Thursday, 20 November 2014

11 dpiui


Salam Jumaat semua.
Aduh kengkawan..
Datang lagi rasa nak period tu dari petang semalam sampai hari ni. Sakit sangat perut ni...
Macam menahan air dalam empangan. Semakin cemas setiap kali masuk toilet.

Ahhh still hoping for the besttt...!

Allahumma sollia'la muhammad. Wa a'la aalimuhammad.

-ciao

Wednesday, 19 November 2014

10 dpiui


Assalamualaikum wbt semua..
Update 6, 7 & 8dpiui, memang terasa sangat macam nak period (kita semua paham kan perasaan dan pembawaan bahagian bawah dari pusat kita bila nak period..?). Menangis pun dah tapi terus berdoa merayu Allah mengabulkan permintaan yang satu ini. Tapi lepas tu rasa nak period hilang cumanya macam biasa cemas jugak setiap kali pergi toilet. Harapan masing menggunung cumanya buat coollll.... dan tak kera sangat nak buat UPT (sesiapa yang ada rasa kera jangan terasa ye, rasa kera nk berUPT itu sangattt normal untuk kita- kita ni hihi).

8dpiui- Pagi lepas solat dhuha terjeluak kejap nk termuntah. Tak la muntah. Masuk petang start terasa sakit belakang bawah pinggang. Kejap tengah- tengah. Kejap sebelah kanannya. Sampai ke hari ini stay di sebelah kanan sedikit.
9dpiui- Dari pagi rasa terbuku kat tekak rasa nak muntah. Sampai ke malam. Lower back pain. Bloated. Petang ada rasa nyeri kat bahagian servik. Mula rasa balik cramp yang duk rasa awal- awal aritu tapi mild je la.
10dpiui- Bloated dari pagi. rasa nak muntah dah kurang. Rasa area servik macam ada orang paksa buka. Rasa cramp bertambah sikit tapi still tak sama teruk dengan awal- awal dulu.

Hmmm.. duphaston...! Jangan cepat confuse ye diri....!

Pagi ni bangun nak solat subuh. Husband dah bangun. Dia suruh keluar ajak tengok bintang.
Woww.. subhanallah banyaknya bintang.. Rasa macam dah dua tahun kut tak tengok bintang banyak macam tu di langit KL ni.. Alhamdulilllah dapat tengok keadaan yang cantik tu. Dalam hati bintang pun bergemerlapan menyambut anakku yang soleh solehah ni. Xpe kan cakap macam tu dengan koranggg... ",)  

-Ciao

Sunday, 16 November 2014

7 dpiui

Salam semua.
Ok. Tak mau nafi. Rasa sakit jiwa bila 6dpiui rasa cramp hilang dan datang rasa nak period.
Rahim rasa kosong. Telan Duphaston pun dengan perasaan kosong walaupun baca doa. Teruknya!!Tension. Blergh!!!

-Ciao

Friday, 14 November 2014

Baru kau tau macam ni keadaannya ye


Assalamualaikum wbt.. untuk kengkawan blog sekalian. salam Jumaat!
Okla tak ada idea sangat just nk update on my 1st IUI.

3/11- Folicle scan CD11- telur kecik- kecik. Sebelah kanan besar sikit dari kiri. DR tambahkan 1 lg dos foliculin utk suntik.
6/11- Folicle scan CD14- telur belah kanan ada tiga sz dlm 15-18. DR ckp boleh proceed dengan IUI. Legaaa... dia bagi pregnyl utk suntik hari sabtu malam. IUI hari Isnin.
10/11- Tadaaa..! My very 1st IUI. Army is 20mill. Owh macam tu rasa IUI ye. Much more simple and faster than HSG! Lepas DR siap inject, masa baring tu terasa sayu hati, air mata meleleh keluar hampir tanpa disedari. Sayu hati hanya Allah dan orang- orang yang terlibat dalam bidang perusahaan anak ni je yg paham.. Zikir tak henti. Masa baru- baru lepas tu tak rasa apa2 pun. Entah kenapa rasa full telur- telur membesar tu half subsided malam sebelum IUI. Sehari sebelum IUI jugak dpt sore kat nipple- Balik rumah je started feeling pain and berdenyut. Rehat je la. Esoknya cuti.

11-12/11- Cramp kat situ.. dan rasa tak selesa. 11/11 BD jugak sebab nak tingkatkan chance.
13/11- Macam hilang sikit rasa cramp tu. Rasa kosong. Mulalah hati fikir bukan- bukan. Tapi berlawan- lawan dengan fikiran positif dan memohon pengharapanku ini. BD juga. Chances chances.. Sore kat nipple macam makin kurang. Kesan pregnyl nih..

14/11- Which is hari ini. Pagi dalam pukul 7.50 start ambik Duphaston. Sebijik pagi dan sebijik malam. kena makan betul- betul selang 12 jam. Hari ni rasa cramp semula (I'm enjoying every second of it- ohoii..!). Moga semuanya tanda penyudahan yang diinginkan.

Itu je lah. Tapi dia jadi naik hantu google 2dpiui, 3 dpiui, 4dpiui... macam- macam ada... Orang lain seluruh dunia pun macam aku jugak rupanya.. naik hantu lepas IUI thihehe.. Mencari kata perangsang positif dan harapan padaNya yang satu. "Ya Allah perkenankanlah doa kami. Moga menjadi penyebab bertambahnya rahmatMu ke atas keluarga kami. Dan sebagai berita gembira kepada suami dan keluarga kami... Aamiin Ya Rabbal A'lamin.. Innakasamiuddu'a"

Sekarang tamak berdoa (dari dulu jugak sebenarnya). Selagi teringat dan tersedar dan bila hujan. Suka sangat hujan... sekarang pulak hari- hari hujan... Tiap- tiap hari sejak sebulan ni duk baca Yaasin.
Lepas IUI baca surah Maryam. Selalunya ambik air secawan besar dan letak kat depan. Habis mengaji minum dengan bismillah, selawat, bismillah 6, ya zaljalaliwalikram 11x, ayat surah Yaasin yang kedua akhir tu (kun Fayakun). Bismillah lagi (Auzubillahissamiila'alim miminasyaitonirrajim.. bismillahhirrahman nir rahimm) dan minummmm.

Terus doakan kita- kita semua kawan- kawan... we feel we care we share 
-Ciao-

Monday, 27 October 2014

IUI hadir jua dalam hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh ^_*
harapan saya semua kawan- kawan maya ku ini sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah dan RasulNya.

Nak cerita pasal proses yang akan ku jalani minggu depan.
Diringkaskan cerita yang panjang, kami start ke lppkn bulan lepas.
SA result clear.
HSG kat Tawakkal, clear.
Low FSH, mungkin tak ovulate, telur berproblem.
So minggu ni Dr bagi clomid utk 5 hari (start semalam hingga Jumaat), suntik foliculin utk 3 hari (start mlm ni, selang sehari).
Next Monday appointment untuk TVS.
Jika Allah mengizinkan ada sekurang2nya 3 telur matang, maka akan proceed IUI hari Rabu tu. Dr kata syarat sekarang untuk proceed IUI jika ada 3 telur.
Jika xcukup telur maka Dr akan bagi date untuk BD.

Tu je. Takde folic acid plak yek? (Tak tertanya kat Dr) Apa sebab ye? Dahla saya ni lewat 30an? Tolong siapa2 yang tahu jelaskan..

Dan saya bercerita ni sebab nak minta sesiapa yang membaca untuk kongsi kat sini apa2 yang saya patut buat untuk menambahkan kesuksesan telur2 saya berkembang biak. Dan apa2 sahaja yang boleh meningkatkan lagi chances saya. Saya harap segala sharing positif dari rakan blog sekalian menjadi asbab untuk doa saya makbul. Aamiin..

"Ya Allah aku tidak layak untuk meminta kepadaMu tetapi hanya kepadaMu tempat ku mengadu.. hanya kepadaMu tempat ku meminta.. kurniakanlah zuriat yang soleh solehah kepada kami sebagai penyebab bertambahnya kasih sayang antara kami, sebagai penyebab bertambahnya ketaqwaan kami kepadaMu, sebagai penyebab bertambah lembutnya hati- hati kami yang keras ini Ya Latif dan sebagai penyebab bertambahnya usaha untuk dunia dan akhirat kami.. Rabbi Habli Milladunka zurriyyatan thoyyibatan, innakasamiuddua'.. Rabbi la tadzarni fardhan waanta khairul warisin.. ya Khaliq ya Bari ya Musawwir.. Ya Zaljalali walikram.. Innama amruhu iza arodasyai an anyaquulalahu kunfayakun" Aamiin..


                                                     mummy is sooo waiting for you dear..

Doakan saya...

Thursday, 18 September 2014

Perihal memujuk hati


Salam semua.. moga kita dilindungi Allah selalu dari sebarang kejahatan makhluk2 nya..








Nanti sy update psl treatment (mcm lah ada org tgu hihihi)