Thursday 25 October 2012

Apakah..?



Salam geng..
Sejak habis period lepas (P started Sunday 31st Sept- Fri 5th Oct), saya duk minum pati delima (tapi bukan Gulsan, yg ni dari Lebanon).. best je rase dia.. masammm eiikkk >,<..

Tp sy buat kreatif campokan dengan gula merah (masa join kursus herbalis HPA dulu Tn Hj. ada pesan supaya tukarkan gula putih dengan gula perang kerana gula perang lebih berkhasiat dari gula putih). Cubala kwn2.. sedap sehingga sayang nk tinggalkan wpun setitis dlm gelas.. hehehe

So lepas amalkan tu .. [ haiih gaya mcm nk period dah ni.. kuciwa lg ini bulan.. xpe2 fokus2 kalau blom rezeki akan teruskan dgn pati delima, VCO dan khisbun ++], tanda nk period dah ada.. urine dah gelap.. (kalu period mybe sabtu/ ahad). so kalau betulla nak period (aduhh ayat berbelit2 ni kak woiii) maknanye pati delima td dah mengurangkan simptom2 nk period ni. biasa lebih smgu sblom period breast tender giler.. mmg hsband slalu kena mrh free2 je kalu buat percubaan salah tu hihihi)

denyut kat ari2 pun tak rase lah sgt..
and more mucus..

tak caye ce gune ce gune (kpd yg blom gune la..)
mgu lps mkmetua dtg melawat, dia ada buatkan badam + gula + jintan manis/putih.
Katanya utk kami berdua la.. sedap gak weh! tp dah stop mgu lps sbb takutla kang preknen kang jd lain plak..panass tu kan.


** tlg2.. nak topup VCO.. dah lama skip ni..



Monday 15 October 2012

Pintu rahim ke bawah? RU?


Salam kwn2,
tetiba smlm tringat nak tya.. early this year saya ada buat pap smear (mmg smear!).. malu ngat..
dokter tu mcm xbyk sgt consult/ bgtau yg add2 value utk srevice dia.. bila bgtau dia yg sy nk tgh TTC baru le dia bgtau pintu rahim awk hala ke bwh, cuba different style BD. itu je dia kata... (yg siotnye lg pastu klinik dia xcall pun sy utk bg result, lg siot sy pun x gi dh klinik dia utk tya psl result tu hehehe sbb free gamaknye- hish letih buka kaki je.. malu lg)

soklannya ialah: adakah pintu rahim ke bwh bermaksud RU?
tlg jwbbb sape2 yg tau.. (akak ilmu cetek lg psl ni..) :)



Thursday 11 October 2012

11 Tip Untuk Hamil Dengan Cepat (Fiza)



Salam jumaat kwn2.. jom rilek2 baca tips kat bwh (yg kbykan dari anda mungkin dah tahu.. :))
Dapat dari:
http://nourfieza.blogspot.com/2012/10/11-tip-untuk-hamil-dengan-cepat.html

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang-kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
 
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

 















1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. 
 Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. 
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. 
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. 
 Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. 
 Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. 
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. 

8. Bersenam secara rutin. 
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang
 Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. 
 Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari. 

Tuesday 2 October 2012

Dia datang dengan senyum simpulnya


Salam semua..
Aduhh siapa lagi yang datang kalau bukan cik P... tepat2 sokmo.. xpe xpe..
malas layan dia.... (ahad mlm ada spotting n tghr isnin baru byk.. sakit perut sgt kali ni berputar2 n rase aktif sgt kedua2 belah bhgn kat situ.. denyut2...) tp hari ni dah ok.. wpun perut seperti terasa2 lg kesakitan hari smalam.. tu yg baru update ni.. mcm biasa hubby sama frust ngan saya.. kesiaannnn dia.. :[

Xpe2 lupakan je cik P tu..
So lps period kali ni insyAllah nak ambik Susu Khisbun.. (di samping meneruskan dgn brg2 lain yg sewaktu dengannya itu)
Ada geng kat opis nk join ok la.. boleh bertestimoni berdua nanti :) .. walaupun tokey kata xmau bg testimoni takut harapan pd Allah kurg dr hrpn pd Susu Khisbun..
Untuk org yg sentiasa meyakini insyAllah xde apa.. cume kita2 ni mmg dah jd keseronokan untuk menganalisa tindakan badan kita terhadap apa- apa yg kita ambik kan? kan? kan?

di samping tu bleh juga dijadikan sebagai satu pengalaman hidup untuk dikongsi dengan org2 lain kan?kan?
rugi kalau xkongsi ilmu kan?