Wednesday, 26 July 2017

Jangan Terkejut Tau .. Im looking for...

Assalamualaikum wbt,
Allahu Akbar, lama betul kak Baby tak update blog ni.. dah dua tahun kutttt.. dah bersarang kutttt kui kui kui

Alhamdulillah akak sihat2 je.. harap korang semua pun sama, sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya dan bertambah bahagia walau menjalani kehidupan yg penuh mencabar ini :-)

Lately korang nampak tak.. atau ada tak jadi kat korang/ org keliling..
Dah lama kahwin tak ada anak.. baru ambik anak angkat.. tup2 Alhamdulillah rezeki.. Allah kurniakan rezeki untuk mengandung dan ada anak sendiri.. I is loikeeee sangat dengan berita2 tersebuttt... Masya Allah

Seriously akak sangattt gembira untuk mereka2 tu... dan betapalah kasih sayang Allah itu sangat di luar batas fikiran kita. Betul tak?

Moralnya sungguh kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah walaupun sebagai manusia hati kita merasa sedih.. banyaklah bersyukur kan kita ni.. bernafas, makan, tempat tinggal, kesihatan.. macam2 nikmat kan.

Okla tu intro je.. tapi tak ada pun jadi kat akak.. masih berduazzzz gitew.. masih tiap- tiap bulan perasan diri pregnant hehe.. perasan + berharap walaupun usiaku dan perkahwinanku dah sangat tua...
- lama tak menulis ayat pun hentam je lah ye.. dah tak ingat gaya bahasa sendiri dulu2.. (",)


Mmm.. mmm macamana ye nak mulakan ni..
Lillahi Taa'la.. sekarang akak sedang mencari isteri kedua untuk suami ku. huhu
yer bulatkan lagi mata awak tu dik..
Segalanya benar belaka.

Akak ni dah masuk 40 pun..
Semakin banyak kekurangan diri ni rasa nya..
Orang tak semenggah mcm akak ni, sangat susah nak maintain antara rmhtangga dan kerja kat office.. oh my.. talking about kerja.. semakin hari semakin menghambat.. Alhamdulillah rezeki tu.. gembira tapi mcm tak sempat nak catch up.. and still learning...

Maybe adik2 rakan2 blog kalau yang masih aktif dan terbaca tulisan akak ni masih di bawah 35/ 38 tahun susah nak percaya ketidakupayaan akak ni..

Rasa bersalah sangat dengan husband, kesian dia berseorangan.. tak ada anak untuk teman bermain..
Sangat rasa kesian dan bersalah bila ada orang menyebut tentang kami yang tak ada anak ni.. (dari segi fizikalnya kekurangan tu dari pihak akak) selepas rawatan2 yang kami buat..

Kadang dia pun mengadu rasa malu bila orang tanya.. dia bercerita ikhlas..
secara spontan bukan secara marah/ complaint.

Kami memang sedang dalam proses mencari anak angkat juga tapi dah memang naluri kita tahu lelaki dia mahukan anak nya sendiri.. penyambung keturunannya.. Kita perempuan ni memang hanya perlukan kasih sayang je kan? kan?

Tak apalah yang penting akak sangat redha dengan keadaan ni.. memang seriously looking for a solehah wife for my husband.

Tapi.. ada tapinya.. susah rupanya walaupun sendiri nak mencari isteri utk suami..
Bagitahu kawan2.. semuanya menyebut bahawa saya sengaja "mencari" nahas nk hidup bermadu..
hakikatnya sy dah tak berdaya nak menanggung bila tak mampu nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri...
Kawan2 memang angkat tangan dari nak menolong saya..
Saya pun faham ramai antara mereka tidak berada di tempat saya dan aturan hidup berbeza menyebabkan dorang tak berapa nak faham wujudnya sejenis keputusan macam ni huhu

Mencari secara general pun susah.. orang selalu pandang "dia ni gila ke apa" bila saya bagitahu hasrat hati saya.. macam sangat berdosa.. "pehal getik sangat perempuan ni.." "tunjuk baik ke nak cari pulak untuk suami.." ada yg jawab - "ada banyak cara lagi kak untuk dapatkan anak.." huhu
can you see my age.. can you see.. I know miracles happen but lets not forget about the physical nature.. >.< suami I masih muda you alls.. and I'm not che'ta huhu

saya tak mahu jadi isteri yang menghalang suaminya mendapat zuriat sendiri yang soleh solehah..
Dah hakikatnya masalah tu dekat saya.. apa lagi nak dikata..?

Saya tak juga selfish nak cari untuk mudahkan kerja saya nanti.. tapi saya nak bantu husband saya mendapat kegembiraan dunia nya yang masih boleh diusahakan lagi... Even saya pun masih berusaha..
tapi.. Allah dah buat dunia ni sebagai Darul Asbab kan.. saya hanya being relevant, be real..

.. lepas tu lah saya jadi sangat berhati2 dengan siapa sy nak share/mintak tolong kenalkan/ cari..

maybe kesemua yang membaca pun kurang memahami..
Tapi itulah, sini je tempat akak meluahkan perasaan ni.. eloknya bercerita benda2 mcm ni dengan kawan2.. tapi kawan pun tak faham/ maybe lambat nak faham.. so akak pilih sini je la.

Kalau ada kalangan pembaca yang tahu/ kenal wanita solehah yang mahu berkahwin LILLAHI TAA'LA untuk menjaga maruah diri.. bolehlah reply/ bagi email address kat komen bawah ni ya..

Janganlah korang rasa terkejut sangat lagi ye..
Maafkan Kak Baby kalau tersalah cakap/ taip :-)

Doakan yang terbaik.. I just want to be happy and make other people happy as well.

Mmuahh..!!




















Wednesday, 1 July 2015

Vitamin D antara penyumbang kesuburan wanita

Assalamualaikum wbt kawan- kawan semua.. Lamanya tak menulis tapi setia jadi stalker semua bloh kawan- kawan di sini.. hehe

Just nak share info ringkas.
Vitamin D turut menyumbang kpd kesuburan.. (further info kindly talk to mr google hehe)

Huhu memang ke laut la kita kan.. mana yang bekerja pagi balik  petang.. entah bila nak merasa Vit D.
Sabtu Ahad je la waktunya..
Itupun kalau keluar la. kalau duk berehat kat rumah je.. alamat la jawabnya..

Okeh..! so mula lepas raya kita perbanyakkan expose ke mentari pagi ye.. mana yg xselalu buat la.. yg selalu good job :-) saya hari sbtu main badminton dgn husband kat taman tasik.. cuma datang pun awal.. 9 lebih dah gerak balik rumah pun.. mentari dapat dua titik kut hehe

Ok.. Selamat meneruskan ibadah di bulan yg mulia ini..
Moga kita berjumpa dengan malam Lailatulqadar dan doa- doa kita dimakbulkan Allah..

Banyakkan berzikir di siang hari ye.. harap semua dah tak buzy dengan baju raya lagi dah ye.. tapi kalau buzy pun tak apa hehe.. cuma ingat Allah dan Rasulullah saw selalu.

**oh ye lepas raya akan cuba treatment homeopathy Dr Hashimee. Moga dipermudahkan.

-Ciao-

Thursday, 12 February 2015

Pemergianmu ditangisi.. kullu nafsin zaa iqatulmaut

Bismillahirrahmaan nirrahim..

Salam Jumaat semua, moga kita semua di dalam rahmat Ilahi selalu.
Hiba hati mendapat perkhabaran malam semalam..
Bukan gambar jadi ukuran tapi perjuangannya itu yang lebih perlu dihayati,
gambar adalah berita tapi menghayati perjuangannya adalah ilmu,
carilah ilmu lebih dari berita..


$pkçJ­ƒr'¯»tƒ ߧøÿ¨Z9$# èp¨ZÍ´yJôÜßJø9$# ÇËÐÈ   ûÓÉëÅ_ö$# 4n<Î) Å7În/u ZpuŠÅÊ#u Zp¨ŠÅÊó£D ÇËÑÈ   Í?ä{÷Š$$sù Îû Ï»t6Ïã ÇËÒÈ   Í?ä{÷Š$#ur ÓÉL¨Zy_ ÇÌÉÈ  
27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -
30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! " 

Aamiin Ya Rabbal A'lamin
23 Rabiulakhir 1436H

Wednesday, 10 December 2014

Demam pulak

Salam semua,..
Sekarang musim org demam kut..
Saya demam teruk melemah seluruh sistem badanku. Sampai sekarang masih lemah lagi.
Maka usaha TTC terencat sikitlah. Harap korang semua dikurniakan kesihatan yg baik. Jangan lupa bersenam ye. Saya ni baru nak taubat nak jalani gaya hidup yg lebih sihat terkena pulak demam. Lepas ni sambung semula ye.  

Wednesday, 26 November 2014

CD4 dan macamana nak usaha secara efektif


Assalamualaikum wbt semua..
Hari ni saya CD4. Flow boel tahan banyak dan saya still sakit perut. Biasanya saya sakit perut sikit je paling lama sampai hari kedua je >.<

Semalam keluar bertali2 dan ada yang mcm berketul2 kecik (sorry for TMI). Ngeri pulak saya tapi saya sedang bersemangat untuk berusaha bagi cycle ni, so itu tak lekat dalam hati pun hehe (kadang- kadang saya suka diri saya bila ia positif dan bersemangat begini huhuhu). Saya memang tak tinggal ambik madu pagi dan malam dalam 2, 3 bulan ni. Ditambah dengan minyak zaitun sekali harung. Kadang- kadang pati delima dan cuka kurma. Susu kambing juga. Minyak habbatus saudak juga..

Kebetulan sebelum ni ingatkan saya dah preknen so takde apa- apa persediaan. EPO order pun maybe akan sampai esok paling cepat kut. So dah terlambat 5 hari dah... Saya rasa kelemahan saya adalah rahim yang kurang CM 'Cervical Mucus' dan berasid. Kut. Harapnya EPO akan membantu meningkatkan benda alah tersebut hihi. Haritu pun dah ambik tapi stop sebab tak mampu. Tunggang je minyak zaitun hari- hari. Murah. Walaupun tak berapa sama functionnya. Cadang juga nak beli apa- apa brand untuk ekstrak kacip fatimah. Dalam pembacaan teori dan testimoni kacip fatimah berupaya menstabilkan hormon wanita bagi persediaan rahim untuk menerima kandungan. 

Satu lagi nak kena banyakkan lagi makan sayur- sayuran. Bila hari bekerja kadang- kadang susah nak jumpa sayur hijau kar restoran. Saya ni peminat sayur hijau..

Lepas habis period - dianggarkan dalam 7 hari, cadang nak makan kentang rebus tiap2 pagi. Dan pukul 10 nk makan telur rebus 2 bijik tiap2 pagi. Malam pun kalau dapat nak makan dua benda ni jugak. Tapi ini harus diberitahu kepada rakan kongsi kat rumah tu jugak. Kalau tidak nanti tak dapat approval.

Dan jika saya berjaya mendetect waktu saya ovulate, saya akan start makan satu slice nenas tiap- tiap hari selama 5 hari selepas O.

Oh ye! Akhir sekali, padahal sepatutnya yang pertama sekali hehehe kena bersenam secara kaw- kaw. Nak bagi sel- sel dalam badan ni aktif dan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Kalau dapat sauna lagi ok. Sekarang pun petang saya jalan keliling rumah laju- laju. Dan selepas makan malam yang biasanya antara pukul 6.30- 8pm, saya akan jalan- jalan supaya tak membesarkan lagi punggung ni..

Hujung minggu ni definitely kena ajak rakan kongsi tawaf satu tasik. Fuh fuh! Moga berjaya ye! Ganbateh!

Kawan- kawan entri ni pun bertujuan nak menanyakan pendapat kawan- kawan tentang usaha saya ni. Almaklumlah im running out of time. Apa- apa pun Allah sahajalah tempat bergantung saya yang sebenarnya..! Robbana wa taqabbal dua'..!!


 **Cakap pasal EPO ni teringat dekat L. Dia antara yang istiqamah dengan EPO ni dan berjaya conceived. Apa khabar L agaknya?


-ciao

Monday, 24 November 2014

13 dpiui

Salam semua..
Im officially not pregnant by 13 dpiui.
Dah start usaha for next cycle. Naturally.

Tq for the doa ye kawan- kawan.. Mari kita usaha bersama- sama..!

Semua ini nikmat dan rahmat dariNya.

Thursday, 20 November 2014

11 dpiui


Salam Jumaat semua.
Aduh kengkawan..
Datang lagi rasa nak period tu dari petang semalam sampai hari ni. Sakit sangat perut ni...
Macam menahan air dalam empangan. Semakin cemas setiap kali masuk toilet.

Ahhh still hoping for the besttt...!

Allahumma sollia'la muhammad. Wa a'la aalimuhammad.

-ciao