Wednesday 26 November 2014

CD4 dan macamana nak usaha secara efektif


Assalamualaikum wbt semua..
Hari ni saya CD4. Flow boel tahan banyak dan saya still sakit perut. Biasanya saya sakit perut sikit je paling lama sampai hari kedua je >.<

Semalam keluar bertali2 dan ada yang mcm berketul2 kecik (sorry for TMI). Ngeri pulak saya tapi saya sedang bersemangat untuk berusaha bagi cycle ni, so itu tak lekat dalam hati pun hehe (kadang- kadang saya suka diri saya bila ia positif dan bersemangat begini huhuhu). Saya memang tak tinggal ambik madu pagi dan malam dalam 2, 3 bulan ni. Ditambah dengan minyak zaitun sekali harung. Kadang- kadang pati delima dan cuka kurma. Susu kambing juga. Minyak habbatus saudak juga..

Kebetulan sebelum ni ingatkan saya dah preknen so takde apa- apa persediaan. EPO order pun maybe akan sampai esok paling cepat kut. So dah terlambat 5 hari dah... Saya rasa kelemahan saya adalah rahim yang kurang CM 'Cervical Mucus' dan berasid. Kut. Harapnya EPO akan membantu meningkatkan benda alah tersebut hihi. Haritu pun dah ambik tapi stop sebab tak mampu. Tunggang je minyak zaitun hari- hari. Murah. Walaupun tak berapa sama functionnya. Cadang juga nak beli apa- apa brand untuk ekstrak kacip fatimah. Dalam pembacaan teori dan testimoni kacip fatimah berupaya menstabilkan hormon wanita bagi persediaan rahim untuk menerima kandungan. 

Satu lagi nak kena banyakkan lagi makan sayur- sayuran. Bila hari bekerja kadang- kadang susah nak jumpa sayur hijau kar restoran. Saya ni peminat sayur hijau..

Lepas habis period - dianggarkan dalam 7 hari, cadang nak makan kentang rebus tiap2 pagi. Dan pukul 10 nk makan telur rebus 2 bijik tiap2 pagi. Malam pun kalau dapat nak makan dua benda ni jugak. Tapi ini harus diberitahu kepada rakan kongsi kat rumah tu jugak. Kalau tidak nanti tak dapat approval.

Dan jika saya berjaya mendetect waktu saya ovulate, saya akan start makan satu slice nenas tiap- tiap hari selama 5 hari selepas O.

Oh ye! Akhir sekali, padahal sepatutnya yang pertama sekali hehehe kena bersenam secara kaw- kaw. Nak bagi sel- sel dalam badan ni aktif dan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Kalau dapat sauna lagi ok. Sekarang pun petang saya jalan keliling rumah laju- laju. Dan selepas makan malam yang biasanya antara pukul 6.30- 8pm, saya akan jalan- jalan supaya tak membesarkan lagi punggung ni..

Hujung minggu ni definitely kena ajak rakan kongsi tawaf satu tasik. Fuh fuh! Moga berjaya ye! Ganbateh!

Kawan- kawan entri ni pun bertujuan nak menanyakan pendapat kawan- kawan tentang usaha saya ni. Almaklumlah im running out of time. Apa- apa pun Allah sahajalah tempat bergantung saya yang sebenarnya..! Robbana wa taqabbal dua'..!!


 **Cakap pasal EPO ni teringat dekat L. Dia antara yang istiqamah dengan EPO ni dan berjaya conceived. Apa khabar L agaknya?


-ciao

2 comments:

  1. Kak Baby, ape fungsi makan nanas lepas O?

    ;) Semoga terus berusaha. Chaiyoxx!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm erin hihi akak baca ianya untuk implantation. Akak byk tejumpa dlm forum ttc minah salleh. Then akak search: "Pineapple core contains an enzyme called Bromelain that reduces inflammation in the body, including in the uterus. It is also a mild blood thinner which some believe can aid in implantation. Don’t start eating pineapple UNTIL AFTER ovulation as it can actually inhibit pregnancy if taken too early as the acidity of pineapple can effect cervical mucous" ^,^

      Delete