Thursday, 28 November 2013

Sedekah lagiii

Salam semua..
Moga sihat dan ceria2 sokmo ye.
jom sedekah hari Jumaat!

“(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. “ (AlBaqarah:273)





“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan- kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (AlBaqarah:271)




Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruk).” (Surah At-Taubah, ayat 103) 

Moga Allah menggandakan lagi rezki kita supaya kita dapat bantu lebih ramai lagi saudara di sekeliling kita ya. Serta diampunkanNya dosa- dosa kita samada yang sengaja apatah lagi tidak sengaja. Amin.


Tuesday, 26 November 2013

Sakit rindu ke/ kot


Salam semua, mc 2 hari Isnin dan Selasa (hari ni datang kerja tapi badan still menggeletar).
Entah apa tak kena, ptg ahad tu perut xselesa, nak muntah dan pening. Maybe angin tapi dah makan macam biasa.. (siapa yang pernah alami akan fahamlah, untuk saya ini antara jenis sakit yang saya taubat kalau diizinkan Allah tak mau jumpa dengannya lagiii).

Malam Isnin tu walaupun mata dah kelat dan mengantuk tp sebab badan tak selesa, maka tak dapat tidur.
Pukul 12am bangun dan makan garam dua kali. Pukul 1 pagi muntah apa yang dimakan lepas maghrib. biasalah bila muntah tu rasa nak menangis tapi sebab menumpang rumah orang so tahankan aje la. Taubat jugak muntah- muntah ni antara siksa yang saya tak larat tanggung jugak (sebab saya sangat terseksa campur geli). Lepas muntah rasa lega sekejap, tapi lepas tu datang lagi angin etc.. dalam pukul 4am tu saya muntah lagi... ughh terseksanya jiwa dan jasad ni..

Sediihhh dan taubat ngan Allah banyak- banyak dan mintak allah sembuhkan.. Ya Shafiy ya shafiyy.. tak henti baca sambil istighfar dan tasbih... (teingat juga sakit itu penghapus dosa- dalam hati alhamdulillah)

Teringat husband jauh.. mmmm sedihhh.. kalau dia ada boleh jugak tolong picit kepala ni.. Bau badan dia yang wangi tu boleh bagi sihat badan ni

Doakan saya jadi sihat seperti biasa ye..

Wednesday, 20 November 2013

Kata tak sedih tapi sedihhh jugak ^_^


Salam semua..
Moga ceria dan menceriakan selalu.

Mm.. nak cerita, semalam husband balik kampung dia (hampir sebulan).
Saya hantar di kat klia.. mmm ingatkan tak nangis, sebab rasa ok ok je..
tapi lasttt sekali masa dia masuk semula kereta sebab hantar barang kawan dia yang overload,
salam lagi dan lagi, and terus sebak masa nak mintak maaf. Tapi pastu gelak2.. "alah bukan nak nangis ni tapi air mata keluar" hihi boleh gitu. Dia pun tak kasi nangis kiss kiss kiss kiss pipiku gitu.. banyak kali cakap i love youuu (best kan T_T)

malam semalam tinggal sorang masa nak tidur air mata bergenang lagi (tapi sikit je ye.. sebab takut yang lebihnya)

Alhamdulillah, dekat kul 7 pagi tadi dia call dah sampai rumah kat SANA.

Dah jauh tu kan main sayanggg.. duk dekat keje gadooo belawan cakappp je *_* 

Tuesday, 19 November 2013

Thursday, 14 November 2013

URGENT: Jom sedekah hari Jumaat!


Salam Sayyidul Ayyam semua..
Jom sedekah kejar pahala hari Jumaat?
Semalam saya baca Berita Harian online. (Tapi sebenranya berita ni macam dah keluar 2 kali- minggu lpeas dah keluar kalau tak silap or awal minggu ni)

Seorang perempuan yg kematian suami sebulan yang lalu, anaknya 5 orang, tambahan dia turut menjaga kedua ibu bapanya. Gajinya hanya dalam RM 1300 (dah lupa angka sebenar), nak bayar kereta lagi, makanan lagi etc. Dia duduk di Kajang.

Rasanya tak perlu hurai panjang, kita tentu memahami beban dirinya. Kita yang tiada anak, suami isteri bekerja pun kadang- kadang banyak waktu yang ter'pokai' inikan pula kes dia.

Jom jom! Bank in je ke acc Maybank - MBB dia (ZURAIDAH SAIZLI) 1898 0701 9768.

Allah sahajalah yang dapat membalas jasa- jasa kalian.

****aduh malangnya kami dah mencuba banyak kali untuk transfer ke acc ni, tapi tidak berjaya @_@
Ralatnya rasa. Agaknya orang paper salah update no acc tu.****





*jangan lupa selawat ke atas Baginda Rasulullah saw banyak- banyak hari ni!






Wednesday, 13 November 2013

TUCIN dan TUAN TUCIN

Salam semua,
Dari pemerhatianku selama 3 tahun usia perkahwinan ini, ramai geng- geng yang jadi TUAN TUCIN (kucing la hihi) atau lebih tepat geng yang minat TUCIN, adalah juga seorang yang masih belum dapat anak (saya le tuuu) atau seorang yang lambat kahwin (saya lagiiiii T_T). 

Ada kaitan ke ye? Harap kaitannya adalah kaitan yang baik- baik sahaja.
Saya pun termasuk yang suka kucing, sampai ada satu ketika dalam hidup saya berkira- kira/ merancang tentang kucing- kucing saya lebih dari saya merancang tentang diri sendiri (eh eh ada jugak ke manusia cenggini!).


Dalam hati saya, kaitan yang ada antara dua hal tersebut ialah: Kucing kan banyak kat merata tempat. TTCians adalah orang- orang yang penyayang kat kucing (which is tak ramai orang sangat yang sayang kucing) so Allah tangguh dulu nak bagi BABY kat mereka kerana kalau takde mereka sapelaaa yang nak ambik tau pasal kucing- kucing tersebut ye dak? (ellehhhh) Nanti kalau dah ada baby, kurang pulak kasih sayang untuk kucing2 tersebut.

Ke guane?

  

Sunday, 10 November 2013

eh eh tetiba anak angkat


Salam alaik semua
Tetiba dekat maghrib ari sabtu aritu husband said, "Jom kita cari anak angkat"
Tanya dia banyak kali, "Serius ke ni?"
Banyak kali jugak dia jawab, "Betulla, I xmain2 la.."
He added, "Tak apa lah kita tolong dia (baby without parents or poor) kalau dia dapat adik pun nanti its OK.."

Me? It would always be great if there- exist- that small feet - in any home. Of course I want a baby!
The smell and the chubby little hands- oh my.. seronoknya!!

BUT! (a very BIGGG BUT!)
I think it's better for us to work on the treatment first? (at least once!)
Donno why, tapi mcm lidah ni tied plak nak bagi ke dia ayat tu. Haihh


*it would be nice kalau dapat yang bleh tlg masak mcm ni kan hahaha