Sunday, 28 September 2014
Thursday, 18 September 2014
Perihal memujuk hati
Salam semua.. moga kita dilindungi Allah selalu dari sebarang kejahatan makhluk2 nya..
Nanti sy update psl treatment (mcm lah ada org tgu hihihi)
Monday, 11 August 2014
Dugaan kita adakah sama dengan dugaan orang lain
Salam semua..
Moga beroleh kemenangan selalu hendaknya..
Dugaan kita. seberat mana pun. seteruk mana pun. Kena buat juga rutin harian.
Kena paksa diri juga teruskan kehidupan.
Itu dugaan kita. Tiba- tiba dtg dugaan untuk kawan kita. Terlupa sebentar akan dugaan kita tadi..
**hidup mmg xlekang dengan dugaan. Ya Allah kuatkan hatiku. Perindahkan lagi akhlakku. Jagalah aibku. Jangan biar aku tanpa bimbinganMu walau sedetik cuma.
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku"
"No tiredness, illness, difficulty, sorrow, harm or sadness afflicts a Muslim, even to a thorn pricking him, without Allah wiping away his errors through it." [Recorded by Bukhari and Muslim, from Abu Sa'id and Abu Hurayra (Allah be pleased with them)]
Monday, 4 August 2014
Salam Aidilfitri dan teruskan doa utk Gaza dan saudara kita yg dizalimi
Salam kawan2..
Harap semua sihat seperti selalu dan dicukupkan keperluan oleh Allah Azzawajalla. ^__^
Ok sy xbalik kg raya. No komen. Ikut je husband..
Rasa mcm mmg patut aku skali sedih sbb nak bandingkan dgn saudara di Gaza apalah sgt kan.
Hari tu menangis tersedu2 tengok satu video. Tgh tunjuk ambulance dtg nk ambik org yg cedera. Tiba2 bom jatuh. Ya Allah. sedihnya rasa! Zalimnya Israel laknatullah. Camera man rakam semua. mybe dia pun cedera sekali. Ya Allah sampai tahap itu diperlakukan. Anak2 dan wanita dibunuh sesuka hati. Kuasa besar terus membisu tangannya di belakang.
Sampai skrg sy xputus baca qunut Nazilah dalam sembahyang mahupun sewaktu sujud dan slps sembahyang. Xde apa yg boleh dibantu lagi tu je yg mampu.
Teruskan lah berkunjung mcm biasa tapi mesti ada igtkan saudara n kwn2 dalam bergembira tu untuk berdoa utk saudara kita di sana ye kwn2. Kalau ikutkan raya ni 1st day tu je dan mmg hari tersebut disuruh untuk merasa gembira. Tapi cuti pjg n kita pun waktu ni la nk jumpa sanak saudara kan. Ok je dilanjutkan tapi sgtlah berpadan sekiranya kita xperlu adakan open house yg mana kita bergembira mkn2 mungkin pula bercakap yg sia2.. Banyak sgt dugaan untuk kita ummat Islam sekarang. Simpanlah takut dan sedih sikit dalam diri dengan nasib saudara kita yg lain.
**************************************
Maka Jumaat aritu telah jadi lagenda bila rakan serumahku @ husband @ teman melawak & gaduh- bersetuju pergi ke lppkn. Nak buat appointment je pun. Bukan main secara terbukanya makcik n hakak2 di kaunter itu menyebut sperm sperm ish malu aihhhh bukan malu sbb xmau sebut menda tu tapi jaga aib mkcik oihhh.. yg padan2 ja lah sbb dari soalan saya kan dah boleh nampak bahawa saya ada info tentang rwtn tersebut.. **ok cukuplah membebel
Ok. Dan 18hb ini adalah waktu permulaannya.
Moga dipermudahkan urusan dan dipelihara olehNya aurat2 dan aib2 kami sepanjang melakukan proses rawatan ini nanti. Doa kawan2 yg membaca juga amat dihargai :-)
Sunday, 20 July 2014
Gazah terus dibedil, Al Quran jadi pengubat hati
Salam semua,
Mesti kita semua masih sedih dgn Gaza dan MH17.
Pertempuran di Gaza smlm sahaja membunuh 100 nyawa. Ya Allah.. Angkatlah doa kami Ya Allah.
Kwn2 plz baca qunut Nazilah dlm tiap solat fardu dan solat witir. Kerana DOA adalah senjata ampuh org mukmin! Angka korban dah jadi 438. 1/3 adalah wanita dan kanak2. Hancurkanlah Israel laknatullah itu Ya Allah..
Alhamdulillah sepanjang Ramadhan ni sy dapat sembahyang tahajjud tiap kali bersahur. (Maaf bercerita bukan dgn niat menunjuk tapi ada sesuatu nak sy kongsikan dgn kwn2 yg sy kenal di alam cyber je ni). Susah jugak tetapi kuatkan diri. Tak tahulah kenapa sejak makin berumur ni badan jadi tambah malas (dah terbalik kut org lain makin tua makin insaf!). Muda2 dulu jauh lebih rajin. Tapi takpe sy anggap ini permulaan kembali. Tambah dengan apa yg berlaku di Gaza. Semangat untuk bangun mlm dan berdoa untuk mereka membuatkan saya paksa diri bangun dan ambik air sembahyang.
Malam semalam (23 Ramadhan) kuatkan diri untuk dapat at least sipi mlm Al Qadar (maksud sy dlm 10 mlm terakhir kena speed sikit).
Tapi terlambat bangun. Kunci alarm pukul 3pg. Bangun pukul 3:47.
Takpe2. Bangun sembahyang tahajud, sembahyang taubat dan sembahyang hajat 6 rakaat.
Hajat yg dipohon kepada Yang Maha Esa:
1. Untuk rakyat Gaza
2. Untuk zuriat
3. Untuk dipermudahkan urusan kami suami isteri
4. Jauhkan kami dari kekufuran dan siksa kubur
Lepas habis semua (berpeluh2 dan nafas semput sujud lama). Paksa diri pulak sambung baca Quran. (lembabnya saya baru surah Al Ana'm sbb salah atur waktu). Waktu pegang Quran hati teringat2 doa yg dipohon, especially untuk diri sendiri, pasal zuriat. Hati terasa mengharap sangat. Quran dibuka dan start sambung dari ayat 83. Masya Allah ini ayat yang saya dapat. Sangat2 gembira walaupun belum pregnant pun! Ayat yang menyebut mengenai zuriat keturunan nabi2, zuriat orang2 terpilih dari kalangan mereka. Dalam hati senyum sampai ke telinga. Rasa mcm baru dapat hadiah sangattt.
Inilah ayat2 nya:
83. dan itulah hujah (bukti) kami, Yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa Yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui.
84. dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya) Yaakub. tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk, dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu; dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun. dan Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang Yang berusaha supaya baik amal perbuatannya.
85. dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang Yang soleh.
86. dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).
87. dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.
(Al Ana’m: 83-87)
Thursday, 17 July 2014
sedihnya.. MH17 pulak
Salam Jumaat.
Mari sedekah Fatihah pada saudara2 kita MH17.
Sedihnya. Dugaan buat rakyat Malaysia. 2014. Muhasabah diri.
MH370 pun belum selesai... sedihnya.. apa majlis keraian wajar dihentikan skrg juga. Dengan umat islam wajib bertafakur untuk Gaza, Syria, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka etc.
Mari sedekah Fatihah pada saudara2 kita MH17.
Sedihnya. Dugaan buat rakyat Malaysia. 2014. Muhasabah diri.
MH370 pun belum selesai... sedihnya.. apa majlis keraian wajar dihentikan skrg juga. Dengan umat islam wajib bertafakur untuk Gaza, Syria, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka etc.
Wednesday, 9 July 2014
Sedekah banyak2 bulan ni & Pray for GAZA
Salam kawan2, selamat menjalani ibadah puasa dan meningkatkan amalan ye.
Jom kita perbanyakkan sedekah di bulan yg mulia ni?.. berbaloi2...
Don wori sedekah ni kesannya berganda2.
tak berganda dalam rezeki duit/ harta, berganda bahagian kebaikan lain spt: kesihatan, anak2, hubungan keluarga dan kwn2, pekerjaan dll.
Especially di bulan ramadhan ni, banyak pahala kalau bagi org berbuka, apatah lg utk org miskin yg nak berbuka. Kalau dapat bantulah yg lebih memerlukan dahulu.
Pilih yg memerlukan keperluan asas dahulu berbanding dgn mereka yg memerlukan keperluan tambahan.
Keperluan asas= tempat tinggal, makanan, kesihatan
Keperluan tambahan= library, computer, buku
Jom sedekah pada saudara kita yg lebih memerlukan!
Subscribe to:
Posts (Atom)





















