la).. Ada kwn baru kwen ujung taun lps semalam dia dpy baby (kira mcm bunting pelaminlah).. owh.. berdesup rasa kat dada ni.. gembira untuk dia tapi ada rasa nk menangis jugak di situ.. 

Adik saya pun bukan main excited. Tahun ni giliran beraya kat rmh wife dia,.. tapi excited dah bercerita nak bawa balik Muhammad jumpa pak sedara dan mak2 sedaranya... aduhhh.. daku hanya mampu mendengar sahaja  t_t

Husband pulak bawak balik baju baby (utk bg hadiah kat adik saya).. lagilah digaru2 perasaan ni.. siap ada satu baju saya suruh dia simpan (dia beli bukan main byk!). Saya ckp "xmaulah bg yg ni. ini utk anak i nanti!" bestkan ayat saya..? lagi pulak husband saya (menunjukkan tanda2 dia juga dah tak sabar nak ada anak sendiri) tiap kali dia tunjuk satu2 (pegang) baju yg dia beli tu.. mulut tu dia berbunyi.. "syg.. ini seluar utk tomey2.." :) baru pegang seluar baby dia dah jadi mcm tu, so saya sambil tengok baju2 baby tu sambil berdoa "Ya Allahh.. berilah kami.. berilah.. selagi kami masih berdaya ni..."

Jauuuhhh kat sudut hati tu memang ada perasaan cemburu dgn berita2 gembira utk org2 lain tu (tarak tipu punya),.. Ya Allah mudahnya mereka mendapat apa yg diinginkan.. mudahnya perjalanan hidup mereka..  cpt2 istighfar.. "Ya Allah kau berilah juga peluang kepada aku untuk turut merasai perasaan itu.. ". Aaamiinn.. moga dugaan ini menjadikan kita orang yg lebih taqwa, bersyukur dan lebih muhasabah diri!












  



Sunday 12 August 2012

Surau penuh dengan..


Salam kwn2..
Haii dah bz buat persiapan raya ye :) Owh wahh mcm2 tudung yuna lah erra yg tak pakai tudung pun ada tudung,.. maher zain yg lelaki pun tiba2 ada nama tudungnya ye ~,~

Tapi jgn lupa ye kwn2.. yg paling utama ialah Ramadhan hampir tinggalkan kita, entahkan bersua atau pun tidak dgn Ramadhan seterusnya.. so marilah kita ambik peluang yg sgt susah kita jumpa ni dgn membykkan ibadat kpd Allah ye kwn2.. (Sy menyeru kpd diri sy sendiri dan kwn2)mintaklah doa moga diampunkanNya dosa2 kita yg telah lalu dan juga akan datang. Yg sengaja mahupun tidak. Yg besar mahupun kecik. moga habis Ramadhan, maka dosa kita pun terhapus, dan perasaan bersyukur serta insaf semakin menebal dalam diri kita.. Sedang Rasulullah saw manusia agung dijamin syurga pun sehingga pecah2 tumit dan sakit kakinya berjaga malam beribadat memohon keampunan dari Allah, inikan pula kita yang kdg2 setiap detik bermandi dosa..


Ini nk menambah cerita lagi.. syahdu sikitlah kali ni.. hal ni berlaku tahun lepas..  
Hari tu saya dan husband pergi berekreasi kat satu taman, ada tasik... kami mmg selalu jalan2 kat situ, ambil angin petang sambil2 exercise sikit (sikit je hehe). Kami sampai situ dalam pukul 6 petang, so suami saya cadang nak lepak sampai lepas maghrib terus. Azan maghrib berkumandang, so kami pun beransurlah ke surau kat taman tu.. masa saya nak melangkah masuk ke dalam dah bertembung dengan 2 orang pompuan yg tengah preknen (maybe dlm 5, 6 bulan).. hati tu ada tersentap sketlah, maklumla masa tu masa2 frust dalam usaha untuk mengandungkan diri. Entahlah masa tu selalu terasa seperti perempuan2 tgh preknen tu berlagak dengan perut mereka (erkk.. ada kes betul ada kes tidak betul sama sekali!)

Masuk je dalam surau Ya Allah hati ni luluh tengok rata2 pompuan kat dlm tu semuanya preknen! Aduhh.. rasa nk menitik air mata. dalam hati tu tertanya2 Ya Allah.. ini dugaan sgt2 utk aku.. dalam sembahyang pun rasa nak menangis.. masa tu cuma ada rase sedih je dlm hati ni.. tak sabar rasa nk keluar 'melepaskan' diri dari kawasan tu. Terus teringat kat husband dan tak sabar2 nak jumpa dia.. (dia lah satu2nya backup terhampir yg selalu buatkan diri ni rasa ada harga lagi..)

Keluar je surau saya terus cari husband, dia tengah tunggu saya jauh sikit dari surau.. automatik dia tanya saya kenapa muka berubah ni.. apa yang tak kena ni.. Saya tak mampu nk jawab, just geleng2 je sbb kalau jwb sure air mata berhambur keluar..

Dah sampai tepi tasik husband tanya lagi kenapa.. bagitau la..
Saya pun kuatkan hati cerita ringkas je.. and.. teruslah tumpah air mata yg dari tadi duk tahan. Husband saya buat reaksi yg nampak mcm faham sangat keadaan sy masa tu. Oleh kerana tempat kami berdiri tu gelap sikit (org pun xde) so dia peluk saya and ckp suruh sabar.. ayat biasa dia "xpela.. nanti u pun akan jd mcm tu.. sabar.. Allah bagi nanti ye.."
Thanks suamiku!

Tapi tu la kan kdg2 diri jadi sensitif tak tentu hala pada hal2 bersangkutan dgnnya...
Itula salah satu cerita masam saya berkaitan hal kemengandungan ni..
Hanya Allah dan kwn2 semualah yg memahami perasaan daku itu kan? kan?