Wednesday 8 August 2012

Bersangka baik dengan Allah


Salam kwn2..
Hmm mmm frust lg bulan ni.. pagi tadi masa nk smbhyg subuh hati rasa lemah sbb cik P datang :( ..... setiap kali (more to setiap bulan) cik P datang saya menjadi gundah gulana, sedih dan macam2 perasaan lagi. Tadi pun termenung sekejap dan rasa serba tak kena. Biasanya kalau cik P datang saya diam sendiri dulu lepas tu dah separuh hari baru bgtau husband. Dia selalu buat macam tak percaya.. (itu yang paling tak tahan tu).

Saya tau dia sama frust je dengan saya. Kadang- kadang saya sound je kat dia "Nasiblah kawen dgn org tua.." hehe selalunya kalau saya buat ayat mcm tu dia akan balas "Ye lah I pun tak tau kat mana dia tunggu I dulu.."or "macammana dia boleh tunggu I jugak.." . Kadang2 tu saya gelakkan je statement dia yg nak buat lawak tu tapi kadang2 bila hati tengah risau tak menentu tu ha mula la rasa teruk.


Tahun lepas saya jadi gian menengok chart ni, tiap2 lepas wktu subur sy mula melihat2 carta tu, ok,  skrg si dia dh besar ni (of course la kan not exceeded 3 weeks! hehe sbb cik P akan menjelma tak lama lps tu!)

Saya dah meneliti carta di atas ni sejak awal tahun lepas (sejak saya mula masuk bekerja kat tempat baru. Mmm indahnya kan? Beruntungnya mereka yang berpeluang menjadi seorang ibu. Dan Maha Kaya Allah, saya juga baru mengetahui bahawa hanya di minggu2 terakhir baby akan membesar dengan lebih banyak. Allah Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana yang mengetahui akan kepayahan seorang ibu mengandung. So beautiful!

Dalam pada kita berharap, berdoa dan berusaha utk dapat menjadi seorang ibu tu sudah tentulah byk perasaan yg masam- masam manis yg kita alami. bagi saya sendiri kesedihan/frust bila belum berjaya tu lumrah kerana kita manusia, tetapi kalau terlalu lama dan melampaui batasnya igtlah bahawa hal2 tersebut adalah di luar kuasa kita. Allah lah yg Maha Memberi, kita hanya menerima sbg hambanya dan hanya boleh berdoa untuk mendapat yg terbaik.

Ya Allah ada satu ketika tu waktu saya rasa diri saya berusaha bersungguh (dlm 2,3 bln untuk mendapatkan anak (dan yg paling penting berharap sgt2 boleh preknen), bila period je memang menangis. nasib baik la ada jejaka dlm rumah yg setia memujuk.. sabarlah...Allah belum nak bagi kita lagi.. sabarlah,.. xdpt xapa.. nanti kita cuba lagi ye.. and so on, so on.. hehehe mmg kata2 tu berjaya bagi comfort pun, apatah lg dr org yg sama2 berusaha dgn kita, cuma stendedlah pompuan usaha lebih lebih dan lebih lagi dari lelaki kan kan kan hehe

                                                         


Igtla kwn2 mereka yg berpeluang jadi ibu itu adalah kerana Allah mengizinkan perkara tu terjadi,.. untuk kita Allah belum izinkan lagi. Itu je. Faktor2 lain tu hanya menjadi penyebab je.. Pucuk pangkalnya gift itu dari Allah.

Perasaan redha kita terhadap apa yg berlaku akan menyebabkan ketenangan 'deep down inside'.
Sama je dalam setiap perkara dalam hidup kita. Jangan kita bergantung/berhrp sgt kpd sesuatu sehingga terlupa kepada kudrat dan iradat Allah. kalau kita ada suami, anak2, itu semua hanya pinjaman. Gantungkan pengharapan penuh kita kepada Allah, akhirnya kita akan dapati yg diri kita jauh lebih kuat. Saya rasa kita mesti semaikan perasaan mcm ni dlm setiap perkara.

Kalau dapat setiap kali rasa down pasal ni kita istighfarlah byk2. Lagi frust lg istighfar. Lawan2 kan godaan syaitan yg menyuruh kita berada dalam kesedihan je tu. Walaupun usaha kita dah memakan masa bertahun2.

Jangan lupa result positif negatif ni hanya kita boleh dapat sebulan sekali (utk yg periodnya regular) utk yg tak regular lagilah kan, kena pandai analisa diri dlm wktu subur ke tak. so semua ni ambik masa wpun sedar tak sedar dah 5 tahun/ 8 tahun/dsbgnya. Tak apa.. Allah Maha Mengetahui akan aturan hidup kita. Sentiasa ada sebab musababnya.

Adatla kalau kdg2 kita wonder "it didnt work last time, how is it gonna work this time?"
Benamkan sahaja fikiran huduh tu sedalam2nya sampai dia mati hehe

Cuma sekarang saya berdoa jika Allah hendak berikan saya anak dalam masa2 skrglah ( boleh gitu? ~,~ ) sebab saya dah mula merasa penuaan pada fizikal ni. Kalau lambat lagi mungkin tak terkejarlah dengan tenaga ni, dan kesiankan kesihatan anak yg bakal lahir. Mungkin keletihan tu sbb fikiran tp resamnya juga fizikal merosot dari penuaan...
Owh.. (*,*) semoga Allah beri kesempatan utk saya merasai hebatnya perasaan seorang ibu. aAminnn..

Jangan putus asa ye kawan2.. I will always be with u, and the most important thing is Allah will always be with US!


ucapkan doa ni selalu/ byk2 utk terus diberi kekuatan ye kwn2.. :)



No comments:

Post a Comment