Thursday 9 January 2014

Tentang doa

Salam jumaat semua..
Nak share.
Haritu dengar ustaz kat IKIM - pagi2.
Dia kata masa berdoa selain dari dlm keadaan tertib, penuh mengharap dan insaf, kita kena ada sekali rasa yakin bahawa doa/ apa yang kita mintak tu akan dimakbulkan oleh Allah (walau dgn apa cara sekalipun/ di dunia atau di sana nanti). Rasa yakin tersebut akan menambahkan lagi makna di dalam kita berdoa tu.

mm.. ada jgk tersentak di situ. selama ni berdoa penuh hrp, cuba berdoa dgn khusyuk , redha jika Allah hanya membalasnya di sana nanti, tapi nampaknya satu ni mungkin tertinggal. YAKIN.

so selepas terdengar tazkirah ustaz tu, saya rasa doa lebih bermakna.
rasa yakin tu mampu membuat kita gembira walaupun belum nampak jalannya.

Yakinlah Allah Maha Mendengar doa2 kita.. dan tiada istilah rugi dalam berdoa.  ^_^




2 comments: