Tuesday, 11 September 2012

Dah nampak manfaat nya


Salam kawan2 baru semua..  :)
Harap2 semua sihat dan sentiasa positif.. tak mcm saya kejap goyang kejap jatuh kejap naik atas pegang bendera hehe.. sari dua ni sebuk sy masuk blog2 geng2 TTCan (mane yg sempat). Mcm2 ilmu dapat, mcm2 perasaan dpt dikongsi,.. sambil2 tu masuk blog pakar2 perubatan negara.. Terbuka luas bijik mata dan hati niha.. bersemangat semula niha.. (kan dah kata.. hehe)

Patutlah ramai org berblog, selama ni saya sangka mcm berblog ni banyak yg syok sendiri.. rupa2nye utk puak2 mcm kita ni, berblog sgt membantu mengisi masa yg berlalu tanpa perlu ber'kuciwa' seorang diri (maybe ada byk jgk blog yg syok sendiri ni kuutt... i think lah!)  (>,<)

Untuk perkara2 di atas, saya ucapkan terima kasih kepada yang meluangkan masa membuat n3 (entry- hehe sy jumpa dlm blog2 ank2 muda yg guna bahasa melompat2 tu..) yang membawa manfaat lagi menambah ilmu di dada dan perut kami2 rakan blogger semua... Bukan entry je, tp link2 yg korg masukkan tu pun byk juga menyumbangg...

bagus2.. moga pengalaman/ ilmu yg kita kongsi bersama ni sedikit sbyk menjadi apa yg membantu kita di alam kubur nanti (so buatlah entry terbaikkkkk punya..!) - tak lupa nak minta sesapa yg baru masuk blog akak ni plz baca entry dari mula.. byk sy nk kongsi.. im still such an innocent blogger! :)) Lagipun rugi la tak baca entry akak semua best2 hehehe ciaoo..
(mode: bersemangat nk mengabihkan pose 6 niha.. ada lg 4 hari.. (alamak sbtu ada open house!) - pose ganti ada 6 hari (2 dah settle))



Wednesday, 5 September 2012

Belum ada rezeki lagi...


Salam kwn2..
Tak bermaya rasa pagi smlm period semula... :(        (tepat2 je kan Selasa 4hb..)
Apa nak dikata belum berjaya cara semulajadi dan cara pakai duit sikit.. mungkin nak kena keluarkan belanja besar juga..

Hati yg tak tahan terus berdiscuss dgn husband psl hal ni. tiba2 tengah discuss perasaan tak dpt ditahan2,
air mata keluar kerana memikirkan, "Ya Allah xpernah aku sangka aku akan melalui saat2 mcm ni..., aku tak boleh komplen Ya Allah, tapi aku manusia yg sgt2 lemah yg mengharapkan dipermudahkan segalanya.."

Ya Allah kuatkanla hati ni dgn dugaan dariMu ini.. dah mula confused ni...
Fikiran tak menentu, ditambah dgn hal2 lain menjadikan diri lemah..
Ya Allah semua ni godaan syaitan jugak, kena kuatkan iman..



*5/9 mlm tu saya ngadu ngan husband psl perasaan xmenentu sy ni, psl rasa lemah, dia bg ceramah kaw2..
termenangis n terinsaf kejap.. kuatkan lagi pergantungan dgn Allah.. itu la itipati ceramah dia mlm tu.. dapatla menguatkan semula perasaan niha... tq  ', '

Tuesday, 28 August 2012

Mampu ke aku ni?


Salam kawan- kawan..
Macam mana agaknya bulan ni, berjaya ke kita?
Jika masih belum ada rezeki, saya dijangka period pada selasa hadapan (3 Sept)... tanda2 breast bengkak tu dah start minggu lepas lagi.. (skrg awal sokmo rasa bengkak). Urine start monday dah warna kuning gelap (biasa mmg tanda period tp awal bebenor kali ni..) 

Haih kali ni hati rasa macam terlebih x keruan plak.. Kenapa tah?
Rasa mcm dh malas nk tgok ini time ovulate ke tak.. hentam sahaja ikut date... Pg smlm lps solat Subuh hati terdetik, senanggg betul hidup aku ni xde anak, masak tak masak hentamm je, tidur pakai hentam je,.. org ada anak kena berpagi2, bangun tengah mlm susukan baby,, then mulalah hati tu terdetik soalan cepumas utk diri sendiri "Mampukah aku nak pikul tanggungjawab tu nanti dengan usia yang semakin meningkat ni?". Maybe soalan tu muncul kerana rasa mcm dah puas mencuba (?) (bukan la mksudnya sy putus asa tp usaha dah stat nak slow ni.. ^.^ )

Tapi bila rasa mcm down sket 2,3 arini cpt2la istifar, and yakin Allah akan bagi.. tapi.. (ada lg tapinya!)
Memang takut pun sbb usia, takutkan kesihatan diri... skrg tah kenapa badan duk lenguhh je.. letih tak keruan,.. perasaan malas nk buat apa2...

Raya baru ni jumpa sepupu yg kwen taun 2006, tp xsilap mcm dah 3 kali dia gugur. Kali ni dia buat IUI. Mula ada kembar 5 xsilap, tapi gugur satu persatu, then kekal tinggal satu. Due bulan 10 dan mmg akan dipaksa bersalin lah sbb complication yg dia dpt sblum ni. doktor tak mahu ambik risk. Lama dia menunggu, alhamdulillah insyAllah akan selamat dilahirkan anak bertuah tu nanti. Tapi itupun xpe kut sbb dia muda 5 taun xsilap dr saya.. so baru 32.. (so young for me)

Kadang terfikir Allah akan bagi kat saya tapi Dia bagi lambat sbb saya doa nak kawen dah lama tapi umur nk masuk 35 baru dapat kawen.. masuk U pun mcm tu,.. dah harungi segala mcm STPM la Diploma la baru Allah bg masuk :) letih jugak ek banyak fikir ni..

Tapi azam ni tengah nak kuruskan badan.. skrg makin lama makin berat, maybe dah cecah 55kg kut (utk ketinggian saya, xsesuwaii u..) kalau ikut scale memang dah obes rasanya.. makan mcm biasa je tp makan malam la tak tinggal (teman husband skali terliur la..)

                                                     




Monday, 27 August 2012

Bestnye hari raya!!


Salam kawan2..  ('',)
Perasaan masih gembira lagi.. seronoknya dapat balik kampung berhari raya..
Makan makan makan (agak terlebih sikitlah)... dengan adik beradik semua ada.. berborak sakan tiap2 hari.. tidur lambat tiap2 hari (tp bangun awal ye).. tak sedar je badan ni dah naik semula dek sebab makan dan terlebih gembira tu ^,^ tenangnya suasana kampung menyebabkan rasa mcm tak nak balik ke KL lagi dah.. (terlebih betul tu yek?)

Mesti kwn2 pun rasa mcm tu kan? Berkunjung ke rumah sedara mara pun best jugak.. beramah dan berjumpa dengan mak2 sedara, pak2 sedara, sepupu sepapat.. ank2 sedara semuanya best.. (ekk adala se dua yg tak best, ada yg layan tak layan je kami datang,.. mcm tak tahu konsep melayan tetamu di hari raya pulak.. pelik sangat2)

Dalam duk bersalam2 dan berborak2 dengan orang yg kita kunjungi mesti terpacul soalan2 cepumas yg tepu tu kan? hehehe saya buat2 bodo je.. org tya xde apa2 lagi ke.. saya jawab banyak apa2nye.. org tya awk bila lagi.. sikit lagi ada lah tu... semua soalan berjaya dijawab dgn senyum di bibir (siap gelak2 lagi) eh eh kagum jugak dgn diri sndiri ni, dan yg bestnya tak de rase xbest dlm hati bila menjawab pertanyaan2 mereka.. saya anggap semua tu kerana mereka tak sabar nk tengok hasil kerja kita hehe .. (rasa mcm dpt kekuatan tu dari penulisan dalam blog ni juga.. thank you Allah).

Tahun ni kakak ipar (asal miri) buat kek lapis sarawak utk rumah kat kg sampai 4,5 bijik.. best2 pulak tu.. sampai raya ke 6 pun ada lagi kek tu.. sedap sangat2... rajinnya kak ngah I salute you!

Dah sampai KL tengok2.. laaa xde kuih raye rupanya sbb yg ditempah xdpt.. adui xbleh jadi ni nak kena gi beli kat giant (smlm dh try nk bli kat mydin.. dah habis langsai!).. arini alhamdulillah larat nak stat pose ganti (walaupun tak sahur! biasala dh stat nk malas bangun lah tu). jomla stat pose skrg.. (kalu nk pose 6 terus pun ok je..) takut lambat2 kang tak sempat.. time kje la kut sng nak pose, hari cuti kang byk rumah nk kena gi makan2..

bercakap psl open house emmm ermmm tengah duk pikir perlu tak nak buat ni,.. budget terlari sket2 ni..
mcm nak buat juga tp tengokla camane perancangnnya.. bagus bagi org makan2 ni.. tp kalau tak buat pun xpe.. org msia dah terlebih makan hehe yang penting ikhlas nk jumpa kwn2 lama ke.. apa ke.. jgn niat nak menayang sudah ye tak? tak kira la menanyang perabut ke.. aksesori ke.. anak ke.. suami ke...




Thursday, 16 August 2012

Termenangis baca ayat Surah Maryam




Maksudnya:
Ia menjawab: "Demikian keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya."

Itulah ayat yang buat saya termenangis masa baca hari tu.. itulah yg saya kata dahulu hanya Allah Maha Pemberi.. yg lain2 hanya sebab sahaja bagi kita yang belum diizinkanNya mempunyai zuriat sendiri.. Sabar ye kwn2, ayat ni memang khas ditujukan untuk kita2 semua.. yakinlah ada hikmah dan nikmat di sebalik semua ini. Teruskan berdoa dengan yakin ye :) 

Selamat Hari Raya Aidilfitri ye kwn2!
Moga dapat kita raikannya dengan kegembiraan dan tak lupa dengan penuh keinsafan.
Semoga tak lama lagi kita akan mendapat berita baik :) berkat doa yg maqbul di bulan mulia ini.. samada doa kita atau doa org2 lain di sekeliling yg menyayangi kita >,<

Jangan lupa panjangkan silaturrahim dengan sanak saudara yg jarang2 kita dapat jumpa tu.. memanjangkan silaturrahim antara sebab doa kita dimakbulkan. Ikhlaskan hati berbaik2 dengan ahli keluarga ye.. kalau ada perbalahan tu masa ni lah kita nak hulurkan tangan meminta maaf, maniskan muka jangan eksyen ye.. First sekaliii yg utamanya jgn lupa mintak maap dengan husband kita ye.. hehe keredhaan dari dia menjadi sebab kita masuk syurga InsyaAllah! 


Wednesday, 15 August 2012

Macam2 berita duka dan gembira di bulan puasa


Salam kawan2...
Mesti semakin sihat ye kawan2? maklum sedang menguatkan tenaga membuat persiapan hari raya pulak.. barang2 apa yg nk dibeli untuk makanan sajian keluarga,.. tak campur dengan urusan sana sini mengambil dan jugak despatch biskut2 raye, ataupun membuat belian terakhir menjelang hari raya :) kesemuanya memerlukan tenaga wanita2 hebat seperti kita semua ^_^ duit raya pun kdg2 kita juga yg kena ingattt.. xpe2 itu semua praktis yg akan menguatkan daya ingatan dan juga menguatkan tulang2 kita.. jangan sampai terlebih dan melebih sudahlah ye.

Dalam pada seronok kita nak menyambut raya ni,.. igt2kan lah mereka yg mengalami kehilangan org tersayang sdalam bulan puasa ni ye.. sedekahkan alfatihah untuk mereka yg telah pergi.. dan hulurkan salam kepada sesiapa yg anda kenal rapat yg mengalami kehilangan org terdekat mereka.. pg tadi hati tiba2 teringatkan seorang rakan lelaki sewaktu belajar dulu, yang juga merangkap jiran sebelah rumah waktu tu. Dia telah dijemput lebih awal, mengalami serangan jantung sewaktu bekerja pada minggu awal puasa. Dia memang baik orangnya, fb nya pun dipenuhi ucapan2 takziah utk keluarganya dan puji2an untuk arwah. InsyaAllah dia telah ditunjukkan pintu syurga.. 

Teringat saya bagaimana keadaan isteri dan anak2nya tanpa dia.. tentulah sedih sgt kan kwn2?.. tak terbayang perasaan itu andai kita ditakdirkan seperti itu. Sy berdoa juga semoga isteri arwah tabah hati dan kuat semangat menghadapi dugaan ni..

Macam2 berita yang sy dengar dalam bulan puasa kali ni.. berita sedih dan gembira. bercampur2..

Yang saya tumpang seronok pulak dengar kwn2 (selebriti2 pun..) yg dapat anak dalam bulan puasa,.. dan berita yg paling hampir dgn diri ini, yg disahkan mengandung dlm bulan Ramadhan yg mulia ni.. terbayang keseronokan di wajah2 mereka suami isteri (especially yg anak first la).. Ada kwn baru kwen ujung taun lps semalam dia dpy baby (kira mcm bunting pelaminlah).. owh.. berdesup rasa kat dada ni.. gembira untuk dia tapi ada rasa nk menangis jugak di situ.. 

Adik saya pun bukan main excited. Tahun ni giliran beraya kat rmh wife dia,.. tapi excited dah bercerita nak bawa balik Muhammad jumpa pak sedara dan mak2 sedaranya... aduhhh.. daku hanya mampu mendengar sahaja  t_t

Husband pulak bawak balik baju baby (utk bg hadiah kat adik saya).. lagilah digaru2 perasaan ni.. siap ada satu baju saya suruh dia simpan (dia beli bukan main byk!). Saya ckp "xmaulah bg yg ni. ini utk anak i nanti!" bestkan ayat saya..? lagi pulak husband saya (menunjukkan tanda2 dia juga dah tak sabar nak ada anak sendiri) tiap kali dia tunjuk satu2 (pegang) baju yg dia beli tu.. mulut tu dia berbunyi.. "syg.. ini seluar utk tomey2.." :) baru pegang seluar baby dia dah jadi mcm tu, so saya sambil tengok baju2 baby tu sambil berdoa "Ya Allahh.. berilah kami.. berilah.. selagi kami masih berdaya ni..."

Jauuuhhh kat sudut hati tu memang ada perasaan cemburu dgn berita2 gembira utk org2 lain tu (tarak tipu punya),.. Ya Allah mudahnya mereka mendapat apa yg diinginkan.. mudahnya perjalanan hidup mereka..  cpt2 istighfar.. "Ya Allah kau berilah juga peluang kepada aku untuk turut merasai perasaan itu.. ". Aaamiinn.. moga dugaan ini menjadikan kita orang yg lebih taqwa, bersyukur dan lebih muhasabah diri!












  



Sunday, 12 August 2012

Surau penuh dengan..


Salam kwn2..
Haii dah bz buat persiapan raya ye :) Owh wahh mcm2 tudung yuna lah erra yg tak pakai tudung pun ada tudung,.. maher zain yg lelaki pun tiba2 ada nama tudungnya ye ~,~

Tapi jgn lupa ye kwn2.. yg paling utama ialah Ramadhan hampir tinggalkan kita, entahkan bersua atau pun tidak dgn Ramadhan seterusnya.. so marilah kita ambik peluang yg sgt susah kita jumpa ni dgn membykkan ibadat kpd Allah ye kwn2.. (Sy menyeru kpd diri sy sendiri dan kwn2)mintaklah doa moga diampunkanNya dosa2 kita yg telah lalu dan juga akan datang. Yg sengaja mahupun tidak. Yg besar mahupun kecik. moga habis Ramadhan, maka dosa kita pun terhapus, dan perasaan bersyukur serta insaf semakin menebal dalam diri kita.. Sedang Rasulullah saw manusia agung dijamin syurga pun sehingga pecah2 tumit dan sakit kakinya berjaga malam beribadat memohon keampunan dari Allah, inikan pula kita yang kdg2 setiap detik bermandi dosa..


Ini nk menambah cerita lagi.. syahdu sikitlah kali ni.. hal ni berlaku tahun lepas..  
Hari tu saya dan husband pergi berekreasi kat satu taman, ada tasik... kami mmg selalu jalan2 kat situ, ambil angin petang sambil2 exercise sikit (sikit je hehe). Kami sampai situ dalam pukul 6 petang, so suami saya cadang nak lepak sampai lepas maghrib terus. Azan maghrib berkumandang, so kami pun beransurlah ke surau kat taman tu.. masa saya nak melangkah masuk ke dalam dah bertembung dengan 2 orang pompuan yg tengah preknen (maybe dlm 5, 6 bulan).. hati tu ada tersentap sketlah, maklumla masa tu masa2 frust dalam usaha untuk mengandungkan diri. Entahlah masa tu selalu terasa seperti perempuan2 tgh preknen tu berlagak dengan perut mereka (erkk.. ada kes betul ada kes tidak betul sama sekali!)

Masuk je dalam surau Ya Allah hati ni luluh tengok rata2 pompuan kat dlm tu semuanya preknen! Aduhh.. rasa nk menitik air mata. dalam hati tu tertanya2 Ya Allah.. ini dugaan sgt2 utk aku.. dalam sembahyang pun rasa nak menangis.. masa tu cuma ada rase sedih je dlm hati ni.. tak sabar rasa nk keluar 'melepaskan' diri dari kawasan tu. Terus teringat kat husband dan tak sabar2 nak jumpa dia.. (dia lah satu2nya backup terhampir yg selalu buatkan diri ni rasa ada harga lagi..)

Keluar je surau saya terus cari husband, dia tengah tunggu saya jauh sikit dari surau.. automatik dia tanya saya kenapa muka berubah ni.. apa yang tak kena ni.. Saya tak mampu nk jawab, just geleng2 je sbb kalau jwb sure air mata berhambur keluar..

Dah sampai tepi tasik husband tanya lagi kenapa.. bagitau la..
Saya pun kuatkan hati cerita ringkas je.. and.. teruslah tumpah air mata yg dari tadi duk tahan. Husband saya buat reaksi yg nampak mcm faham sangat keadaan sy masa tu. Oleh kerana tempat kami berdiri tu gelap sikit (org pun xde) so dia peluk saya and ckp suruh sabar.. ayat biasa dia "xpela.. nanti u pun akan jd mcm tu.. sabar.. Allah bagi nanti ye.."
Thanks suamiku!

Tapi tu la kan kdg2 diri jadi sensitif tak tentu hala pada hal2 bersangkutan dgnnya...
Itula salah satu cerita masam saya berkaitan hal kemengandungan ni..
Hanya Allah dan kwn2 semualah yg memahami perasaan daku itu kan? kan?