Thursday 7 November 2013

Berubat kat Darussyifa'



Salam Jumaat semua pembaca (kalau ada hihi)
Nak cerita sket lah masa gi berubat kat Darusshifa' aritu (aritu = 2 bulan lepas hihi)
Saya pegi tu yg cwgn Kg Baru. Jalan masuknya ialah kalau dari chow kit tu (stesen monorail chowkit), masuk kanan simpang pertama selepas simpang ke Pediatrik KL (hkl sebelah kiri). Masuk lorong terus je kalau hari Ahad tu memang akan banyak kereta depan rumah tu. (Rumah sebelah kanan) Orang ramai datang berubat.

Ni kali ke 3 saya datang situ. Dua kali datang sorg2, kali ni datang ngan husband (setelah ditangguhkannya selama beberapa bulan). Masuk kena tulis nama dan tujuan datang. Maka saya pun tulislah tujuan= zuriat. (Peaceee). Then tunggu giliran. Pengubatan dibuat secara terbuka (kita boleh dengar ustaz baca ayat apa) ada la jugak penghadang kayu tapi taklah banyak.

Masa duk tunggu giliran tu alahai seram gak tengok yang berubat yang kena buatan orang/ gangguan makhluk halus. Baru je 3 saat tengok budak tu bejalan depan kita gi depan ustaz yang merawat tu, duduk depan ustaz dlm dua second terus keluar suara seram (bukan suara dia) bila ustaz baca ayat. and then muntah keluarkan bahan2 warna hitam.. erk. Naik gak sket bulu roma. Bunyi suara sebijik macam dalam cerita2 seram. Ada dua tiga orang yang ustaz berubat keluarkan bunyi mcm tu.

Then sampai giliran kami.
Dulu saya pernah dtg sorg (husband kerja). so ustaz suruh dtg berdua sbb katanya ini usaha kena dari dua2 bukan sorg2 je (i like very much tenkiu ustaz). Dan ustaz pesan next time dtg ngan husband bawak akar jejawi dlm 10 ke. Akar jejawi? Mula2 mcm terpanik gak mane le kat kl ni nak cari akar jejawi yek. Rupanye akar tu adalah akar yang selalu kita nampak bergayut2 pada pokok2 besar tu. So pagi tu (kami datang rawatn dlm pukul 2 lebih- waktu rwtn 2-6pm) lepas subuh agak2 terang tanah sket, kami menyusur2 kat tempat kami tinggal tu cari akar ni, bleh tahan jugaklah banyak sumbernya. So we manage to get sebanyak yang dimintak ustaz. Lebih kut sebab takut salah akar.

Pergi kat ustaz kami bagitau niat and air yang kami bawak ustaz suruh pegang. Kami bawak dua. so ustaz suruh saya pegang air yang depan suami, vice versa. Then ustaz start baca.... Ustaz jampi akar tadi then baca ayat kat kami. Last sekali ustaz tepuk2 bahagian pinggang kami sambil baca ayat. Then selesai.
Akar ustaz pesan suruh letak bawah tempat tidur kami. Akar bahagi ikut tinggi, yang ketinggian suami letak kat tempat isteri, vice versa. Part ni mcm best je rase.

Minum air tu kena baca Fatihah, Selawat, Ayat ke-2/ ke-3 last surah Yassin (yang include ayat kun Fayakun), Alam Nasyrah, Doa nak dapat anak, dan ada 2/3 lagi (dah lupa plak- tapi ayat2 biasa yg kita amalkan juga/ selalu dengar).

Tu lah pengalamannya. Husband suka sgt lepas keluar dari situ (tu ah dulu dia yg tangguh! *_*) . Akar jejawi masih ada di bawah tilam kami.. tapi nampaknya belum rezeki lagi, sket lagi cadang nak datang semula ke sana. Sapa2 nak gi blehle dtg ngan suami and terus sediakan akar jejawi tu ye. Elok beli je air kat pusat rawatn tu sbb air dengan bacaan Quran.

Pusat Rawatn Lain check sini yek - http://www.darussyifa.org/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=33

Lupa nak tambah. BAYARAN = RM0 (tapi kami ada beli air Darisshifa' (sambil bersedekah).
Moga ada rezeki kita semua. Aaamiinn.







No comments:

Post a Comment