Tuesday 26 November 2013

Sakit rindu ke/ kot


Salam semua, mc 2 hari Isnin dan Selasa (hari ni datang kerja tapi badan still menggeletar).
Entah apa tak kena, ptg ahad tu perut xselesa, nak muntah dan pening. Maybe angin tapi dah makan macam biasa.. (siapa yang pernah alami akan fahamlah, untuk saya ini antara jenis sakit yang saya taubat kalau diizinkan Allah tak mau jumpa dengannya lagiii).

Malam Isnin tu walaupun mata dah kelat dan mengantuk tp sebab badan tak selesa, maka tak dapat tidur.
Pukul 12am bangun dan makan garam dua kali. Pukul 1 pagi muntah apa yang dimakan lepas maghrib. biasalah bila muntah tu rasa nak menangis tapi sebab menumpang rumah orang so tahankan aje la. Taubat jugak muntah- muntah ni antara siksa yang saya tak larat tanggung jugak (sebab saya sangat terseksa campur geli). Lepas muntah rasa lega sekejap, tapi lepas tu datang lagi angin etc.. dalam pukul 4am tu saya muntah lagi... ughh terseksanya jiwa dan jasad ni..

Sediihhh dan taubat ngan Allah banyak- banyak dan mintak allah sembuhkan.. Ya Shafiy ya shafiyy.. tak henti baca sambil istighfar dan tasbih... (teingat juga sakit itu penghapus dosa- dalam hati alhamdulillah)

Teringat husband jauh.. mmmm sedihhh.. kalau dia ada boleh jugak tolong picit kepala ni.. Bau badan dia yang wangi tu boleh bagi sihat badan ni

Doakan saya jadi sihat seperti biasa ye..

2 comments:

  1. smaga kak baby sihat. banyak kan rehat yer. demam rindu hubby la tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq L. duk msg2 hsbd igt dia dpt msg rupenye tak. smlm dia call. dia merengek mengada2 "u tak hntar msg punnn". roaming failed.. terus cerita akak sakit, demam. dia pun bgtau dia demam jugak bertukar cuaca.. jaga2 L jgn dpt sakit rindu mcm ni jugak ye (dh baca n3 L tapi xkomen)

      Delete