Wednesday, 8 August 2012

Bersangka baik dengan Allah


Salam kwn2..
Hmm mmm frust lg bulan ni.. pagi tadi masa nk smbhyg subuh hati rasa lemah sbb cik P datang :( ..... setiap kali (more to setiap bulan) cik P datang saya menjadi gundah gulana, sedih dan macam2 perasaan lagi. Tadi pun termenung sekejap dan rasa serba tak kena. Biasanya kalau cik P datang saya diam sendiri dulu lepas tu dah separuh hari baru bgtau husband. Dia selalu buat macam tak percaya.. (itu yang paling tak tahan tu).

Saya tau dia sama frust je dengan saya. Kadang- kadang saya sound je kat dia "Nasiblah kawen dgn org tua.." hehe selalunya kalau saya buat ayat mcm tu dia akan balas "Ye lah I pun tak tau kat mana dia tunggu I dulu.."or "macammana dia boleh tunggu I jugak.." . Kadang2 tu saya gelakkan je statement dia yg nak buat lawak tu tapi kadang2 bila hati tengah risau tak menentu tu ha mula la rasa teruk.


Tahun lepas saya jadi gian menengok chart ni, tiap2 lepas wktu subur sy mula melihat2 carta tu, ok,  skrg si dia dh besar ni (of course la kan not exceeded 3 weeks! hehe sbb cik P akan menjelma tak lama lps tu!)

Saya dah meneliti carta di atas ni sejak awal tahun lepas (sejak saya mula masuk bekerja kat tempat baru. Mmm indahnya kan? Beruntungnya mereka yang berpeluang menjadi seorang ibu. Dan Maha Kaya Allah, saya juga baru mengetahui bahawa hanya di minggu2 terakhir baby akan membesar dengan lebih banyak. Allah Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana yang mengetahui akan kepayahan seorang ibu mengandung. So beautiful!

Dalam pada kita berharap, berdoa dan berusaha utk dapat menjadi seorang ibu tu sudah tentulah byk perasaan yg masam- masam manis yg kita alami. bagi saya sendiri kesedihan/frust bila belum berjaya tu lumrah kerana kita manusia, tetapi kalau terlalu lama dan melampaui batasnya igtlah bahawa hal2 tersebut adalah di luar kuasa kita. Allah lah yg Maha Memberi, kita hanya menerima sbg hambanya dan hanya boleh berdoa untuk mendapat yg terbaik.

Ya Allah ada satu ketika tu waktu saya rasa diri saya berusaha bersungguh (dlm 2,3 bln untuk mendapatkan anak (dan yg paling penting berharap sgt2 boleh preknen), bila period je memang menangis. nasib baik la ada jejaka dlm rumah yg setia memujuk.. sabarlah...Allah belum nak bagi kita lagi.. sabarlah,.. xdpt xapa.. nanti kita cuba lagi ye.. and so on, so on.. hehehe mmg kata2 tu berjaya bagi comfort pun, apatah lg dr org yg sama2 berusaha dgn kita, cuma stendedlah pompuan usaha lebih lebih dan lebih lagi dari lelaki kan kan kan hehe

                                                         


Igtla kwn2 mereka yg berpeluang jadi ibu itu adalah kerana Allah mengizinkan perkara tu terjadi,.. untuk kita Allah belum izinkan lagi. Itu je. Faktor2 lain tu hanya menjadi penyebab je.. Pucuk pangkalnya gift itu dari Allah.

Perasaan redha kita terhadap apa yg berlaku akan menyebabkan ketenangan 'deep down inside'.
Sama je dalam setiap perkara dalam hidup kita. Jangan kita bergantung/berhrp sgt kpd sesuatu sehingga terlupa kepada kudrat dan iradat Allah. kalau kita ada suami, anak2, itu semua hanya pinjaman. Gantungkan pengharapan penuh kita kepada Allah, akhirnya kita akan dapati yg diri kita jauh lebih kuat. Saya rasa kita mesti semaikan perasaan mcm ni dlm setiap perkara.

Kalau dapat setiap kali rasa down pasal ni kita istighfarlah byk2. Lagi frust lg istighfar. Lawan2 kan godaan syaitan yg menyuruh kita berada dalam kesedihan je tu. Walaupun usaha kita dah memakan masa bertahun2.

Jangan lupa result positif negatif ni hanya kita boleh dapat sebulan sekali (utk yg periodnya regular) utk yg tak regular lagilah kan, kena pandai analisa diri dlm wktu subur ke tak. so semua ni ambik masa wpun sedar tak sedar dah 5 tahun/ 8 tahun/dsbgnya. Tak apa.. Allah Maha Mengetahui akan aturan hidup kita. Sentiasa ada sebab musababnya.

Adatla kalau kdg2 kita wonder "it didnt work last time, how is it gonna work this time?"
Benamkan sahaja fikiran huduh tu sedalam2nya sampai dia mati hehe

Cuma sekarang saya berdoa jika Allah hendak berikan saya anak dalam masa2 skrglah ( boleh gitu? ~,~ ) sebab saya dah mula merasa penuaan pada fizikal ni. Kalau lambat lagi mungkin tak terkejarlah dengan tenaga ni, dan kesiankan kesihatan anak yg bakal lahir. Mungkin keletihan tu sbb fikiran tp resamnya juga fizikal merosot dari penuaan...
Owh.. (*,*) semoga Allah beri kesempatan utk saya merasai hebatnya perasaan seorang ibu. aAminnn..

Jangan putus asa ye kawan2.. I will always be with u, and the most important thing is Allah will always be with US!


ucapkan doa ni selalu/ byk2 utk terus diberi kekuatan ye kwn2.. :)



Monday, 6 August 2012

Adik dapat baby. bestnye dpt anak sedara baru!!


Salam kawan2,.. jumpe lagi.. dh hari ke17 berpuasa ni.. harap2 kita semakin tabah dan berserah diri pdNya dan tak putus mengharap rahmat dari Allah. Moga dapatlah kita cari malam lailatulqadar yg amat mulia itu :) senyum sokmo kwn2 masa duk pilih2 baju raye tu kan.. tudung raye lagi.. mcm2 tema warna ha.. pilihlah yang elok2, dan jangan berlebihan ye!

Hmm.. saje nak cerita awl bln 7 aritu adik lelaki saya dpt 1st baby... hmm seronok kan main dia. hari2 update sy dgn gmbar babynya itu.. dia kwen bln6 2010.. 

dlm duk seronok dpt ank sedara ada juga bunyi2 dari family cepatla awak dpy baby.. sy ni kdg2 tu mmg mudah tersentap apabila perckpn sy tak menjurus ke situ tp org bawa juge ke situ. Tapi xpelah anggap je org nk yg baik2 utk kita. maafkan je le..

mmg tak sabar nk jumpe si muhammad tu.. balik rayalah nmpaknya baru boleh jumpe!


 


Saturday, 4 August 2012

Simptom2 PALSU!


Salam lagi kwn2..
Hehe janganlah terkejut sehari sampai berapa post.. bila ada time ni naklah update banyak2 nanti tak sempat dah..

Tengok tajuk tu je mesti kwn2 TBC dah selalu sgt alami kan? kan?
Takpe2.. insyAllah nanti simptom2 tu akan jadi BENAR haha

Sebenarnya, utk saya sendiri, merasa apa2 yg sy alami tu simptom2 palsu sbb kita tersilap jangka, silap analisis dan yg penting adalah kerana tidak putusnya HARAPAN kita terhadap rahmat Allah yg satu tu kan? kan?

Salah satu simptom saya dapat ialah rasa mual. Ni rasanya sebab angin dan sebab ada makan makanan berlemak.. simptom lain antaranya pening2, yg saya alami adalah sebab air kencing kotor..

Satu lagi ialah sensitif hidung (bersin2 waktu pg dll). Adih tahun lps tu ada satu bulan saya dpt hidung yg sensitif. pagi2 je kan main terbersinnya. Cpt plak tu menangkap bau (tp xde rasa xselesa pun). O yela baru igt mase tu ialah mase yg saya mkn folic acid bln ke3, yg period lambat dkt 4 aritu.. bile dh terperasan teruk sgt bersin ni, mula lah hrpn naik tinggi menggunung... tp surut juga akhirnya haha

Satu lagi ialah breast pain. Entah kenapa lately (dlm 6 bulan ni) saya selalu on and off dapat breast pain utk period. Maybe dlm 4 bln kut. Biasanya dari dulu smgu sebelum akan rase sakit breast.. and utk saya ianya akan hilang sehari/ sebaik sahaja saya period (xpasti plak org lain- tolong kongsi yek?). Ini pun merunsingkan jugak. Hai ada jugak terlintas adakah saat menopause ku ahmpir tiba? (tak pernah plak google lecbih2 psl simptom menopause, yg tau masuk 40 period laju kaw2. heavy production, panas, kerap gi toilet dll.). Tapi org ckp period lmbat menopause pun lmbat (sy period mase nk masuk form 2). Hrp2nya xde apa2lah tu kan?

Lepas period baru ni plak, 4,5 hari selepas waktu subur sy dapat breast pain tu (kat hujunggg cik nip). Mcm sensitif sgt xbleh sentuh). terlebih awal pulak kan? Waktu patut saya period ialah minggu depan.. Sekarang mmg ada breast pain tu (kira mcm sakit tu berterusan sejak seminggu sebelum ni la (sebelum week last Ramadhan. (Moga tak period dah sbb BERJAYA!)


Cramp di 'situ'


Salam kawan2... :)
2,3 bulan kebelakangan ni, 2,3 hari selepas habis period, saya akan mengalami cramp di situ, sekejap2 sahaja tapi mensuspen kan jugaklah..
First dulu saya dah excited sbb masa tu dapat cramp dalam waktu2 subur tu, so saya rase mcm dah BERJAYA hehe rupa2nya tak ada apa2 pun.. so saya google dan terbaca bahawa cramp tersebut adalah disebabkan:
1. pengeluaran/ proses penyuburan (pengovuman) tengah berlaku
2. adanya halangan2/ stuck apa2 yang patut dialirkan keluar tu,
3. awal pregnancy mmg akan ada mild cramping di situ akibat proses2 percambahan tersebut (hrp2 kita semua dapat merasainya nanti!)




Yang lain ada lagi ke? yang saya baca penjelasannya lebih kurang mcm tu lah (jika cramping berlaku pd waktu2 sepatutnya subur)

Kongsilah.. pernah tak kwn2 dapat cramp tu?


Sebak doa qunut imam malam ke16


Salam kawan2..
Hmm.. macammane puasa2 korang? masih bertenaga harap2nya kan  <(~,~)>
Semalam saya and hubby pergi berbuka di masjid besi Putrajaya (eh betulkan nama nya masjid besi?).
Sembhyg terawih kat sana.. husband sy mmg suka bertukar2 masjid bln puasa ni,.. katanya nak dapatkan berkat dari imam2 berlainan..

Waktu witir imam membacakan doa qunut yg panjang.. qunut biasa bercampur dengan doa2 taubat dan harapan kepada Allah sbwt.. Ya Allah mcm biasa actress air mata ni terus lah terharu, mengalirkan air mata, apatah lagi di hujung2 boleh dengar imam pun sebak.. saya terdengar juga jemaah lain di sebelah dan di belakang turut menangis.. Dalam hati saya sungguh2 meminta ampun dan mengharap Allah mengampuni dosa2 saya yg banyak ni, dan dari mula lagi + ketika imam mengucapkan doa meminta Allah memberi keselamatan kepada Muslimin muslimat saya teringat sangat2 dengan umat Islam Rohingya.. Ya Allah kita di sini sangat selesa bergerak, melakukan apa yang kita mahu, sedangkan mereka diselubungi resah dan ketakutan sepanjang masa.. fikiran sentiasa mencari2 jalan utk selamatkan diri dan keluarga.

Kawan2.. sentiasalah kita bersyukur atas nikmat keamanan yg kita dapat hari ini.. nikmat kenyang, nikmat bergembira bersama keluarga dll, dan mendoakan keselamatan mereka yang berada di kancah pergolakan (Rohingya, Syria, Palestin, Selatan Thai dll). Kadang2 saya sendiri terlupa, asyik mendoakan diri dan keluarga sendiri sahaja.. sedangkan mereka juga adalah di bawah tanggungjawab kita, saudara seIslam kita..

Ya Allah ya Tuhanku, ampuni kami atas ketidakupayaan kami membantu mereka.. hanya doa yg dapat dipanjatkan!






 

Friday, 3 August 2012

Merajuk Dengan Folic Acid

Salam kawan2..
Hehe terlanjur kongsi/update pasal bulan puasa,.. saya nak kongsi skali satu cerita..

Bulan puasa tahun lepas saya start ambik folic acid bila dapat info dari sorang doktor yang sy kenal, folic acid bagus untuk org yang nak preknen,.. lagi2 utk mereka2 yg dah berumur supaya membantu dalam nerves/ brain function masa baby baru nak jadi (statistik menunjukkan wanita yg preknen umur 40+ anak yang lahir most probably akan dapat kecacatan/ down sindrom dll).

So saya pun startlah. Tak tinggal punye.. lgpun murah je.. tak mahal.. (tapi harganya may ranging from rm10-100 depends on ada campuran atau tak.. solid folic acid biasanya murah la)
Bile start makan je bln pertama period saya dtg lambat sehari lebih. (saya ni jenis yang kitaran punctual kaw2, kitaran saya 28 hari) biasa hari yang ke 21 lps period ngam2 lah akan period semule.. atau pagi besoknya.. so ada jugaklah suspen maklum org tengah berusaha gigih nak conceive. Bulan ke dua pun macam tu juga.. suspen lagi... (owh perasaan itu sgt letih kawan2- mesti kwn2 lain yg senasib tahu perasaan daku kan kan? :))

Bulan ke 3.. huh! lambat 3hari! Dekat 4 hari! Member dah suspens bercampur gembire.. alih2 hari ke 4 ada je cik P datang... huuuuuuuu... down sgt2 rase mase tu. Rase nak kunyah2 kotak folic acid tu (hihihi). Tapi kejap je lah.. lps tu istighfar byk2 sbb pucuk pangkal marah tu dekat sape sebenarnya..

Sejak tu saya tak layan lagi folic acid kerana dia buat ku berhati runsing hehe
Tapi saya taklah berperang ngan dia,.. cuma saya tak mau ambik sebab harapan yang terlalu tinggi tak mahu dilemahkan dgn pengalaman masam2 manis mcm tu :) Kelakar jugak bila sy teringat psl folic acid ni, sbb kotak folic acid ada lagi dlm peti sejuk tuha!

Eh tp yg sedang ambik tu jangan stop sbb cerita saya ni.. teruskan berusaha dgn cara sendiri..
Fight terus fight!



Puasa Yang Lembik

Salam kwn.. alahai maklumlah bulan puasa, tak sempat2 nk update blog. Tapi hari2 rancang and ada point baru nak kongsi.. kerja di ofis takde break sbb balik awal, so tak pek den nolong ha..

Bulan puasa, sejak bergelar isteri ini baru kali kedua. Tapi yang teruknya saya jadi letih dan lesu sikitlah especially time nak bangun sahur tu, dekat 10 hari husband saya lah yang bangun prepare (more to prepare utk dirinya sendirilah) sbb saya cume makan kurma and minum air sahaja.. kalau makan nasik siaplah nanti perut meragam pulak siang2 tu. Biar dia lapar sikit dari meragam ^,^

Selalu pulak saya terfikir, .. oihhh ini teruk ni, baru bawak diri sndiri kan, org lain yg anak berderet2 tu xtahulah kan.. haii hebatnya kaum wanita kita!

Sembahyang terawikh dptlah buat. Alhamdulillah baru sehari miss. Kalau dah ada baby tentulah buzy utk dia pulak kan. Kalau sempat pun kena cari2 waktu pulak betul tak?

Tapi janganla pulak sedih kwn2 yang ada baby kecik tu,.. Allah Maha Pemurah. Pahala akan dapat sebab berhempas pulas menjaga baby. Jangan letihkan diri semuanya nak dikejar. Kalau larat buatlah terawih, kalau tak larat.. jangan paksa.. jaga kesihatan diri.. :)