Thursday 4 July 2013

Hidup yg bersaksi, menyerah dan mengadu kepada ALLAH


Salam semua..
Punyalah lama tak menulih di sini (ada yg tertanya2 tak? :) )
Khidupan masih seperti dahulu.. dalam keadaan yg jauuhhhh lebih redha mengenai nak BABY
Sekarang berserah sepenuhnya kepada Allah Taa'la, kami akan terus berusaha tetapi setinggi2 harapan dan tawakkal hanya kepadaNya.

Nikmat hidup yang terlalu banyak tak patut dilupakan walaupun nikmat ANAK belum/tidak diperkenankanNya. Plan Allah adalah sebaik2 plan.
Banyak perkara yg berlaku kat Kak Baby yang menyedarkan diri ni bahawa sesungguhNya Allah Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Mendengar lagi Maha Pengampun.

Apabila teringat di dalam hati ni nak sgt anak, Kak Baby akan segera sedar bahawa diri ini kena percaya kepada perancangan Allah Taa'la. Kak Baby hanya memohon ampun dan bertaubat kpd Allah atas dosa2 yang lalu (ada satu ketika mmg menangis dgn sungguh2nye mengenangkan dosa yg lalu) memohon Allah menerima taubat akak dan akak redha sekiranya ujian di atas dunia adalah kerana utk menyelamatkan Kak Baby waktu di SANA nanti.

Doa/ rintihan yang selalu buat Kak Baby rasa sangat sedih tetapi lega ialah bila dalam hati ni merayu dgn Allah "Ya Allah, aku tak mahu mengadu kepada selain dari Mu Ya Allah.. tiada yg lebih memahami apa yg berlaku melainkan diriMu.. ampunkan segala dosa2 yang aku buat sewaktu aku dlm keadaan jahil Ya Allah.. aku redha atas segala ujianMu. Ampunkan aku atas dosa2 yg lalu dan akan dtg"

Ada perkara2 yg berlaku dlm hidup Kak Baby yg menyebabkan diri rasa depress sgt, yang rasa tak tertanggung seorang diri- kadang2 rasa 'inilah masanya aku bercerita dgn ...' tp diri ini akan cepat menolak, adakah dgn bercerita dgn dia nanti akan hilang semua masalah tu? bukankah selama ni byk benda yg aku cerita dia tak dapat benar2 memahami? tiada siapa yg tahu segala isi hati, segala luahan dan jalan cerita hidup ni melainkan Allah' so end up dgn mengadu kepada Allah sahaja Biasanya dlm sujud terakhir dan dlm doa selepas smbhyg.

Pada akhirnya perkara2 sedih/tak mengembirakan/beyond expectation yang berlaku dlm hidup Kak Baby skrg mcm dah jadi rutin (actually dari dulu jugak) akan end up berdialog dgn diri sndiri (dengan mengetahui bahawa segala yg terbit dalam hati ini diketahui/difahami oleh Allah) kdg2 dialog tu dah menjurus ke arah memberi motivasi kepada diri sndiri, dan ada ketikanya dialog2 tersebut menerbitkan jalan keluar - musyawarah tu kan adalah sebaik2 penyelesai masalah (ni kira discuss dgn diri sendiri la (inner side) kira musyawarah jgk kan?) bercerita kpd insan lain bimbang mendorong diri ni melahirkan umpatan pula. Dosa mengumpat tak perlu lah nak cerita lagi mcmana besarnya..

Meletakkan Allah (juga Rasulullah saw) atas segala2nya dalam kehidupan akan memberi suatu ketenangan yg luar biasa, yang seterusnya akan menyebabkan kita redha atas apa jua yg berlaku. Kesemua yg dinamakan milik kita tu SEMUAnya adalah pinjaman dari Allah dan akan kembali padaNya jua.
mcm lagu Rabbani Ustz Asri nyanyi:
"mana milik kita.. tidak ada milik kita.. semua yg ada Allah yg punya, tidak ada kita punya, kita hanya mengusahakan saja.."




11 comments:

  1. kdg2x...ade masa tu...kite rse betul2x da xboleh tahan...menangis sepuas-puasnya di sejadah..memohon ampun pada-Nya..mengenang dosa masa silam..tapi tu la cara terbaik yang kita dapat buat untuk tenangkan diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye shasa, mungkin apa yg Allah uji skrg kerana dosa2 lalu yg kita buat kan, dulu kita jahil, skrg kita dah tahu, moga Allah ampunkankan. Dlm pada mengingat dosa lalu kena gak bersangka baik dgn Allah kan. Dia Sebaik2 Perancang

      Delete
  2. Allah suka bila kita menangis dan mngadu padaNYA..setiap kesedihan pasti Allah akan balas dgn kegembiraan...harap ada sinar kebahagian untuk kak baby 1 hari nanti..jgn putus berdoa dan minta pertolongan dariNYA ye sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Anna.. masalah kita kdg sgt kecil dibandingkan dgn org yg tengah berglak dgn perang natara hidup dan mati.. Masalah mmg selalu dtg dan pergi, cuma mcmana kita handle tu je lah yg make us who we are kan

      Delete
  3. sama la Kak baby, saya pun bila sedih mengadu dengan Allah je...hanya DIA yang yang mendengar dan hanya DIA yang memahami, dah tak boleh nak harap pd sesiapa. Lepas mengadu padaNya, memang saya rasa tenang sikit walaupun sebelum tu hati memang terlalu sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Hanie.. aritu (dlm 2mgu lepas), akak rase sakit sgt hati, tp xdpt nk luahkan kat sape pun, so lps sembhyg betul2 doa dgn allah, "Ya Allah hati aku sgt sakit sekarang, aku rasa sedih dan marah sgt, tp aku xmahu mengadu kpd selainMu.. berikan keuatan kpdku ya Allah" mcm tu pun dah buat hati lega (especially lepas menangis la). Nak cerita dekat org, org xmemahami secara mendalam, xdpt mengaitkan pengalaman kita yg lepas dgn apa yg kita rase skrg..dan dah selalu berlaku niat akak nk cerita utk hilangkan sakit dada yg menanggung ni tapi kemudiannya kwn mengunakan apa yg dicerita tu untuk 'tempelak' kita pulak at a different time in a different situation. so jadi frust dalam hati.. Allah shj yg tau dan memahami perjalanan hidup kita tiap2 milisaat/etc kan

      Delete
    2. a'ahh...samala, saya pun byk kali kena mcm tu. Niat kita nak mengadu & berkongsi masalah dgn org supaya hati kita lega, sekali makin terasa dan makin sedih la plak dibuatnya oleh org tu, so lepas2 tu better simpan & mengadu pada Allah saja & itu yg saya buat skrg ni

      Delete
  4. Betul tu kak, hanya Allah sebaik2 tempat kita mengadu kan..saya suka sematkan kata2 Nabi SAW dalam hati ni bila sedih & rungsing.. "La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana" yang maksudnya “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”..saya yakin Allah bersama kita selalu..hanya Dia yang mampu memberikan kekuatan bila mana kita terus diuji begini..dan ujian ini menandakan Dia sayang akan hambaNya dan mahu hambaNya itu terus dekat padaNya..marilah kita berbaik sangka padaNya selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx iwannabeumie, betul sgt2. "Jgn takut dan jgn bimbang" selalu juga bila dah kita beri penjelasan tapi org tak mahu memahami/ xpeduli, maka jwpnnye dlm hati "Innallaha maAna".. kak baby sbg org yg dh nk masuk 40, lagi telah diberi ujian yg pelbagai.. dari kecil (emak xde mase umo 4 taun).. mcm2 dugaan. alhamdulillah dugaan menjadikan diri ni org yg lebih sedar. sbg manusia kdg kita terbawa2 juga, tetapi bila kesedaran mmg dah ada maka cpt lah dpt recover balik. Moga kita sama2 setiasa berada di bwh rahmat Allah dan dikasihi Rasulullah saw di sana nanti :)

      Delete
  5. Salam kenal, Baru singgah sini..
    InsyaAllah rezeki tu akan ada.. yang penting usaha dan tawakal.. Allah telah beri kite pelbagai pilihan.. sama ada kite mahu meneruskan perjuangan atau hanya berserah.. dalam mencari rezeki daripadaNya, memang iyanya tidak akan datang bergolek. kite sendiri yang perlu berusaha untuk mendapatkannya.. kemudian tawakal dan berserah.. sekiranya masih tiada rezeki, jangan la pula kite berputus asa. kerana setiap perjuangan itu insyaAllah akan ada balasannya.. hanya Allah yang tahu sebaik-baik perancanganNya..

    kat sini apa yang saya boleh nasihatkan, selain mencuba dengan kaedah tradisional, boleh la kite mencuba dengan kaedah moden juga. mungkin wang antara salah satu faktor kekangan. tetapi sekiranya rezeki kewanganan kite ada berlebihan, boleh la kirenya kita menggunakan sedikit wang itu untuk tujuan perubatan. dengan teknologi moden dizaman sekarang, insyaAllah permasalah yang dialami kite akan dapat dirungkai sedikit demi sedikit. InsyaAllah dengan IzinNya. jikalau kite mampu berubat dan mencari apakah penyakit yang sebenarnya terkandung di badan kite ini dengan kaedah moden, mengapa kite mesti perlu menunggu lebih lama? sekurang-kurangnya kite mencuba.. Allah sangat suka pada hambanya yang tidak pernah jemu untuk mencuba dan berusaha..

    seperti kisah kawan saya, dia sudahpun menjalani rawatan kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri.. dan Alhamdulillah suami serta isteri langsung tiada masalah kesuburan.. maksudnya kedua2nya subur. tetapi Allah duga mereka, Allah uji mereka sehingga hampir 2tahun usia perkahwinan mereka. Dalam masa mereka tahu yang mereka ini subur, mereka tidak putus2 mendapatkan rawatan moden dan mengamalkan makanan2 sunnah. tetapi usaha mereka masih tidak mendatangkan hasil. sehinggala mereka berhenti seketika mendapatkan rawatan pakar tetapi masih bersama diwaktu subur, dan Alhamdulillah, Allah terus memberi pintu rezeki tu kepada mereka. dan kawan saya itu telahpun disahkan hamil. walaupun kite melihat seolah2 kawan ini berputus asa, sebenarnya tidak! kerana dia masih mencuba dengan mengenalpasti waktu dia yang paling subur untuk bersama si suami.

    untuk pengalaman saya, setelah setahun saya berumah tangga, saya ada buat rawatan tradisional (berurut) dan alhamdulillah saya disahkan hamil selepas 3bulan berurut.. tapi ianya hanyalah pinjaman sementara.. setelah 5bulan keguguran tetapi masih tiada tanda2 akan hamil kembali, saya terus mendapatkan rawatan sebanyak 2x berturut2 dengan doctor pakar sakit puan, alhamdulillah saya berjaya hamil kembali.. dan alhamdulillah duit yang saya gunakan untuk rawatan tidak mencecah seribu pun.. saya hanya membuat rawatan basic iaitu ubat untuk mematangkan sel telur, dah injection untuk memecahkan telur matang ini supaya menjadi ovum (benih). tetapi perjalanan kehamilan saya masih panjang, semuanya dengan izin daripadaNya, kite hanya mampu berdoa semoga kandungan ini mampu bertahan dan selamat dunia dan akhirat.

    maaf, terpanjang la pulak.. sekiranya ulasan saya ada membuat tuan blog tersinggung atau terkecil hati.. saya minta maaf.. saya tiada niat.. hanya berkongsi pandangan dan pendapat.. kerana saya juga memahami dan merasai apa yang puan lalui sebagai seorang wanita dan isteri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wbt, tq pisces za,
      :) time kasih atas ulasan pjg lebar tu. kuhargainya :) setakat ni tentulah akak igin berusaha mencuba rwtn moden, cuma kdg2 apa2 pun pkerjaan kena selaras dgn keinginan suami. Akak mengikut sahaja apa keputusan dia setelah memberikan/memberitahu dia kesemua pilihan2 moden dan traditional yg disebut oleh pisces za di atas :) latar belakang dan kemampuan manusia berbeza2, sbb itu tindakan pun berbeza2. Kami kedua2nya mempunyai tanggungan lain di atas bahu, yang mana 'sedikit' membataskan untuk kami mendahulukan kepentingan kami sahaja :) Innallaha a'la kulli syai in qadir. Rezki anak telah Allah tuliskan sejak azali lagi, insyAllah jika telah ditetapkan kami juga akan merasa nikmat darinya itu.

      Delete