Thursday 28 November 2013

Sedekah lagiii

Salam semua..
Moga sihat dan ceria2 sokmo ye.
jom sedekah hari Jumaat!

“(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. “ (AlBaqarah:273)





“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan- kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (AlBaqarah:271)




Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruk).” (Surah At-Taubah, ayat 103) 

Moga Allah menggandakan lagi rezki kita supaya kita dapat bantu lebih ramai lagi saudara di sekeliling kita ya. Serta diampunkanNya dosa- dosa kita samada yang sengaja apatah lagi tidak sengaja. Amin.


No comments:

Post a Comment