Thursday 31 October 2013

Friday 25 October 2013

Dulu terganggu kerana fb

Salam Jumaat semua
Cite pasal fb ni kan ada mcm2 betul tak?
Korang mesti ada pengalaman xmanis dgn fb kan?

Ada kwn yg mengaku bestfren (mmg rase mcm bestfren pun ngan dia) tapi sanggup putuskan silaturrahim
hanya kerana xdpt undangan perkahwinan saya- padahal saya dah sms everybody yg patut (buat kecik2 je utk family n org kg). Rupanya dia yg duk bertukar2 no. kita tak tau dia dh tak guna no tu. Tak tau cane dia define perkataan bestfren tu. Argh itu memori luka yg kekal.

Tahun lepas plak (cite lain) ada saya buat satu post psl brg yg sy nk jual.
Ada membe like. Tetiba satu ex opismate bg komen yg kaw2 boleh menggugat nama baik product yg sy promote tuh. Saya plak kan main rase sangat tersentuh (sebabnya saya mmg sensitif apabila ada org buat komen secara tak patut/ tak appropriate kat mane2 posting org lain, ESPECIALLY kalau si tukang post tu sedang mempromosikan sesuatu barangan).

Mase tu saya buka fb kat opis (time lunch, time lain block), pastu saya punye berdesup dalam adada tu terasa sampai la ke petang, sampai la dah mandi and nak sembahyang (maafla dlm semayang pun masa tu ada saya terfikir psl post dia @_@). mase tengahari tu, ikut hati yg tak betul ni rase mcm nk balas post tersebut dgn kata2 ** sikit tapi sy sabarkan diri. saya pujuk hati kata "TUNGGU" sampai kau jumpa perkataan yg baik2, yang tak membalas secara sinis komen tersebut. Sampai masa nak berdoa tetiba terdetik doa "Ya Allah, kenapalah aku rasa sangat terganggu dengan komen dia tu.. sepatutnya aku ignore je tapi benda tu betul2 menganggu, berilah ilham untuk buangkan perkara tersebut dari fikiran ni. supaya boleh lebih tenang beribadah"

Tak lama- masa saya bangun dan nak lipat telekung Allahu Akbar diberiNya ilham kpd hambaNya yang hina dina ini - menda kecik pun rase annoyed sangat! Ilhamnya Allah bagi ialah memberi jwpn yang tepat, ringkas (menerangkan hal berkaitan product tersebut berdasarkan fakta + experience). Dan SAYA SUKA SANGATTTTT sbb mcmana lah saya boleh lupa yg apa dia ckp tu sy boleh tepis dgn cun nya!

Dan sekarang hamba Allah tersebut MUNGKIN akan memberi (semuanya dari Allah) saya satu rezeki yang dah lama saya nanti. (bayangkan kalau saya duk berlawan ckp dengan dia ari tu? habih punah)

*****
Tu lah antara pengalaman tak berapa dingin saya dengan fb
skrg jadi mcm x smgt sgt dengan fb,.. xde mase pun ye kan, henpon plak tak hupdate ke smart fon lagi *_*
Xpelah cuma ingatannya kat sini kengkawan semua..

"PERGUNAKANLAH FB JANGAN DIPERGUNAKANNYA"

have a wonderful weekend! ciao!

*nah tatapla Prince George yg tomeyyy ni


Tuesday 22 October 2013

10 Tipu Helah Syaitan Membuka Aurat Wanita (Must Read kawan2 hawa ku)


1. Menghilangkan hijab (penutup) Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”

3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.” Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.” Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.” Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.” Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.” Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

CD29 dia datang dlm pkul 10lebih lain mcm rase badan kali ni

Sunday 20 October 2013

Kisah hamba Allah beribadah 500 tahun


Dari Jabir RA berkata bahawa Rasulullah SAW. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah SAW katanya; “Wahai Muhammad, demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.”

Dan di situ Allah SWT mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah SWT juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah SWT supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari kebangkitan. Maka Allah SWT pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi; “Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah SWT lalu Allah SWT menyuruh Malaikat - masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku.” Maka berkata orang itu; “Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah SWT menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah SWT berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat penglihatan yang Allah SWT berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.
Maka Allah SWT berfirman: “Masukkan ia ke dalam neraka”. Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatmu.” Lalu Allah SWT berfirman kepada malaikat: “Bawakan ia ke mari”.

Kemudian Allah SWT bertanya orang itu; “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada.” Lalu orang itu menjawab; “Engkau ya Allah.” Kemudian Allah SWT bertanya lagi; “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?” Jawab orang itu; “Ya Allah, dengan rahmatmu.”

Allah SWT bertanya lagi; “Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?” Jawab orang itu; “Engkau ya Allah.”

Allah SWT bertanya lagi; “Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?”

Lalu orang itu berkata; “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya.”

Allah SWT berfirman; “Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku.” Malaikat Jibrail berkata; “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah SWT.”
Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah SWT berikan pada hambanya. Oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah SWT sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya.

Hanya dengan rahmat Allah SWT sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya. Apabila kita memohon kepada Allah SWT supaya dimasukkan ke dalam syurga maka mintalah supaya Allah SWT memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga Firdaus.
******************************
Amal kita ni mmg xboleh diharap cuma kita jgn berputus asa dari rahmat Allah.
Jika KITA berjaya pregnant nanti ketahuilah ia kerana RAHMAT dari ALLAH bukan kerana usaha2 kita yang sedikit itu. Usaha itu hanya asbab sahaja. (teringat seseorang yg beria2 meng'highlight' usaha2 yg dilakukan olehnya setelah dia berjaya pregnant). Tersentuh rase T.T (duhhh!)   

Nak cuba- cuba




Assalamualaikum semua..
Minggu lepas  terbaca ni Self Insemmination, petang semalam bincang ngan husband pasal tu (tak betul2 details) tapi dia setuju ^_^ So for the 1st time, ahkak akan mengambil clomid jika tidak berjaya pregnant bulan ini (perut dh rasa semacam, harini CD28, biasanya hari ni la dia akan terjengul *_*)

Eh eh.. tetiba excited untuk mencuba clomid (oleh kerana mendapat green light dari husband kan). Selama ni mau cuba tapi cadang nak cuba lepas dapat consultation dari doktor tapi, bla bla bla.. (biarlah rAhsiA)