Tuesday 28 August 2012

Mampu ke aku ni?


Salam kawan- kawan..
Macam mana agaknya bulan ni, berjaya ke kita?
Jika masih belum ada rezeki, saya dijangka period pada selasa hadapan (3 Sept)... tanda2 breast bengkak tu dah start minggu lepas lagi.. (skrg awal sokmo rasa bengkak). Urine start monday dah warna kuning gelap (biasa mmg tanda period tp awal bebenor kali ni..) 

Haih kali ni hati rasa macam terlebih x keruan plak.. Kenapa tah?
Rasa mcm dh malas nk tgok ini time ovulate ke tak.. hentam sahaja ikut date... Pg smlm lps solat Subuh hati terdetik, senanggg betul hidup aku ni xde anak, masak tak masak hentamm je, tidur pakai hentam je,.. org ada anak kena berpagi2, bangun tengah mlm susukan baby,, then mulalah hati tu terdetik soalan cepumas utk diri sendiri "Mampukah aku nak pikul tanggungjawab tu nanti dengan usia yang semakin meningkat ni?". Maybe soalan tu muncul kerana rasa mcm dah puas mencuba (?) (bukan la mksudnya sy putus asa tp usaha dah stat nak slow ni.. ^.^ )

Tapi bila rasa mcm down sket 2,3 arini cpt2la istifar, and yakin Allah akan bagi.. tapi.. (ada lg tapinya!)
Memang takut pun sbb usia, takutkan kesihatan diri... skrg tah kenapa badan duk lenguhh je.. letih tak keruan,.. perasaan malas nk buat apa2...

Raya baru ni jumpa sepupu yg kwen taun 2006, tp xsilap mcm dah 3 kali dia gugur. Kali ni dia buat IUI. Mula ada kembar 5 xsilap, tapi gugur satu persatu, then kekal tinggal satu. Due bulan 10 dan mmg akan dipaksa bersalin lah sbb complication yg dia dpt sblum ni. doktor tak mahu ambik risk. Lama dia menunggu, alhamdulillah insyAllah akan selamat dilahirkan anak bertuah tu nanti. Tapi itupun xpe kut sbb dia muda 5 taun xsilap dr saya.. so baru 32.. (so young for me)

Kadang terfikir Allah akan bagi kat saya tapi Dia bagi lambat sbb saya doa nak kawen dah lama tapi umur nk masuk 35 baru dapat kawen.. masuk U pun mcm tu,.. dah harungi segala mcm STPM la Diploma la baru Allah bg masuk :) letih jugak ek banyak fikir ni..

Tapi azam ni tengah nak kuruskan badan.. skrg makin lama makin berat, maybe dah cecah 55kg kut (utk ketinggian saya, xsesuwaii u..) kalau ikut scale memang dah obes rasanya.. makan mcm biasa je tp makan malam la tak tinggal (teman husband skali terliur la..)

                                                     




No comments:

Post a Comment