Salam semua.
Ok. Tak mau nafi. Rasa sakit jiwa bila 6dpiui rasa cramp hilang dan datang rasa nak period.
Rahim rasa kosong. Telan Duphaston pun dengan perasaan kosong walaupun baca doa. Teruknya!!Tension. Blergh!!!
-Ciao
Sunday, 16 November 2014
Friday, 14 November 2014
Baru kau tau macam ni keadaannya ye
Assalamualaikum wbt.. untuk kengkawan blog sekalian. salam Jumaat!
Okla tak ada idea sangat just nk update on my 1st IUI.
3/11- Folicle scan CD11- telur kecik- kecik. Sebelah kanan besar sikit dari kiri. DR tambahkan 1 lg dos foliculin utk suntik.
6/11- Folicle scan CD14- telur belah kanan ada tiga sz dlm 15-18. DR ckp boleh proceed dengan IUI. Legaaa... dia bagi pregnyl utk suntik hari sabtu malam. IUI hari Isnin.
10/11- Tadaaa..! My very 1st IUI. Army is 20mill. Owh macam tu rasa IUI ye. Much more simple and faster than HSG! Lepas DR siap inject, masa baring tu terasa sayu hati, air mata meleleh keluar hampir tanpa disedari. Sayu hati hanya Allah dan orang- orang yang terlibat dalam bidang perusahaan anak ni je yg paham.. Zikir tak henti. Masa baru- baru lepas tu tak rasa apa2 pun. Entah kenapa rasa full telur- telur membesar tu half subsided malam sebelum IUI. Sehari sebelum IUI jugak dpt sore kat nipple- Balik rumah je started feeling pain and berdenyut. Rehat je la. Esoknya cuti.
11-12/11- Cramp kat situ.. dan rasa tak selesa. 11/11 BD jugak sebab nak tingkatkan chance.
13/11- Macam hilang sikit rasa cramp tu. Rasa kosong. Mulalah hati fikir bukan- bukan. Tapi berlawan- lawan dengan fikiran positif dan memohon pengharapanku ini. BD juga. Chances chances.. Sore kat nipple macam makin kurang. Kesan pregnyl nih..
14/11- Which is hari ini. Pagi dalam pukul 7.50 start ambik Duphaston. Sebijik pagi dan sebijik malam. kena makan betul- betul selang 12 jam. Hari ni rasa cramp semula (I'm enjoying every second of it- ohoii..!). Moga semuanya tanda penyudahan yang diinginkan.
Itu je lah. Tapi dia jadi naik hantu google 2dpiui, 3 dpiui, 4dpiui... macam- macam ada... Orang lain seluruh dunia pun macam aku jugak rupanya.. naik hantu lepas IUI thihehe.. Mencari kata perangsang positif dan harapan padaNya yang satu. "Ya Allah perkenankanlah doa kami. Moga menjadi penyebab bertambahnya rahmatMu ke atas keluarga kami. Dan sebagai berita gembira kepada suami dan keluarga kami... Aamiin Ya Rabbal A'lamin.. Innakasamiuddu'a"
Sekarang tamak berdoa (dari dulu jugak sebenarnya). Selagi teringat dan tersedar dan bila hujan. Suka sangat hujan... sekarang pulak hari- hari hujan... Tiap- tiap hari sejak sebulan ni duk baca Yaasin.
Lepas IUI baca surah Maryam. Selalunya ambik air secawan besar dan letak kat depan. Habis mengaji minum dengan bismillah, selawat, bismillah 6, ya zaljalaliwalikram 11x, ayat surah Yaasin yang kedua akhir tu (kun Fayakun). Bismillah lagi (Auzubillahissamiila'alim miminasyaitonirrajim.. bismillahhirrahman nir rahimm) dan minummmm.
Terus doakan kita- kita semua kawan- kawan... we feel we care we share
-Ciao-
Monday, 27 October 2014
IUI hadir jua dalam hidup
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh ^_*
harapan saya semua kawan- kawan maya ku ini sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah dan RasulNya.
Nak cerita pasal proses yang akan ku jalani minggu depan.
Diringkaskan cerita yang panjang, kami start ke lppkn bulan lepas.
SA result clear.
HSG kat Tawakkal, clear.
Low FSH, mungkin tak ovulate, telur berproblem.
So minggu ni Dr bagi clomid utk 5 hari (start semalam hingga Jumaat), suntik foliculin utk 3 hari (start mlm ni, selang sehari).
Next Monday appointment untuk TVS.
Jika Allah mengizinkan ada sekurang2nya 3 telur matang, maka akan proceed IUI hari Rabu tu. Dr kata syarat sekarang untuk proceed IUI jika ada 3 telur.
Jika xcukup telur maka Dr akan bagi date untuk BD.
Tu je. Takde folic acid plak yek? (Tak tertanya kat Dr) Apa sebab ye? Dahla saya ni lewat 30an? Tolong siapa2 yang tahu jelaskan..
Dan saya bercerita ni sebab nak minta sesiapa yang membaca untuk kongsi kat sini apa2 yang saya patut buat untuk menambahkan kesuksesan telur2 saya berkembang biak. Dan apa2 sahaja yang boleh meningkatkan lagi chances saya. Saya harap segala sharing positif dari rakan blog sekalian menjadi asbab untuk doa saya makbul. Aamiin..
"Ya Allah aku tidak layak untuk meminta kepadaMu tetapi hanya kepadaMu tempat ku mengadu.. hanya kepadaMu tempat ku meminta.. kurniakanlah zuriat yang soleh solehah kepada kami sebagai penyebab bertambahnya kasih sayang antara kami, sebagai penyebab bertambahnya ketaqwaan kami kepadaMu, sebagai penyebab bertambah lembutnya hati- hati kami yang keras ini Ya Latif dan sebagai penyebab bertambahnya usaha untuk dunia dan akhirat kami.. Rabbi Habli Milladunka zurriyyatan thoyyibatan, innakasamiuddua'.. Rabbi la tadzarni fardhan waanta khairul warisin.. ya Khaliq ya Bari ya Musawwir.. Ya Zaljalali walikram.. Innama amruhu iza arodasyai an anyaquulalahu kunfayakun" Aamiin..
Doakan saya...
Sunday, 28 September 2014
Thursday, 18 September 2014
Perihal memujuk hati
Salam semua.. moga kita dilindungi Allah selalu dari sebarang kejahatan makhluk2 nya..
Nanti sy update psl treatment (mcm lah ada org tgu hihihi)
Monday, 11 August 2014
Dugaan kita adakah sama dengan dugaan orang lain
Salam semua..
Moga beroleh kemenangan selalu hendaknya..
Dugaan kita. seberat mana pun. seteruk mana pun. Kena buat juga rutin harian.
Kena paksa diri juga teruskan kehidupan.
Itu dugaan kita. Tiba- tiba dtg dugaan untuk kawan kita. Terlupa sebentar akan dugaan kita tadi..
**hidup mmg xlekang dengan dugaan. Ya Allah kuatkan hatiku. Perindahkan lagi akhlakku. Jagalah aibku. Jangan biar aku tanpa bimbinganMu walau sedetik cuma.
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku"
"No tiredness, illness, difficulty, sorrow, harm or sadness afflicts a Muslim, even to a thorn pricking him, without Allah wiping away his errors through it." [Recorded by Bukhari and Muslim, from Abu Sa'id and Abu Hurayra (Allah be pleased with them)]
Monday, 4 August 2014
Salam Aidilfitri dan teruskan doa utk Gaza dan saudara kita yg dizalimi
Salam kawan2..
Harap semua sihat seperti selalu dan dicukupkan keperluan oleh Allah Azzawajalla. ^__^
Ok sy xbalik kg raya. No komen. Ikut je husband..
Rasa mcm mmg patut aku skali sedih sbb nak bandingkan dgn saudara di Gaza apalah sgt kan.
Hari tu menangis tersedu2 tengok satu video. Tgh tunjuk ambulance dtg nk ambik org yg cedera. Tiba2 bom jatuh. Ya Allah. sedihnya rasa! Zalimnya Israel laknatullah. Camera man rakam semua. mybe dia pun cedera sekali. Ya Allah sampai tahap itu diperlakukan. Anak2 dan wanita dibunuh sesuka hati. Kuasa besar terus membisu tangannya di belakang.
Sampai skrg sy xputus baca qunut Nazilah dalam sembahyang mahupun sewaktu sujud dan slps sembahyang. Xde apa yg boleh dibantu lagi tu je yg mampu.
Teruskan lah berkunjung mcm biasa tapi mesti ada igtkan saudara n kwn2 dalam bergembira tu untuk berdoa utk saudara kita di sana ye kwn2. Kalau ikutkan raya ni 1st day tu je dan mmg hari tersebut disuruh untuk merasa gembira. Tapi cuti pjg n kita pun waktu ni la nk jumpa sanak saudara kan. Ok je dilanjutkan tapi sgtlah berpadan sekiranya kita xperlu adakan open house yg mana kita bergembira mkn2 mungkin pula bercakap yg sia2.. Banyak sgt dugaan untuk kita ummat Islam sekarang. Simpanlah takut dan sedih sikit dalam diri dengan nasib saudara kita yg lain.
**************************************
Maka Jumaat aritu telah jadi lagenda bila rakan serumahku @ husband @ teman melawak & gaduh- bersetuju pergi ke lppkn. Nak buat appointment je pun. Bukan main secara terbukanya makcik n hakak2 di kaunter itu menyebut sperm sperm ish malu aihhhh bukan malu sbb xmau sebut menda tu tapi jaga aib mkcik oihhh.. yg padan2 ja lah sbb dari soalan saya kan dah boleh nampak bahawa saya ada info tentang rwtn tersebut.. **ok cukuplah membebel
Ok. Dan 18hb ini adalah waktu permulaannya.
Moga dipermudahkan urusan dan dipelihara olehNya aurat2 dan aib2 kami sepanjang melakukan proses rawatan ini nanti. Doa kawan2 yg membaca juga amat dihargai :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)













