Monday 23 December 2013

Innalillah.. Lagi orang kematian suami


Salam semua,
tengah sedih baru dapat tahu kawan satu ofis husbandnya meninggal kemalangan.
Dia PJJ dgn husband. Pagi tadi dlm pukul 11 lebih kat surau ofis baru terdengar dia ckp dgn member
"nak cari kje kat *** benefit kurg dna gj rendah sket. Tapi mmg sepatutnya tempat sy dgn husband sy kan?"
masa tu dia gelak sketlah (mksud memperlekehkan diri dia sndiri lbih kurg gitu la).

Tup2..
Kul 12 td dia dapat berita sedih tu.
Untuk pengetahuan dia baru naik cuti bersalin kire ank dia umo dlm 3 bln la.
Baru kwen taun lepas..

Just magine.. Ya Allah Kau sehebat2 Perancang.
Kami tidak tahu apa2.

Moga Allah beri kekuatan kepada ofismate tu. :(

Tuesday 17 December 2013

Nak kongsi tapi kelu..

 Salam semua..
:) tajuk macam jiwang je kan. Hmm.. memang lately ni rasa banyak benda nak dikongsikan kat sini tapi kelu dan tak tahu macam mana nak luahkan. Fikiran kadang- kadang melayang- layang dan tak berapa fokus (maybe sebab 2,3 minggu ni tidur tak lena without my sleeping partner).

Apa yang nak dikongsi bukanlah semata- mata soal diri saya tapi jugak kepada hal- hal besar (dalam negara, luar negara, bangsa, agama apatah lagi). Di ofis pun saya lebih suka buat kerja sendiri sebab takut terkeluar umpatan atau kejian terhadap orang lain apabila bercakap. (hi hi bye bye tu tetap ada dengan rakan sepejabat tapi semakin kurang berbanding dulu). Walaupun kenalan semakin bertambah, tapi diri ini takut untuk reveal lebih- lebih kerana bimbangkan kesan yang akan menimpa di kemudian hari.

Hmm.. berat ke tak bunyinya? Tak kan? -_- Otak ni dah macam hard disk yg full dan ram nya pulak slow sangat proses. Macam- macam benda nak difikirkan. nak buat kerja amal tapi tertangguh dek kesibukan, nak pergi belajar agama/ tajwid/ bahas arab pun belum tercapai lagi. Banyak sangat benda nak buat tapi tindakan lembab macam siput . Uhhh...

Bahu kanan makin lama makin sakit disebabkan tugas- tugas mengadap laptop hari- hari. sendi tangan dan jari pun dah makin merosot pulak. Ada juga ambil supplemen (madu paling membantu) tapi perasaan sakit itu lebih kepada sakit yang di dalam fikiran berbanding sakit fizikal.

Sekarang pula dah start membilang usia.. takutnya mati datang tak terduga, sediakah aku?
(maaf menyampuk- kemalangan maut Paul Walker (fast & furious) tu lately sering menimbulkan persoalan2 kepada diri saya. Dan membuatkankan lahir segala fikiran- fikiran keinsafan. Terus- terang muka dia muka baik sangat (sebagaimana yang dirintihkan oleh kawan- kawan seF&F nya), tapi apakan daya, Allah Perancang yang Paling Hebat. Tentulah dia tak terfikir dia akan mati secepat itu, dan especially pada hari itu. Kan?)




Bila fikiran- fikiran menakutkan ni datang saya cepat- cepat beristighfar. "Ya Allah ampunkan lah diri yang berdosa ini, jauhkan aku dari siksa kubur dan siksa api nerakaMu".

Terfikir jugak suami betul- betul redha tak dengan diri saya, tapi saya selalu harap segala perkataan yang keluar dari mulut dia adalah yang halalan toiyyiban sahaja.

Kawan- kawan, ini bukan lah about me having pessimist thinking tapi fikiran saya jauh melayan persoalan- persoalan di dalam diri. rasa macam pemikir agung konon!

Ada jugak dalam diri berperang dengan perasaan tak puas hati kepada seorang rakan.
Entah kenapa saya tidak dapat menerima apa yang diperkatakan olehnya. Kata- katanya selalu membuatkan urat saya diserbu darah yang panas. sampai dalam bilik air pun teringat- ingat kata- katanya yang saya tak suka. Saya berusaha jauhkan diri dari dia, tapi ada banyak hal yang tetap mendatangkan semula dia dekat dengan saya.

..... nanti sambung lagi ye.