Thursday, 27 February 2014

Sakit pinggang aiyakkkkk


Salam Jumaat semua,
Jgn lupe bersedekah ye.. utk bekalan di sana nanti.

Aduh dah hampir 3 minggu sy kena sakit pinggang ni.. aritu igtkan preknen ke apa ke (sbb xpenah kena sakit tahap gaban mcm tu).. rupenye berterusan, sampai period, smpai habis period n period lagi..
Sakitnya tak tau nk ckp mcamana. dekat tulang cocyx tu (bhgn tgh atas punggung, sebelum pinggang - eh so bkn sakit pinggang lah? sakit punggung?)

Kalau masuk toilet.. samada yg duduk, mengcangkung apatah lagi.. Ya Allah punya seksa kena pegang dinding/ lutut kuat2 utk tahan sakit masa nak bangun tu. And mulut kena sebut aduuhhh atau Ya Allahhh (yg bkn dlm toilet) untuk hilangkan sikit sakit dan mendapatkan kekuatan melawannya. Tahap rasa nak menangis dah.

Keje still kena pegi kan, org tak berapa nampak sakit kita.. keje duduk menambah sakit.
kdg berjalan atau berdiri pun sakit.

Nk gi jumpa doktor, saya sangat2 rasa dia akan bagi pain killer je. so the yesterday lah pain killer.. takmao... tp rasa nak jumpa gak ah nk suh refer ke hospital pakar.

Nanti saya update lagi.. >.<


Tuesday, 4 February 2014

kita rancang dan usaha, Allah jua yg menentukan

Salam semua,
Sila bersemangat ye selepas puas bercuti tu? '',)

Berita2. Husband accident minggu lepas, tangan patah, bersimen, confirm ambik masa nak pulih 3- 6 bulan kan. Duit pun semakin surut.. Soal anak rasanya makin tenggelam dengan dugaan ini.

--- umur meningkat, badan makin penat, masa makin singkat, muda bukan boleh dbuat- buat --- 
*** Redha. redha. redha.




Tuesday, 14 January 2014

Anak angkat

Salam semua,..
Moga kita sentiasa mengingat Allah dan RasulNya.

Attention plz..
Siapa ada tenampak opportunity untuk saya ambik anak angkat mintak bgtau ye..
Aduh lately keinginan nak baby tu dah tak tertahan, husband pun izinkan ambik anak angkat (actually dia yg mulakan dulu usul ni). Saya lagi suka..

Tapi saya nak baby - umur kurg dari 6bulan.. supaya dapat merasa asuh dia dari kecik.
Laki ke puan ke tak kira lah.

Nekad ke ni? Nak kata ye pun tak nak kata tak memang ye.
Akak dah berumur, xmau tunggu lagi, dah terasa sunyinya sekarang bila husband xde.
Bukanlah dia nak berdampingggg 24jam ngan saya kan kan
And maybe boleh membantu orang lain.

Uhhuuuu.. T_T (xpasti untuk apa).

Thursday, 9 January 2014

Tentang doa

Salam jumaat semua..
Nak share.
Haritu dengar ustaz kat IKIM - pagi2.
Dia kata masa berdoa selain dari dlm keadaan tertib, penuh mengharap dan insaf, kita kena ada sekali rasa yakin bahawa doa/ apa yang kita mintak tu akan dimakbulkan oleh Allah (walau dgn apa cara sekalipun/ di dunia atau di sana nanti). Rasa yakin tersebut akan menambahkan lagi makna di dalam kita berdoa tu.

mm.. ada jgk tersentak di situ. selama ni berdoa penuh hrp, cuba berdoa dgn khusyuk , redha jika Allah hanya membalasnya di sana nanti, tapi nampaknya satu ni mungkin tertinggal. YAKIN.

so selepas terdengar tazkirah ustaz tu, saya rasa doa lebih bermakna.
rasa yakin tu mampu membuat kita gembira walaupun belum nampak jalannya.

Yakinlah Allah Maha Mendengar doa2 kita.. dan tiada istilah rugi dalam berdoa.  ^_^




Tuesday, 7 January 2014

i wish it wasnt u


Salam 2014 semua,
.......
I know its you.
Pergi toilet sat ni..
Yes.. its you (again). CD29.
Hai la.. how i (we) wish kita dapat good news di awal tahun ni kan.
Apakan daya Dia Maha Mengetahui.

Deep down inside rasa down jugak la kan.. adat manusia.
Kuciwa bila tak dapat apa yang dihajati.

Takpe takpe..
Get back to our feet and continue to be grateful of Allah's blessings on us.

"Ya Latif Ya Ghafur Ya RahimYa Zal Jalali wal Ikram,
Kurniakan kami anak yang soleh solehah buat penguat cinta antara kami dan penambah seri keluarga kami."


Monday, 23 December 2013

Innalillah.. Lagi orang kematian suami


Salam semua,
tengah sedih baru dapat tahu kawan satu ofis husbandnya meninggal kemalangan.
Dia PJJ dgn husband. Pagi tadi dlm pukul 11 lebih kat surau ofis baru terdengar dia ckp dgn member
"nak cari kje kat *** benefit kurg dna gj rendah sket. Tapi mmg sepatutnya tempat sy dgn husband sy kan?"
masa tu dia gelak sketlah (mksud memperlekehkan diri dia sndiri lbih kurg gitu la).

Tup2..
Kul 12 td dia dapat berita sedih tu.
Untuk pengetahuan dia baru naik cuti bersalin kire ank dia umo dlm 3 bln la.
Baru kwen taun lepas..

Just magine.. Ya Allah Kau sehebat2 Perancang.
Kami tidak tahu apa2.

Moga Allah beri kekuatan kepada ofismate tu. :(

Tuesday, 17 December 2013

Nak kongsi tapi kelu..

 Salam semua..
:) tajuk macam jiwang je kan. Hmm.. memang lately ni rasa banyak benda nak dikongsikan kat sini tapi kelu dan tak tahu macam mana nak luahkan. Fikiran kadang- kadang melayang- layang dan tak berapa fokus (maybe sebab 2,3 minggu ni tidur tak lena without my sleeping partner).

Apa yang nak dikongsi bukanlah semata- mata soal diri saya tapi jugak kepada hal- hal besar (dalam negara, luar negara, bangsa, agama apatah lagi). Di ofis pun saya lebih suka buat kerja sendiri sebab takut terkeluar umpatan atau kejian terhadap orang lain apabila bercakap. (hi hi bye bye tu tetap ada dengan rakan sepejabat tapi semakin kurang berbanding dulu). Walaupun kenalan semakin bertambah, tapi diri ini takut untuk reveal lebih- lebih kerana bimbangkan kesan yang akan menimpa di kemudian hari.

Hmm.. berat ke tak bunyinya? Tak kan? -_- Otak ni dah macam hard disk yg full dan ram nya pulak slow sangat proses. Macam- macam benda nak difikirkan. nak buat kerja amal tapi tertangguh dek kesibukan, nak pergi belajar agama/ tajwid/ bahas arab pun belum tercapai lagi. Banyak sangat benda nak buat tapi tindakan lembab macam siput . Uhhh...

Bahu kanan makin lama makin sakit disebabkan tugas- tugas mengadap laptop hari- hari. sendi tangan dan jari pun dah makin merosot pulak. Ada juga ambil supplemen (madu paling membantu) tapi perasaan sakit itu lebih kepada sakit yang di dalam fikiran berbanding sakit fizikal.

Sekarang pula dah start membilang usia.. takutnya mati datang tak terduga, sediakah aku?
(maaf menyampuk- kemalangan maut Paul Walker (fast & furious) tu lately sering menimbulkan persoalan2 kepada diri saya. Dan membuatkankan lahir segala fikiran- fikiran keinsafan. Terus- terang muka dia muka baik sangat (sebagaimana yang dirintihkan oleh kawan- kawan seF&F nya), tapi apakan daya, Allah Perancang yang Paling Hebat. Tentulah dia tak terfikir dia akan mati secepat itu, dan especially pada hari itu. Kan?)




Bila fikiran- fikiran menakutkan ni datang saya cepat- cepat beristighfar. "Ya Allah ampunkan lah diri yang berdosa ini, jauhkan aku dari siksa kubur dan siksa api nerakaMu".

Terfikir jugak suami betul- betul redha tak dengan diri saya, tapi saya selalu harap segala perkataan yang keluar dari mulut dia adalah yang halalan toiyyiban sahaja.

Kawan- kawan, ini bukan lah about me having pessimist thinking tapi fikiran saya jauh melayan persoalan- persoalan di dalam diri. rasa macam pemikir agung konon!

Ada jugak dalam diri berperang dengan perasaan tak puas hati kepada seorang rakan.
Entah kenapa saya tidak dapat menerima apa yang diperkatakan olehnya. Kata- katanya selalu membuatkan urat saya diserbu darah yang panas. sampai dalam bilik air pun teringat- ingat kata- katanya yang saya tak suka. Saya berusaha jauhkan diri dari dia, tapi ada banyak hal yang tetap mendatangkan semula dia dekat dengan saya.

..... nanti sambung lagi ye.