Wednesday 26 July 2017

Jangan Terkejut Tau .. Im looking for...

Assalamualaikum wbt,
Allahu Akbar, lama betul kak Baby tak update blog ni.. dah dua tahun kutttt.. dah bersarang kutttt kui kui kui

Alhamdulillah akak sihat2 je.. harap korang semua pun sama, sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya dan bertambah bahagia walau menjalani kehidupan yg penuh mencabar ini :-)

Lately korang nampak tak.. atau ada tak jadi kat korang/ org keliling..
Dah lama kahwin tak ada anak.. baru ambik anak angkat.. tup2 Alhamdulillah rezeki.. Allah kurniakan rezeki untuk mengandung dan ada anak sendiri.. I is loikeeee sangat dengan berita2 tersebuttt... Masya Allah

Seriously akak sangattt gembira untuk mereka2 tu... dan betapalah kasih sayang Allah itu sangat di luar batas fikiran kita. Betul tak?

Moralnya sungguh kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah walaupun sebagai manusia hati kita merasa sedih.. banyaklah bersyukur kan kita ni.. bernafas, makan, tempat tinggal, kesihatan.. macam2 nikmat kan.

Okla tu intro je.. tapi tak ada pun jadi kat akak.. masih berduazzzz gitew.. masih tiap- tiap bulan perasan diri pregnant hehe.. perasan + berharap walaupun usiaku dan perkahwinanku dah sangat tua...
- lama tak menulis ayat pun hentam je lah ye.. dah tak ingat gaya bahasa sendiri dulu2.. (",)


Mmm.. mmm macamana ye nak mulakan ni..
Lillahi Taa'la.. sekarang akak sedang mencari isteri kedua untuk suami ku. huhu
yer bulatkan lagi mata awak tu dik..
Segalanya benar belaka.

Akak ni dah masuk 40 pun..
Semakin banyak kekurangan diri ni rasa nya..
Orang tak semenggah mcm akak ni, sangat susah nak maintain antara rmhtangga dan kerja kat office.. oh my.. talking about kerja.. semakin hari semakin menghambat.. Alhamdulillah rezeki tu.. gembira tapi mcm tak sempat nak catch up.. and still learning...

Maybe adik2 rakan2 blog kalau yang masih aktif dan terbaca tulisan akak ni masih di bawah 35/ 38 tahun susah nak percaya ketidakupayaan akak ni..

Rasa bersalah sangat dengan husband, kesian dia berseorangan.. tak ada anak untuk teman bermain..
Sangat rasa kesian dan bersalah bila ada orang menyebut tentang kami yang tak ada anak ni.. (dari segi fizikalnya kekurangan tu dari pihak akak) selepas rawatan2 yang kami buat..

Kadang dia pun mengadu rasa malu bila orang tanya.. dia bercerita ikhlas..
secara spontan bukan secara marah/ complaint.

Kami memang sedang dalam proses mencari anak angkat juga tapi dah memang naluri kita tahu lelaki dia mahukan anak nya sendiri.. penyambung keturunannya.. Kita perempuan ni memang hanya perlukan kasih sayang je kan? kan?

Tak apalah yang penting akak sangat redha dengan keadaan ni.. memang seriously looking for a solehah wife for my husband.

Tapi.. ada tapinya.. susah rupanya walaupun sendiri nak mencari isteri utk suami..
Bagitahu kawan2.. semuanya menyebut bahawa saya sengaja "mencari" nahas nk hidup bermadu..
hakikatnya sy dah tak berdaya nak menanggung bila tak mampu nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri...
Kawan2 memang angkat tangan dari nak menolong saya..
Saya pun faham ramai antara mereka tidak berada di tempat saya dan aturan hidup berbeza menyebabkan dorang tak berapa nak faham wujudnya sejenis keputusan macam ni huhu

Mencari secara general pun susah.. orang selalu pandang "dia ni gila ke apa" bila saya bagitahu hasrat hati saya.. macam sangat berdosa.. "pehal getik sangat perempuan ni.." "tunjuk baik ke nak cari pulak untuk suami.." ada yg jawab - "ada banyak cara lagi kak untuk dapatkan anak.." huhu
can you see my age.. can you see.. I know miracles happen but lets not forget about the physical nature.. >.< suami I masih muda you alls.. and I'm not che'ta huhu

saya tak mahu jadi isteri yang menghalang suaminya mendapat zuriat sendiri yang soleh solehah..
Dah hakikatnya masalah tu dekat saya.. apa lagi nak dikata..?

Saya tak juga selfish nak cari untuk mudahkan kerja saya nanti.. tapi saya nak bantu husband saya mendapat kegembiraan dunia nya yang masih boleh diusahakan lagi... Even saya pun masih berusaha..
tapi.. Allah dah buat dunia ni sebagai Darul Asbab kan.. saya hanya being relevant, be real..

.. lepas tu lah saya jadi sangat berhati2 dengan siapa sy nak share/mintak tolong kenalkan/ cari..

maybe kesemua yang membaca pun kurang memahami..
Tapi itulah, sini je tempat akak meluahkan perasaan ni.. eloknya bercerita benda2 mcm ni dengan kawan2.. tapi kawan pun tak faham/ maybe lambat nak faham.. so akak pilih sini je la.

Kalau ada kalangan pembaca yang tahu/ kenal wanita solehah yang mahu berkahwin LILLAHI TAA'LA untuk menjaga maruah diri.. bolehlah reply/ bagi email address kat komen bawah ni ya..

Janganlah korang rasa terkejut sangat lagi ye..
Maafkan Kak Baby kalau tersalah cakap/ taip :-)

Doakan yang terbaik.. I just want to be happy and make other people happy as well.

Mmuahh..!!




















No comments:

Post a Comment