Friday 14 November 2014

Baru kau tau macam ni keadaannya ye


Assalamualaikum wbt.. untuk kengkawan blog sekalian. salam Jumaat!
Okla tak ada idea sangat just nk update on my 1st IUI.

3/11- Folicle scan CD11- telur kecik- kecik. Sebelah kanan besar sikit dari kiri. DR tambahkan 1 lg dos foliculin utk suntik.
6/11- Folicle scan CD14- telur belah kanan ada tiga sz dlm 15-18. DR ckp boleh proceed dengan IUI. Legaaa... dia bagi pregnyl utk suntik hari sabtu malam. IUI hari Isnin.
10/11- Tadaaa..! My very 1st IUI. Army is 20mill. Owh macam tu rasa IUI ye. Much more simple and faster than HSG! Lepas DR siap inject, masa baring tu terasa sayu hati, air mata meleleh keluar hampir tanpa disedari. Sayu hati hanya Allah dan orang- orang yang terlibat dalam bidang perusahaan anak ni je yg paham.. Zikir tak henti. Masa baru- baru lepas tu tak rasa apa2 pun. Entah kenapa rasa full telur- telur membesar tu half subsided malam sebelum IUI. Sehari sebelum IUI jugak dpt sore kat nipple- Balik rumah je started feeling pain and berdenyut. Rehat je la. Esoknya cuti.

11-12/11- Cramp kat situ.. dan rasa tak selesa. 11/11 BD jugak sebab nak tingkatkan chance.
13/11- Macam hilang sikit rasa cramp tu. Rasa kosong. Mulalah hati fikir bukan- bukan. Tapi berlawan- lawan dengan fikiran positif dan memohon pengharapanku ini. BD juga. Chances chances.. Sore kat nipple macam makin kurang. Kesan pregnyl nih..

14/11- Which is hari ini. Pagi dalam pukul 7.50 start ambik Duphaston. Sebijik pagi dan sebijik malam. kena makan betul- betul selang 12 jam. Hari ni rasa cramp semula (I'm enjoying every second of it- ohoii..!). Moga semuanya tanda penyudahan yang diinginkan.

Itu je lah. Tapi dia jadi naik hantu google 2dpiui, 3 dpiui, 4dpiui... macam- macam ada... Orang lain seluruh dunia pun macam aku jugak rupanya.. naik hantu lepas IUI thihehe.. Mencari kata perangsang positif dan harapan padaNya yang satu. "Ya Allah perkenankanlah doa kami. Moga menjadi penyebab bertambahnya rahmatMu ke atas keluarga kami. Dan sebagai berita gembira kepada suami dan keluarga kami... Aamiin Ya Rabbal A'lamin.. Innakasamiuddu'a"

Sekarang tamak berdoa (dari dulu jugak sebenarnya). Selagi teringat dan tersedar dan bila hujan. Suka sangat hujan... sekarang pulak hari- hari hujan... Tiap- tiap hari sejak sebulan ni duk baca Yaasin.
Lepas IUI baca surah Maryam. Selalunya ambik air secawan besar dan letak kat depan. Habis mengaji minum dengan bismillah, selawat, bismillah 6, ya zaljalaliwalikram 11x, ayat surah Yaasin yang kedua akhir tu (kun Fayakun). Bismillah lagi (Auzubillahissamiila'alim miminasyaitonirrajim.. bismillahhirrahman nir rahimm) dan minummmm.

Terus doakan kita- kita semua kawan- kawan... we feel we care we share 
-Ciao-

2 comments:

  1. Assalam..
    Salam perkenalan. Buat iui di lppkn ke? Rasanya sy mgkn ada terbaca nama kak baby utk iui pd 10.11.2014 sbb sy ET hr sabtu. Board kat tingkat 7 tu dah tampal nama mereka yg iui pd 10.11.2014. Kalo tak keberatan treatment under doc mn? Mgkn kita pernah bertembung pd hr scan 03.11.2014.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm CPT :) salam kenal. mmm akak pun tfikir yg sama bila baca entry awk, sblom ni baca tp tak perasan rupenye awk buat di lppkn jugak :) (mmg xpernah miss baca entry awk dari 2011 lagi). alamak mcm malu lah pulak awk dh tau nama akak *,* akak under Dr Komathy.. mana satu la awak ye.. kalau hr scan, akak dtg dgn hsband. foreigner. itu la cluenya.

      Delete